Single for ...
Setelah membelek-belek beberapa jenis tilam. Duduk, henjut-henjut. Cuma tak bergolek-golek aje atas tilam-tilam tu. Aku nak beli katil single. Setelah 5 tahun bekerja. Ahaks.
Ruang tamu rumah aku buruk. Tak bercat baru. Kaler hijau. Kesan tinggalan student. Langsung aku tak suka nak habiskan masa aku diruang tamu. Jadi aku nak mencipta syurga aku sendiri didalam bilik. Aku perlukan bilik yang sempurna. Jadi utk sempurna, bilik aku perlukan katil. Dan tilam.
"Tilam ni untuk akak ke?" Tanya pelayan kedai. "A'ah" jawab aku singkat. Aku lontar senyum pada En. Awak. "Kalau untuk akak, kena beli tilam yang tebal sket, ini untuk budak-budak" Staff Ca_venzi tu menokok tambah. Otak aku berfikir. Bajet aku ciput sekali. Aku cuma nak tidur. Tidur yang lena. "Akak kena beli yang 8 inchi ni, kalau beli yang 6 inchi ni, sekejap sahaja dah melendut". Harga yang 8 inchi tu RM300.
Aku angguk-angguk. Nampak reaksi aku ragu-ragu dia menambah lagi " Tapi kalau akak nak pakai sekejap, boleh aje beli yang ini". Dia menunjuk kepada tilam spring cap MimpiManis bertanda harga RM199.
"Entah la dik, cuba tanya dia berapa lama saya nak pakai katil single ni. Sekejap aje kots" Aku beralih memandang En. Awak yang tengah test power katil queen size "Awak, berapa lama kite nak pakai katil single ni ek?"
En Awak pandang aku dengan mata terbuka. Ada tanda soal. Nak jawab salah. Tak jawab salah. Tapi di cover dengan senyum. Eleeeeeeeeehhhhh.. Sentap la tu. Kan?
-end-
Aku bawa pulang tilam single yang tahan untuk beberapa tahun. Just in case. Malam tu aku tidur lena. Best rupanya tido atas katil bertilam mahal. Hmm. Macam mana la En Awak tido malam tadi.
20 comments:
Sentap??
ahaks.. mesti belum cukup 100% tuh.. sebab tu la susah nak jawab..
kan?? kan??
wah...
hebat sungguh daun bertanyakan soalan tu...
harap2 tak lama la menunggu..jangan sampai tilam tu dah melendut. ahaks! :)
p/s:
memang bestkan kalau dpt tidur atas katil...tapi zz beli dulu sebab fobia takut ada semut...boleh?
"Awak, berapa lama kite nak pakai katil single ni ek?" I LIKEEEE
"En Awak pandang aku dengan mata terbuka. Ada tanda soal. Nak jawab salah. Tak jawab salah. Tapi di cover dengan senyum."
En. Awak belum pasti?
madu: iye la kots.. berapa % agaknya ek?
zaza: mulut ni celupar sgt.. ahaks.. kalau tak tanya.. karang tak tauu..
p/s: kite pon tak suka dengan semut.. uhuks.. rumah sekarang ni byk semut halus.. uhukss
angah: I Also LIKEEEYYYY.. ahahaha
lan rambai: tak perlu lelaki utk kenal signal yang diberikan oleh lelaki.. ahahaa.. aku ni memahami..
"Awak, berapa lama kite nak pakai katil single ni ek?"
ayat yang sungguh sarcastic...sunguh mengagumkan..
boleh ciplak tak ayat ni?
I also like it!!!....
yer la cik daun... aku dah masuk dua nie... payah nanti ko nak kejar....heheheheh.........
dawon,takyah pakai katil double pun boleh gak.yang single tu pun leh gak muat pakai berdua.yang penting bahgie maa..
hehehe.
tapi itu hanya boleh diaplikasikan kalo saiz korang tak 'expand' secepat mungkin laa..hahahaha!
sentap siot..mmg sentap..
err... tilam tu tak warna biru jugak ke cik daun? ehehehe
Kenapa beli single beli double lah .... To not Planning is planning to fail.
Untuk menambah jangka hayat tilam, sila ke kedai alat ganti kereta. Beli penyerap hentak dan pasang di kaki katil.
mau tertanggal telingat Enche' Awak. hahaha
visi yg tepat. tilam single yg mahal boleh wariskan utk anak2 pulak. Aminnn...
:-)
aku kagum dgn ketajaman pemerhatian salesman ca_venzi itu..
p/s entry yg aku akan ingat selamanya.
(selepas 'phone booth' n 'airport')
ahahaha..
jgn kata en awak, aku pon tersentap lalu terbeliak membaca kata2 tu. ahahaha
la... selama ni tido atas ape kak?
nakalnya awak ni tawww...
haha
jgn selalu sangat keluar dgn bukan muhrim.. tak baik.. kawen dulu
sorry.
Kalau kau kawin - kalau ada tilam queen pun, tapi cuma guna sebelah kawasan je - membazir juga! Ha ha.
Jadi, tips rumahtangga untuk hari ini; semasa baru2 kahwin - memang cukup keperluannya kalau guna tilam single. Ha ha. Bak kata Limau, kau cuma perlu tambah penyerap hentak sahaja nanti.
HA HA.
Post a Comment