• 6
Sinonim
 
Nina lemah Bahasa Malaysia. Jadi aku mentutor ala-ala kamikaze untuk meningkatkan prestasi dia. Aku suruh dia study perkataan bermula dengan huruf 'A' dalam buku nota Nina. Ada dua muka surat. Lepas sejam aku nak tasmik. Aku seorang trainer yang cool. Tapi bila dengan adik-beradik aku jadi emo sket.
 
Muka masam mencuka tak puas hati bila aku kejut Nina daripada tidur yang dibuat-buat ala-ala nak skip pop kuiz dari aku. Macam la aku tak pernah buat trick tu.
 
Aku: Ok.. Angkuh?
Nina: Jap, orang tau ... (memandang jauh ke syiling)
Aku: Angkuh..
Nina: Bongkok
Aku: Bongkok???!!! Ko tau dak bongkok tu apa? Nenek yang sudah tua bongkok!!
Nina: emmm..
Aku: tukar 'o' jadi 'a' (bagi tips)
Nina: Bangkok
Aku: Bangkok tu apa? (dalam hati dah hangin satu badan)
Nina: (diam)
Aku: Bongkak la jawapannya. Angkuh = Bongkak. Ya Allah.. sabar jer la aku.
 
Mizah tgh hafal karangan bahasa arab. Opik tgh baca buku Fizik. Syidah tgh main games menggunakan laptop aku tersengeh-sengeh menahan gelak. Takut aku marah dorang la pulak.
 
Masa tu memang aku hangin. Tapi bila cerita semula dengan mama keesokan harinya, aku dan syidah gelak besar mengenangkan Nina.

6 comments:

Korakora said...

err... einstein pun pernah kena marah dgn cikgu dia kan?

Anonymous said...

ahahaha.. garangnya kak daun ni. :-) aku teringat adik kawan aku yang vocabulary malay dia mmg kurang. boleh dia buat ayat dari perkataan "meronta", ibu dan ayah meronta-ronta menunggu kakak yang belum balik rumah. aku pun meronta-ronta tergelak. kesian laa..

Anonymous said...

satu hari nina akan sampai ke bangkok, dia akan tersenyum sendiri mengingati memori bangkok itu bukan bangkok bersama akak uya.

ha ha ha ha.

-ex-tenant bilik kau-

Anonymous said...

kecik budak tu kena marah
hahah

Anonymous said...

hepi belated 'selamat hari guru'
:-)

cik puan daun said...

bukunota: Einstein end up jadi Saintis, Nina kalau dok menari-nari depan cermin, kalau salah guidance , jadi peserta akademi fantasia pula.

amyz: aku pun meronta-ronta nak menyekeh adik aku tu.. ahahahah..

aku pak ngah: mmg comel.. tapi kalau bahasa melayu dpt B sokmo.. jadi tak berapa comel la plak.. ahaha.. aku kene garang masa mengajar dia.. kalau dak dia main2..

ex-tenant: masaalahnya dia bukan sebut Bangkok ibu negara Thailand tu.. Dia sebut Bang as in Abang.. Bukan Bang as in Big Bang.. takder makna sungguh.. ahahaha

ron: budak kecik la kene marah-marah sket.. dah besar dia melawan.. ahahah

spyz: terima kasihhh .. :P

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers