• 4
Ghrana yang Gerhana

Bayangkan, setangah jam video klip lagu hindustan tanpa subtitle dan butang fast forward.

Islamik tau, sebab dia start dengan lagu "Allahu" by Raihan. Banyak zikir2 jugak. Dan lagu-lagu lain aku tak faham. Menyesal tak belajar Urdu dari Emon pepandai dulu.

Ada masa aku just nak get into the mood, dengan bertepuk-tepuk tangan dengan 3 orang penepuk tangan. *Bayangkan kau dibawa jauh-jauh untuk bertepuk tangan sahaja*. Aku pon nak keje gitu jugak!!. But the tabla (percussion bukan table yang disalah eja) was great.

Nida pejam mata sambil menghayati lagu ( yer la tu Nida.. ). Aku kagum dengan pemain sitar dia yang muda tapi aku tgk cara dia main. Petik satu, satu, satu dari awal sampai akhir buat aku pelik. Penat aje aku kagum-kagum, bunyi sitar dia yang mana satu pon aku tak dengar. Aku tak rasa pemain sitar dia di perkenalkan pon dengan pemain piano berkipas ( aku tak ingat apa nama alat tu ).

Aku terbayang masa tu, aku bawak Emon jer pegi, sure excited gila. Aku bertahan hingga ke saat terakhir, masih lagi kagum dengan Nida yang menghayati muzik sambil memejam mata.

Sejam setengah video klip lagu filem hindustan tanpa subtitle dan butang fast forward.

Oh! Aku tak sempat sebut " Vaaaa Vaaaa " sambil letak tangan kat dahi kat dorang tanda kagum. :P

Menje"link" : Ghrana on Kaki Seni

4 comments:

Anonymous said...

vaaa vaaa
pap!

Anonymous said...

Vaa.. Vaa.. Vaa..

aku juga kagum dengan ko yang setia bertepuk tangan bersama 3 jejaka 'penepuk' tangan itu..

Vaa.. Vaa.. Vaa..

blackpurple @ jowopinter said...

lama betul tak layan Hindustan.... lagi2 kalau Bipasha yg lakon...hehehe....

Anonymous said...

piano berkipas - akordian :-)

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers