surat cinta

  • 4
Mengadap Boss

Cerita-cerita tentang nak berhenti kerja ni aku ada satu cerita kelakar. Kalau bukan untuk orang lain. Cukup untuk buat aku sengih2 sendiri dan rasa nak golek-golek aje.

Nak berhenti kerja. Kena mengadap boss. Lepas aku bagi surat cinta pada boss aku, dia tak nak pon buat eye
contact dengan aku. Merajuk gamaknya. Lagipun aku kat site, jadi tak berapa sesuai nak
berbual dari hati ke hati dengan dia. Jadi aku try to catch her up in the office.

Boss aku perempuan. Emosional gila. Kerjanya dia aje yang betul. Walaupun tak dpt nak bagi gaji bagus, masih lagi nak menangkan company
dia. Selama empat tahun aku sabar. Apa sangat la sebulan lagi. Ye dak?

Appraisal tahun lepas dpt naik 4.5% sahaja. Walaupun kat atas kertas tu tulis bagus-bagus. Dan paling kelakar bila boss perempuan aku pujuk aku untuk tinggalkan 40% kenaikan di company baru dengan janji berbunyi begini:

                "Unless you want to stay for a couple of month for the next appraisal. Maybe i could help you then."

Maka boss aku pon dapat senyum-senyum aku dan angguk-angguk aku aje. Dalam hati rasa nak gelak golek-golek kat atas carpet mahal and furniture Ikea dalam bilik boss aku tu. Mcm mana dia nak janjikan 30% kenaikan sedangkan the last appraisal pun naik tak sampai 5%??. Itu pon tak pasti lagi. Kalau the higher manangment nak cincang that 30% sampai tinggal 5%? Apa boss aku leh buat?

Boss, terima kasih atas janji-janji manis boss tu. Doakan saya di tempat baru ini. Saya hampir-hampir nak dpt diabetes dengan janji-janji boss tu. Saya bukan tak setia dengan boss, boss je tak setia pada saya. Boss boleh hire a fresh graduate untuk ganti tpt saya. Cheap labour.  Atau cari aje orang lain yang ada pengalaman, pastu gajikan mahal-mahal. Daripada naikkan gaji saya. Kan boss?

4 comments:

farah said...

Suka.. kalau dengar orang dapat keje baru.....
Aku kata nak berenti keja since sebulan keje kat sini.. sampai la ni .. tak tukaq-tukaq lagi keja....
Monday nie siap dapat plaque sempena 5 tahun bekerja dari MD....
mmm...Bila la aku akan dapat keja lain...

Cik Daun:
Kerja baru kat mana?

Anonymous said...

kaloi...aku lagi 5 bulan nak cukupkan 5 tahun keja kat tempat lama.
tapi tinggalkan gak pasal nak sambung belajar.

anyway, cik daun, moga berjaya di tempat baru.

Anonymous said...

alaaaaa....biasalah style bos, dia masih sayangkan anda sebagai pekerjanya.....itu klu janji kosong pun, hanya nak pastikan cik daun masih kerja dgn kompeni dia...klu cik daun cabut, susah pula dia nak iklankan kerja kosong dan buat sesi temuduga.....byk kerjanya pula nnt....

Anonymous said...

Aku baca kisah kau yang mengadap BOSS PEREMPUAN

Aku dah dengar cerita Z mengadap BOSS PEREMPUAN

Dua-dua cerita ok je.. POSITIF..

Cuma nasib aku je belum tentu lagi.. sebab tu sampai ke hari ni aku masih belum dapat feel nak mengadap BOSS PEREMPUAN ku yang seorang itu..

huhuhu.. bila la aku nak rasa angin2 baru.. yang bertiup lebih lembut dan sepoi2 bahasa berbanding ribut taufan ala monsun tropika sekarang ni..

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers