raya2006

  • 6
Ucapan
 
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maafkan segala pernyataan kejam dari aku yang menggangu fikiran, mengusik jiwa, menggores perasaan, mencalar ego dan mencabar kesabaran pembaca-pembaca blog ini. Anggap ianya latihan batiniah dari aku. :P
 
Cuti aku pendek. Hari raya ke-3 aku sudah mula bekerja. Ampeh. Ahahaha. Gelak lah. Aku anggap tu latihan batiniah. Untuk menguji kekuatan batin aku. Kan? Ahahaha

single

  • 20

Single for ...

Setelah membelek-belek beberapa jenis tilam. Duduk, henjut-henjut. Cuma tak bergolek-golek aje atas tilam-tilam tu. Aku nak beli katil single. Setelah 5 tahun bekerja. Ahaks.

Ruang tamu rumah aku buruk. Tak bercat baru. Kaler hijau. Kesan tinggalan student. Langsung aku tak suka  nak habiskan masa aku diruang tamu. Jadi aku nak mencipta syurga aku sendiri didalam bilik. Aku perlukan bilik yang sempurna. Jadi utk sempurna, bilik aku perlukan katil. Dan tilam.

"Tilam ni untuk akak ke?" Tanya pelayan kedai. "A'ah" jawab aku singkat. Aku lontar senyum pada En. Awak. "Kalau untuk akak, kena beli tilam yang tebal sket, ini untuk budak-budak" Staff Ca_venzi tu menokok tambah. Otak aku berfikir. Bajet aku ciput sekali. Aku cuma nak tidur. Tidur yang lena. "Akak kena beli yang 8 inchi ni, kalau beli yang 6 inchi ni, sekejap sahaja dah melendut". Harga yang 8 inchi tu RM300.

Aku angguk-angguk. Nampak reaksi aku ragu-ragu dia menambah lagi " Tapi kalau akak nak pakai sekejap, boleh aje beli yang ini". Dia menunjuk kepada tilam spring cap MimpiManis bertanda harga RM199.

"Entah la dik, cuba tanya dia berapa lama saya nak pakai katil single ni. Sekejap aje kots" Aku beralih memandang En. Awak yang tengah test power katil queen size "Awak, berapa lama kite nak pakai katil single ni ek?"

En Awak pandang aku dengan mata terbuka. Ada tanda soal. Nak jawab salah. Tak jawab salah. Tapi di cover dengan senyum. Eleeeeeeeeehhhhh.. Sentap la tu. Kan?

-end-

Aku bawa pulang tilam single yang tahan untuk beberapa tahun. Just in case. Malam tu aku tidur lena. Best rupanya tido atas katil bertilam mahal. Hmm. Macam mana la En Awak tido malam tadi.

  • 6
Dia Boring
 
Aku ada adik angkat masa zaman sekolah  menengah dulu. Mengada-mengada. Dia perempuan, cantik, dua tahun muda dari aku and gaya-gaya alim. Setelah hampir 10 tahun tak jumpa dia terjumpa aku punya friendster.
 
Sekilas aku lupa kenapa aku tak berapa ngam dengan dia. Dia tu boring. Masih single lagi. Mmg ramai yang terkasima dengan kecantikan dia. But tak ada yang melekat lagi. Mgkn sebab dia tu boring. Ok, aku bermood kejam. Lupakan apa yang aku dah type.
  • 1
Tentang Sushi dan Sesat di Subang Jaya - SSS
 
Ok ini malam pertama aku kat rumah tu. Mula-mula rasa nak duduk rumah saja. Tapi bila my 'babe' si Yanti called nak ajak jumpa. Aku yang lemah ni pon bersetuju. Lagipun yanti nak ajak makan kat sushi king. Furthermore, she want to pay. Apa lagi.
 
Sementara tunggu Yanti aku berbuka puasa dengan nasi dan lauk dulu. Saja je beli lauk. Boleh buat bersahur sekali. Dapur gas belum pasang. Tong gas yang kosong tu pun belum berganti. Malas nak buat apa-apa dulu selagi Tuan rumah bertuah tu tak betulkan sinki dan tangki air.
 
Menunggu azan maghrib, aku tertido pula. Sedar-sedar dah "Haiya 'alas Solaahhh" dah. Terpisat-pisat aku bangun pi dapur untuk ambil air sarsi yang aku buat sblm tu. Housemate aku a.k.a Head of the House (HOH) dah pergi ke rumah bf dia. Masak untuk adik bf dia?? (Aku pon tak faham). Biar lah. Aku pun dalam proses nak fahami dia.
 
Berbalik kepada kisah Yanti aku. Ni kali pertama aku jumpa dia setelah aku tinggalkan kapal besar yang nak karam tu. Rindu sangat. Yanti untung sebab sisterhood dia sentiasa sokong dia bila-bila Andrew tu nak wat dajal kat dia. Tapi aku harap Yanti pon tinggalkan "Big Ship" tu cepat-cepat. Aku doakan Yanti selalu.
 
Berbual punya berbual. Tak sedar yang Sushi King pon dah nak tutup. Orang-orang dalam tu dah pandang-pandang jeling-jeling dah pada kitorang. Tapi sempat lagi kitorang makan green soy bean pinggan terakhir tu sebelum bayar. Ihiks. Sebelum aku terlupa, aku nak nyatakan rasa benci aku pada parking space Sunway Pyramid. Sekarang susah betul nak keluar. Tah pegi mana-mana tah. Aku siap sesat2 lagi. Benci aaa. Nak balik rumah yang patutnya 10 minit jadi 1/2 jam. Ciss. *Sebenarnya aku tak terer jalan kat area Subang Jaya dan PJ tapi tak kira lah.*
 
Sampai rumah parking dah tak ada. Aku terpaksa parking jauh-jauh sket. Pasrah aje lah. Untung-untung boleh kurus buat gitu. *HARAPAN SETINGGI GUNUNG*
  • 3
Rumah baru dengan jiwa baru
 
Despite of all the bad things happened to me. I'm blessed with a very nice people around me. I have a large 'loving, caring, preaching, stand by my side no matter what happened' family, understanding, veeerrryyy helpful and love me to the bits En Awak and circles of good friends. I love you all. Muahhsssss
 
Ok, Alhamdulillah, aku dah selamat pindah ke rumah yang tak seberapa. Tuan rumah masih hutang aku byk benda. Tombol, sinki, air tangki, power point kat dapur, tandas. Ya Allah. Macam mana la aku leh tinggal kat rumah tu jugak ( sewa murah jugak ok ). Bilik pon aku cat sendiri. Bilik aku kaler biru. Warna tu khas dipilih untuk memberi efek penenang kepada kepala otak aku nih. Pancit-pancit En Awak mengecat dinding. Tapi bila tengok masterpiece tu, rasa best aje. Rasa nak cat satu rumah je * JANGAN HARAP LA*.
 
Hari Ahad tu dalam kol 8 malam, mengangkut barang-barang aku. Byk ok. Aku jadi tukang tunjuk-tunjuk dan sibuk2 aje. Yang best, Ada Syidah, Yik dan Zam ( Adik aku straight tau. Jangan fikir yang bukan-bukan), Along dan Mama. Tak lupa juga, Chief of Operation, En Awak. Seronok tengok orang sibuk-sibuk pasal kite. Ihiks.
 
Malam tu Syidah temankan aku tido. Ciss, dia yang conquer duvet. Gaya bebas pulak tu. Bilik aku biru, tikar getah kaler biru dan langsir buruk yang aku jahit sendiri lebihan kain sapa-sapa tah bermotif bunga warna biru. Tapi hati aku tak biru. Ehehe. Kan En Awak kan?

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers