Tandas

  • 8
Sistem Pengunci

Tapak projek baru aku adalah didalam hospital. Learning hospital, ala-ala 'House' la. Biasanya bila berada didalam tapak projek, satu bilik akan diberikan kepada grup bekerja anda. Bilik mesyuarat yang tak digunakan merangka bilik stor. Bilik stor tu sudah jadi macam tin sardin. Sebelah sinki pon orang akan duduk untuk meletakkan komputer riba masing-masing.

Jadi, satu langkah telah diambil oleh pihak pengurusan, memberi kami satu kawasan baru. Tingkat 3. Lagi hebat daripada bilik stor. Kami dapat satu bilik exec yang berkunci dan koridornya sekali. Ruang baru ini adalah untuk teknikal team kami bertukun. Ada tandas duduk sendiri. Secara teknikalnya tanpa paip dan salur air.

Tak mengapa, diluar sana. Tingkat 3 ini. Ada tandas awam perempuan. Satu. Tandas duduk yang ada paip dan salur air. Mula-mula aku masuk ke tandas ini. Pintu hijaunya yang dikuak melanggar paip besi diatas lantai. Aku nampak sinki comel betul-betul di depan pintu dan tandas betul-betul mengadap pintu. Luas. Macam tandas untuk OKU. Cuma tanpa besi pemegang.

Tombol pintunya tak berfungsi, sendalnya tiada. Selak kecil yang berwarna emas yang mungkin dipasang setelah tombol rosak juga sudah hilang fungsinya. Tombol kecil untuk menyelak pintu sudah tertanggal. Gila! Apa yang boleh aku buat untuk memastikan 'kerja' aku selesai tanpa gangguan.

Aku biarkan batang besi itu melintang di depan pintu. Sebagai alarm semasa aku memeriksa keadaan tandas. Tak sampai 5 saat aku berpaling, aku dengar bunyi besi berlaga dengan kayu. Dah ada orang cuba masuk kedalam territory aku. Ceh! Perempuan berskirt putih itu terkejut melihat aku yang juga terkejut lantas meminta maaf. Ya, saya maafkan anda. Nasib saya masih belum membuat apa langkah penggunaan tandas lagi ketika pintu di kuak.

Mentol menyala. Mungkin hasil dari kejutan tadi. Oksigen dipam ke otak aku secara maksima. Oh! Batang besi yang melintang di atas tandas tu bukan lebihan daripada kerja-kerja pembinaan tandas. Bila besi itu di letakkan di muka pintu. Sendal pada kaki sinki. Untuk menahan tolakan dari luar.

Macam dalam filem action thriller pula. Dimana aku sedang mencolek tandas duduk ini untuk dijadikan tebusan sementara.

Kukuh. Sistem itu berjaya.

Jadi bila anda berada di Tingkat 3 bersebelahan dengan wad ICU, ingatlah bahawa batang besi itu bukan untuk memukul orang yang masuk kedalam toilet ketika anda sedang melakukan 'kerja' anda. Ia adalah sistem pengunci yang praktikal untuk menghalang orang daripada masuk ketika ada sedang mengerjakan tandas. Gunakan besi buruk itu sebaiknya.

Jelink-menjelink tentang isu toilet global dan setempat
1. Gelap-gelita - Tokrimau

8 comments:

Anonymous said...

tingkat 3, pergi portsmouth
tingkat 4, pergi oxford
tingkat 5, tak pi mana-mana
:-)

Anonymous said...

hai.. mcm2 skrg nih...
inovasi inovasi..
apa pula lepas ni?
mesin pengisar najis? haha...

*geli siut bila aku baca semula komen aku nih...*

Amyz! said...

yurk! iwan ni tak senonoh!

uh.. house ek? bukan kingdom hospital.. uhuhu..

Tok Rimau said...

ADAB-ADAB TANDAS AWAM

Jika pintu tandas bersifat separuh, tidak jejak siling. Sangkutkan pakaian anda di pintu sebagai isyarat kepada orang luar, kerja-kerja sedang dijalankan di dalam.

Pun begitu, janganlah berhenti berdoa pakaian yang disangkut di pintu tidak dicuri orang.

Jika pintu bersifat menyeluruh dari lantai hingga siling litupnya, bernyanyilah ketika berkerja. Dalam keadaan darurat bernyanyi sambil bekerja adalah harus.

Saya cadangkan lagu: "KERJA- oleh KEMBARA"

petikan..
..ada orang suka kerja di pejabat bangun pagi balik jam 5 ptg...

Tok Rimau said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Yuhuuuuuu.... Ingat lagi tak huhuhuhuhuhu.... Yeah buat sistem ek? Lama tak dengar citer cik daun. Dulu dikenali sebagai insan_mulia_2000 ingat tak? Huhuhuhu anyway blog baru saya kat http://azharahmad.com/blog/. Pandai2la menggodekkan diri!

Anonymous said...

patutlah macam ada bau.
hehe

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. Now order viagra dodge intrepid parts Chrysler labaron forum sport betting Verkoop pdas Tim janes and financial planning Elie saab designs http://www.fragrance-oil.info water bed cash advance Air conditioner portable rating patanol gambling Small business accounting needs chevrolet window 2002 buick lesabre price

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers