• 2
Yakies Hut
 
Bakal pengantin baru batch Jun ini, nak mengedarkan kad jemputan perkahwinannya. Port paling 'in' bagi geng GEPO (Geng Poyo Gedik) kawasan Serdang/Bangi/Putrajaya iaitu D' Limau Nipis tutup pula. Jadi kami bertukar venue ke Yankies Hut yang lebih dikenali dengan makanan sedap tapi servis macam haram.
 
Tapi, Yankies Hut sekarang bukan lagi Yankies Hut yang dulu. Yankies Hut sekarang sudah naik ketahap 3 bintang.

1. Dahulu ada satu hut ala-ala rumah panjang, tapi sekararang ada pondok duduk ala partition restoren jepun, hut dua tingkat dan banyak tempat duduk.

2. Dahulu parking ala-ala suka hati, sekarang ada orang menjaga parking dengan bantuan lampu suluh ala X-Files, menyuluh tempat parking mana yang kosong.

3. Dahulu tukang ambil pesanannya biasa-biasa sahaja, tapi sekarang dengan baju ala-ala pekerja katering dan semuanya perempuan yang comel-comel.

4. Servis penghantaran lembab, nasi dah habis baru ikan bakar nak sampai. Lauk dah habis, baru air nak sampai sebab duduk tpt tinggi (hut) jauh daripada pekerja penghantar makanan. Sekarang, walaupun jauh di hujung pondok, InsyaAllah cepat sedikit daripada dahulu.
 
5. Dahulu rekabentuknya biasa-biasa, sekarang ada corak timbul-timbul didinding ala-ala hutan.
 
6. Dahulu, kita boleh bagitau sesapa sahaja pekerja Yankies Hut yang air yang dihantar salah, tadi order Fresh Orange. Sekarang, kalau tanya pada penghantar air, tentang salah order, jangan terkejut bila dia menjawab " Saya tak faham". Kena panggil Tukang Ambil Order juga yang faham bahasa melayu.
 
7. Dahulu perkerjanya multitasking, siapa yang ambil order boleh juga hantar makanan. Sekarang, yang hantar makanan akan jawab " Itu bukan kerja saya " , bila ditanya " Adik, Air ni tak sampai lagi ".
 
8. Jangan terkejut bila kita nak order kuew tiow kungfu, awek pakai baju putih dan vast hitam itu bertanya " Itu di goreng kan? kalau goreng-goreng tak ada. Cuma ada lauk hidang dan western aje". Damn! elok-elok nak mkn ala bajet, jadi ala carte plak. Ahahaha

Yankies Hut sekarang bukan Yankies Hut yang dulu. Yankies Hut sekarang dah tak jual makanan goreng-goreng. Tapi, Cendawan goreng ada. Rasanya macam ayam kfc.

2 comments:

Pnut said...

tambahan-yenkies skrang toilet lebih bersih dari toilet dulu, dan mempunyai lebih banyak ruang untuk kanak-kanak berlari-lari naik turun tangga, buat aktiviti sendiri sambil menunggu mak bapak bergebang dan bergossip dengan orang-orang bujang....ngeh.ngeh..ngeh...gelak macam poyo...

Pnut said...

ehh pemebetulan....GEPO (GEdik dan POyo) bukan Poyo dan gedik...nak kena singkir daun ni persatuan sendiri boleh salah declare...

juring kang

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers