Resepi: Creme Caramel ( Puding Caramel )

  • 8


Creme Caramel (Puding Karamel)

Bahan Bahan

A- Puding

1 tin susu pekat
9 biji telur
1 1/2 tin air panas-panas suam (Sukat menggunakan tin susu pekat tu sambil bancuh sisa-sisa susu pekat)
1 tsp esen vanilla
secubit garam


B- Karamel (Caramel)

4 sudu gula ( boleh kurangkan kalau tak suka manis )
sedikit air

Tips:Untuk tidak menyusahkan diri daripada membasuh banyak periuk. Gunakan loyang (saya prefer bentuk empat segi tepat) untuk menyediakan Creme Caramel. Satu bekas untuk membuat caramel (gula hangus) dan terus boleh kukus puding didalam loyang yang sama.

Cara-cara

Karamel

1. Ratakan 4 sudu gula dalam loyang. Letak loyang atas api dapur yang sederhana besar. Biarkan gula mencair dalam loyang.
2. Agak-agak dah nak berwarna keemasan. Perlahankan api, masukkan air kalau tetiba terhangus plak. Supaya temperature down dan tak affect the rest of caramel.
3. Bila dah cair semua gula .Ratakan caramel dalam loyang. Jangan guna sudu (jenuh nak membasuhnya). Just bagi angle , biarkan graviti do its job.
4. Biarkan karamel sejuk. Ianya akan menjadi beku. Jangan nak gatal-gatal usik plak.

Puding

1. Dalam bekas yang lain, masukkan susu pekat dan air panas suam. Bancuh sampai jadi susu.
2. Dalam another bekas, pecahkan telur dan kacau (jangan beria-ia pula memukul sampai kembang, kita bukan nak buat telur dadar.) dengan mode yang perlahan supaya telur sebati.
3. Masukkan telur dalam susu panas suam dan kacau dengan kadar sederhana.
4. Masukkan garam dan vanilla essense. Kalau nak letak vanilla essence lebih pun ok. Sebab nak kurangkan bau telur.
5. Tuang dan tapis puding kedalam loyang caramel yang dah sejuk tu.


Cara memasak

1. Mengkukus dengan api kecil - 1 jam 30 minit at least.
2. Membakar dengan steam bath ( Bontot loyang di dalam bekas air panas ) - dari 1 jam ke 1 jam 30 minit

Cara menghidang

1. Lalukan pisau di bahagian peti Creme Caramel. Cari bekas yang lebih besar dan dalam sedikit. Letak diatas loyang. Dan terbalikkan loyang dengan cepat. Macam nak keluarkan kek. Sangat sesuai di hidang untuk tetamu atau bakal mak mertua yang perlu di impress.
2. Terus saja korek daripada loyang (ini untuk yang malas dan tak ada sapa-sapa nak impress, even diri sendiri)


p/s: Maaflah terlalu naratif resepi ni. Disertakan sekali dengan tips-tips rahsia. Ramai yang mengadu, buat guna resepi yang sama or lebih kurang. Tapi tak jadi jugak Creme Caramel-nya. Jangan takut mencuba. Kalau tak jadi, sila call bf/kawan anda (yang positif dan bermulut manis) untuk pujian penyedap hati dan kata-kata semangat. Chaiyo!!!

8 comments:

Anonymous said...

cop! susu tu tin kecil ke yang biasa tuh?

Amyz! said...

terasa2 di mulut aku, cream caremel yang kau buat hari tu. nyum nyum

nanti aku cuba yach!

kaezrin said...

aku pun dah guna resipi nih skrg syura...

bukan lagi resipi kiter yg dulu..

masih ku igt cubaan utk the ultimate caramel kiter.. :))

KodeeXII said...

mmmmmmmmm.. shedapppppnyyyeeeeeerrrrr..... nak lagi.. nak lagi.. nak lagi..

Nida Shaari said...

hari Sabtu aku sarapan pagi cream caramel (yang dibuat sendiri tawww)..

kemudian, lepas kerja ada supper utk VIP dan ada cream caramel lagi..

dan aku makan 3 potong besar.. ahaha..

hata said...

resepi yang di cari tetapi tak cari sungguh2, ari jumpa. terima kasih ck daun... kena try bila dah dapat resepi ni.

elisataufik said...

cik daun,
sekiranya menggunakan cara membakar dengan steam bath, apakah suhu ketuhar ?
terimakasih.

p/s ini susu pekat tin besaq ke, kecik?

azlina zabha said...

Saya still guna resepi ni walau sekarang dah 2020. Nasib masih ada di sini 😘😘

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers