• 7
Sepatutnya tak shopping tapi kompleks PKNS terlalu menarik hati dan buat aku rambang mata. Rasanya nak aje beli semua tudung plain donatello tu buat koleksi.
Pesan aku buat En Awak. Beli-belah di Jalan TAR & Masjid India raya karang akan 10 kali lagi teruk daripada shopping tadi. Pusingan pertama untuk tengok-tengok. Dan 3 4 kali pusingan lagi untuk beli dan compare. Sambil makan nasi ayam dalam pinggan polisterin dengan sudu plastik. Ok, aku bukan sahaja makan di Chillies. Tapi di Food Court Giant Shah Alam pon masih ok. Asalkan kenyang. Dah terlalu lewat untuk aku JJCM di Shah Alam. Tak kuasa. Yelah. Sebab duit dah habis shopping adalah sebab utama.

Biasanya aku dan geng gadis sepi akan ambil cuti satu hari untuk pergi shopping raya. Haritu, si Nazmi ikut. Aku rasa tak larat dia nak mengekor. Huda yang pregnant 4 bulan tu lagi kuat jalan daripada kitorang yang tak mengandungi apa-apa ni.

Gelang bodo-bodo yang hampir nak putus tu aku dah tukar. Apa la. Pakai tak sampai setahun dah nak putus. Apa kau nak daripada gelang emas berat 3 gram je? Pakai macam pakai gelang emas rantai basikal. Tahan lasak. Kalis calar. Ok. Raya karang.. Aku boleh mulakan kehidupan ala-ala mami jarum. Dengan gelang baru biji ketumbar (Seperti yang di catatkan atas borang booking tu). Kalau 290 tu aku buat beli mp3 player, harini aku bagi free pon orang tak nak. Mungkin elok la duit tu aku beli gelang emas. Kalau aku boring boleh tukar beli design baru. Lagi-lagi bila bkn guna duit sendiri. Terima kasih En Awak. Ehehee.

Kite ada bagitau yang yang kite sayang awak?

7 comments:

Anonymous said...

hahaha sekurang-kurangnya mengurangkan lemak2 yang berkumpul kan en awak kan?

aku rasa lama gla kau shopping. sempat aku mengarang sebuah 2 karangan. lunch. borak2 dgn landl0rds. bawak 4 budak ke kedai ulang alik dan kau cuma shopping kat pkns? hahaha

bersedialah en awak, ramadhan nanti it gets worst!

Nida Shaari said...

Babe,
Satu round lagi Sabtu 8 September ok?

ezham said...

adewhhhh.. bukak sana citer cincin, bukak sini citer gelang. jgn sat lagi bukak sinun citer rantai bukak sinun2 citer gelang kaki lak

Anonymous said...

gi tech ed?
nak souvenior skit bleh?
:-)

June said...

gelang ketumbar... ho ho ho.

Amyz! said...

woo hooo. gelang ketumbar.

aku suka gelang amethysts je. Haha.

sinaganaga said...

>>>Kite ada bagitau yang yang kite sayang awak?

Awak sayang kat kite ke? Biar benarrr.... Muerkekekekekekee....

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers