• 6
20-20
 
Bila dikeliling dengan orang yang memakai spek. Aku akan kelihatan seperti orang cacat. Vision aku 20-20. Jadi kasihan la pada aku sebab tak dapat nikmat memakai spek tu.
 
---------------------------------
 
Pekerjanya cantik manis. Lembut menyapa aku dan kawan aku. Bila hati aku lembut, apa yang aku nampak adalah keikhlasan dia melayan aku dan kawan aku.

Bukan macam pekerja dikedai sebelah. Tak senyum pun. Melayan pon berkira-kira. Harga pula MAHAL!!! Nama sahaja ada berbelas-belas cawangan merata Malaysia. Standard tak setinggi menara pon.

Kalau ko aku tak suka, barang dalam kedai ko pon aku tak nak beli.

Betul la, kalau aku nak bukak kedai. Aku akan pilih jurujual yang cantik, manis, lembut dan ikhlas melayan pelanggan. Macam ini baru orang nak membeli apa yang dijual. Kalau tak beli pon, orang tak segan nak bawak mulut cerita kebaikan kedai tu. Dan aku tak la segan nak tulis entry yang bagus-bagus tentang kedai tu. Bagus betul IKHWAN OPTOMETRIS di Bandar Baru Bangi belakang War*ta tu. Pekerjanya ramah dan mesra. Harga pun murah.

Apa-apa pun, kawan aku tu pulang dengan RM330 lebih miskin. 

------------------------------------

Kalau begitu lah harga untuk menjadi SEMPURNA, aku rela CACAT begini. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki.

6 comments:

Anonymous said...

ko pergi kat mydin
situ ada jual spec mata harga RM9.
takdak power.
pakai jer. orang tak tau.

cik puan daun said...

Buat apa aku nak membazir RM9 utk beli bende yang aku tak perlu dan aku tak nak pon? Baik aku makan nasi dengan duit tu.

Kopi Suam said...

tak pakai spek bukan satu kecacatan tapi ianya satu kesempurnaan...tapi kalau pakai spek hitam tentu lebih cun dan menawan :)

Korakora said...

kau tak cacat. tapi ganjil.

bila bersama2 kami yg bercermin mata, kau jadi ganjil.

kami genap.

kaezrin said...

wheyyy

bila kiter nak layan makan kat kedai sinki kuali???

makan beriani joms?? tingat zxaman2 di cyber....

Angah said...

pakai spek cam aku nih lagi leceh seh... kadang2 lupa letak mana, kadang2 anak rentap, adehhh maleh sungguh

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers