• 5
Sakit Jiwa
 
Ex-company aku slash claim aku. Mentang-mentang aku dah berenti. Depa buat aku gini. Jadi bulan ni, aku miskin. Rasa nak nangis aje nih. Tahan je.
 
Dah la broker rumah tu buat dajal dengan aku. Ex-office aku pon macam *toot*. Yang menanggungnya aku la. Sabarrrr Syura.. Sabarrrr.. Belom redha kan lagi ni. Hati masih sakit. Kalau ramai staff berhenti dengan hati yang menyumpah-nyumpah, macam mana nak dpt keberkatan? Kaf ba ra kaf ta alif nun.
 
Dah la tu. Bila marah aku dah reda. Aku redha la kots.
 
My Ex company, Thanks for the experience. I officially hate you.
  • 1
Oh! Akhirnya update blog. Dapat notebook. Alhamdulillah a new one. Not as heavy as my last notebook. Jadi bahu aku tak senget sangat. Lagi satu, dapat yang 15" punya. Syukur jugak sebab aku baru jer beli notebook backpack utk 15" notebook masa kat office lama betul2 sebelum aku dpt this offer. Jadi sekarang aku ada kat area TPM. Sapa-sapa nak lepak dengan aku lunch hour ( applicable selepas musim puasa aaa), Itupun kalau aku masih di TPM.
 
Oh! bakal masuk rumah baru jumaat ni. Pindah barang hari sabtu. Tapi lori pon tak cari lagi. Mcm mana ni? Tapi alhamdulillah ada En. Awak yang byk tlg aku uruskan pasal rumah nih. My new best friend, Yanti pon byk tolong especially bab tampal iklan keliling PD tu. I miss her. Dia la tempat aku mengadu selama aku kat hospital tu. Tak dapat bayang kalau tak ada dia. Miss my babe.
 
Apa lagi ek? Aku still tak dpt nak biasakan dengan email company nih. Canggih sangat. Kalau aku onsite aku tak dpt nak check. Mcm mana tak web based mail dia berfungsi. Password and login pon aku tak tau mcm mana. Ahahahhaah
 
Later la. Tata.
 
 
  • 6
Pisah-pisah
 
Memang susah nak meninggalkan kawan-kawan yang dah empat tahun bersama. Biar lah air mata tu tumpah pada hari terakhir ni. Aku harap aku akan sentiasa keep in contact dengan dorang semua.
 
Aku paling tak suka mengucapkan selamat tinggal. Emo semacam. Thinking about saying goodbye walaupun sekejap pun buat aku sedih. Bukan tak boleh berjumpa lagi pun kan? Cuma the fact that kitorang tak akan berjumpa as collegue di office mmg sesak.
 
Macam mana aku survive tinggalkan keluarga, tunang dan housemate dulu??? Oh! Menangis mcm gini lah. Lepas tu aku akan ok. InsyaAllah. Selepas bertemu kenalah redha dengan perpisahan kan?
 
Mona, love you. Aku tak tau bila lagi aku akan jumpa kawan mcm ko. Aku mmg bersyukur sebab sepanjang jalan kehidupan aku, aku berjumpa dengan kawan-kawan yang baik macam ko. Alhamdulillah. And I love the handbag. Macam tau-tau aje I need one for my new job. Thanks a lot. Muahhssss
 
p/s: Ikaaaa.. Aku tak sempat balas email ko. Jiwa tgh bengong. Ahaks

bye

  • 1
I hate to say goodbye.
Uhuksss.. Sentimental sungguh.
  • 2
"Leap, and the net will appear." - Julie Cameron on Risk
 
"Pearls lie not on the seashore. If thou desirest one thou must dive for it." - Chinese Proverb: Risk Taking
Oh, Aku berdaftar dengan Tech-Ed. Tapi pegi sekejap-sekejap sahaja. Kejarkan Steve Riley nyer Track.
 
lain-lain
Aku ambil risiko ini. Ya aku nekad. 4 hari jer lagi.

cabuk

  • 1
Ehehehe. Saya kuli cabuk yang miskin.

Perangai customer saya memalukan. Saya tak kisah kalau depa nak benda-benda 'hasil' daripada projek mega ni. Tapi menuduh saya cilok 'barang-barang hadiah' daripada barang-barang yang mereka beli adalah insulting.

Lelaki perasan hensem tapi bodoh ni sedang periksa serial number 18 biji machine yang aku baru terima dari supplier. "Biasanya beli-beli barang gini, kitorang dapat tshirt. Tak ada tshirt ke? thumdrive ke?"

Saya buat muka bodoh. "Saya terima dan hantar aje barang-barang ni. Kalau nak apa-apa, minta pada manangment la kots"

Lelaki perfect body dan bodoh lagi sorang pun angguk-angguk. Dia ni dok angguk-angguk kat boss dia aje. Tapi ok la sbb dia ada perfect body dan sokong aku sket masa boss bodoh dia tu nak tukar jenama machine yang depa dah agreed masa sign off projek nih.

Lelaki perasan hensem tapi bodoh tu cakap sambil buat-buat check barang cakap " Agaknya dorang dah cilok dulu sebelum hantar barang ni".

Saya rasa nak lempang aje muka dia. Tapi sabarnya saya ckp " Takkan kitorang nak buat gitu, vendor tak bagi apa-apa pon masa delivery nih. Kalau ada pon kitorang akan bagi juga"

Lelaki perasan hensem tapi bodoh kata " Takkan la takder tshirt ke apa ke?".

Aku dengan muka blur berhangin " Saya pon dapat tshirt projek aje. Jadi apa-apa you minta daripada manangement la kots"

Ya, aku bersabar. No la encik perasan hensem, saya tak dapat apa-apa daripada projek nih. Bonus saya pon kena potong sebab encik perasan hensem pon dah minta 16ribu sumbangan masa hari keluarga bulan lepas. Ingat tak? Jangan try mengungkit, nanti saya ungkit bende-bende lain yang encik perasan hensem minta. Baru padan muka saya. Saya ni menurut perintah aje. Kuli pada company saya dan kuli pada encik perasan hensem. Jadi, tunjuklah kuasa dan tunjuklah ketamakan encik perasan hensem sementara saya ada. Nanti kempunan pulak.

Saya sebenarnya nak encik sign delivery notes saya aje.

Saya malu la. Sebab encik perasan hensem tu kaum saya. Saya tak nak melabel. Tapi dia pegawai kerajaan. Ok laa.. Separa kerajaan.

Kepada semua pegawai kerajaan or separa kerajaan yang uruskan projek ciput or projek mega-mega. Jangan minta barang-barang penghargaan daripada orang teknikal. Silalah meminta-minta pada account manager, boss atau manangement yang ada duit banyak, ada elaun keraian dan mengawal harta syarikat. Saya, kuli cabuk front end ni miskin. Tshirt projek pon baru dua minggu saya dapat.

Sekian luahan pankreas saya. Entri ni saya malas nak edit. Lantak lah.

bilik sewa

  • 2
Bilik Untuk disewa

To min_ah and ppl that are looking for room for rent in Putrajaya. Go to this << link>>

surat cinta

  • 4
Mengadap Boss

Cerita-cerita tentang nak berhenti kerja ni aku ada satu cerita kelakar. Kalau bukan untuk orang lain. Cukup untuk buat aku sengih2 sendiri dan rasa nak golek-golek aje.

Nak berhenti kerja. Kena mengadap boss. Lepas aku bagi surat cinta pada boss aku, dia tak nak pon buat eye
contact dengan aku. Merajuk gamaknya. Lagipun aku kat site, jadi tak berapa sesuai nak
berbual dari hati ke hati dengan dia. Jadi aku try to catch her up in the office.

Boss aku perempuan. Emosional gila. Kerjanya dia aje yang betul. Walaupun tak dpt nak bagi gaji bagus, masih lagi nak menangkan company
dia. Selama empat tahun aku sabar. Apa sangat la sebulan lagi. Ye dak?

Appraisal tahun lepas dpt naik 4.5% sahaja. Walaupun kat atas kertas tu tulis bagus-bagus. Dan paling kelakar bila boss perempuan aku pujuk aku untuk tinggalkan 40% kenaikan di company baru dengan janji berbunyi begini:

                "Unless you want to stay for a couple of month for the next appraisal. Maybe i could help you then."

Maka boss aku pon dapat senyum-senyum aku dan angguk-angguk aku aje. Dalam hati rasa nak gelak golek-golek kat atas carpet mahal and furniture Ikea dalam bilik boss aku tu. Mcm mana dia nak janjikan 30% kenaikan sedangkan the last appraisal pun naik tak sampai 5%??. Itu pon tak pasti lagi. Kalau the higher manangment nak cincang that 30% sampai tinggal 5%? Apa boss aku leh buat?

Boss, terima kasih atas janji-janji manis boss tu. Doakan saya di tempat baru ini. Saya hampir-hampir nak dpt diabetes dengan janji-janji boss tu. Saya bukan tak setia dengan boss, boss je tak setia pada saya. Boss boleh hire a fresh graduate untuk ganti tpt saya. Cheap labour.  Atau cari aje orang lain yang ada pengalaman, pastu gajikan mahal-mahal. Daripada naikkan gaji saya. Kan boss?

hepi

Berulang dari kampung buat aku lebih hepi.
Lagi-lagi bila tgk mak ayah aku hepi.
Lalilialalala

p/s: cari rumah lagi susah daripada nak cari bf. Cehhh

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers