• 20

Separa fiksi.

Cinta itu Ada

Air Wudu' aku semakin kering. Berpusing-pusing di tingkat atas Queen Alia Airport mencari Musolla yang tak nampak papan tanda buat aku makin resah. Penat.

Makian dalam bahasa arab tempatan oleh Si Cleaner tua bertatoo tiga titik di dagu itu mood aku sedikit terganggu. Atas lantai. Ada lopakan air sedikit. Mencicir masa aku berwudu' tadi. Butir ayatnya tak difahami. Cuma aku tahu aku dah buat Cleaner tua bertatoo tiga titik marah. Ekspressi muka dan hayunan tangannya yang histerikal. Lantai yang sedikit basah itu di mop kasar.

Tak ada hati langsung. Ku getus.

Koridor ini nampak elok. Kompas pun ada. Jaket aku buka. Bentang atas lantai di satu sudut yang kurang lalulintasnya.

Usai solat. Aku duduk berteleku ditingkat atas sambil meneliti orang yang keluar masuk daripada immigresen QA Airport. Sesekali aku cari kelibatnya. Aku dan dia berjanji disini. Bersua muka. Mungkin bertukar senyum dan bercerita tentang hati. Atau jika dua-dua merasa ganjil, mungkin aku akan bercerita tentang kasarnya stewardess Royal Jordanian semasa aku meminta panadol atas kapal terbang tadi. Panadol aku tak kunjung, kepala aku bertambah pening. Aku lupa untuk bernafas. Tarik nafas. Lepas. Setelah 5 kali ulang. Lega.

Atau lebih baik aku bercerita tentang cuaca. Lebih selamat. Mungkin aku pilih opsyen yang pertama.

Aku tak dibenar check out daripada airport ini. Transit 4 jam dibumi Jordan, tak mengizinkan aku keluar. Tak banyak yang boleh dibuat di airport yang kecil ini. Selain daripada menunggu. Dan terus menunggu. Tahukah dia aku tak dpat keluar. Mesti dia ternanti-nantikan aku dibawah. Sudah berapa lama dia menunggu? Bosankah dia menunggu aku? Mungkin dia tak sabar dan terus balik kerana penat menunggu.

Nanar.

Berulang-ulang menyusuri jalan yang sama adalah membosankan. Dah tiga kali aku susur koridor perspek yang hampir-hampir sama tinggi dengan aku. Mana tahu aku nampak kelibatnya atau lebih indah jika dia yang perasankan aku dahulu.

Tak siapa perasankan sesiapa. Cuma aku perasankan nama aku disebut di corong speaker QA Airport. Yang aku perasan cuma nama aku. Ayat yang diawal dan diakhir pengumuman tadi langsung aku tak dengar. Lebih tepat. Tak difahami.

Aku berlari ke kaunter. Announcement tadi utk saya. Dalam bahasa inggeris. Cemas. Terharu bercampur-campur. Orang kaunter menggangkat gagang dan berkata sesuatu dalam bahasa arab. Hulur gagang pada aku. Aku sambut dan letakkan gagang di telinga.

"Hello..."
"Assalamu'alaikum"
"W'salam"
"Lama Nik tunggu kite?"
"Tak lah"
"Kite tak boleh keluar. Kena duduk sini je"
"Tak apa, Nik ada kat bawah nih. Syura cuba tengok kat bawah"

Iya. Aku nampak Dia. Tinggi. Macam dia. Hensem. Macam Dia. Tapi jauh. Aku nak dia ada. Depan mata aku.  Dia angkat tangan. Lambai. Aku balas.

"Nik, kite ada bende nak bagi Nik"
"Sekarang tak boleh. Lepas habis cuti nanti kita jumpa. Ok?"
"Lamanya.."

Diam.

"Syura.. Nik tak boleh ckp lama. Orang ni dah marah"
"Ok.. "
"Syura take care ok? Nanti jangan nak main mata dengan pak arab pulak"
"Takkan laa orang nak buat gitu. Kite sayang Nik je"

Senyum. Guraunya juga seperti Dia.

"Tau.. Ok Nik letak tau"
"Ok"

Tak boleh. Tak boleh letak. Cakap lah lagi.

"Assalamu'alaikum"
"W'salam"
"Bye.."
"Bye.."

Syukran Jazilan. Aku bagi gagang pada perempuan kaunter yang rambutnya pendek. Lurus. China Doll.

Sayu. Aku renung Dia. Dia masih di bawah. Aku beralih daripada depan kaunter. Aku panjat batu di koridor perspek. Dapatkan pandangan Nik yang lebih jelas. Lambai lagi.

Dia memberi isyarat yang dia mahu pulang. Aku angguk. Jangan!. Aku belum puas lagi. Tatap wajah dia. Belum puas menatap dia. Aku masih rindu. Tapi dia tak dengar. Tak dengar kata hati aku.

Dia melangkah pergi. Aku ratapi setiap langkah dia. Dalam hati. Tolehlah. Pandanglah aku sebelum bayang kau menghilang. Tinggalkan aku dengan rindu masih bersisa.

Langkah dia berhenti di hadapan pintu automatik QA Airport. Toleh. Memandang kearah aku dengan senyuman paling manis. Lambai. Hilang dari pandangan. 

"Hubbak! Hubbakkk! Hubbak!" *

Aku nampak Makcik Cleaner ber tatoo tiga titik di dagu mengahayun tangan kearah dia dengan riak girang.

"Hubbak! Hubbakkk! Hubbak!" *

Oh!. Makcik Cleaner bartatoo tiga titik didagu juga punya hati.
Dia (Makcik Cleaner bertatoo tiga titik didagu) yang histerikal tadi nampak CINTA. Antara Aku dan Dia.



*Bahasa Arab Telo Tempatan: Cinta/Kasih/Sayang

20 comments:

ayobkelubi said...

emmph.aku membayangkan ianya sebuah pengakhiran suatu filem tapi aku tak ingat tajukknya.

filem dari iran kah daun?

Anonymous said...

Romantiknya sampai ke hulu hati. Pandai juga kau menggunakan GETUS dan TELEKU. Aku tidak pernah guna perkataan itu.
-Tok Rimau

cik easy said...

eheheheh aku ingat makcik cleaner tuh tetiba pandai kecek kelate.. dia cakap hebak(hebat)..hebak(hebat!)...rupanya bahasa arab.. hebbakh,,(cinta cinta..sayang sayang)..ehehhehehhe

Paradigma said...

separa fiksi? ehe curious.

Anonymous said...

hahaha!! HEBAKK HEBAKK!! (ni yang versi kelantan :p)

-salina-

Anonymous said...

aku penah merasai perasaan itu suatu ketika dulu...
-farihah-

supersomething said...

berbakat

Korakora said...

daun, aku nak buat antologi cerpen islam. ko nak join sekali?

:)

cik puan daun said...

ayob: Bukan daripada filem, kalau beritan pon secara kebetulan. Waaa.. i wish i can write stories mcm dalam filem iran.

Tok Rimau: Terimas Tok. Hampir tercapai terget destinasinya.. Ulu Hati..

Along: Spoil mood aaaa.. dah letak nota kaki dah supaya orang2 yang bengong tak salah anggap. :P Tapi citernye juga Hebbak *telo kelate*.. ahahaha

Korn(Paradigma): Ianya adalah kisah seseorang yang aku ceritakan kembali.

Sal: ahahaha.. ampeh...

Am: UUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUuuuuuuuuuuuuuUuuu

Farihah: Perasaan tu indah bukan?

Supersomething: Lebih tepat.. Berkarat

Bukunota: Aku berminat menulis, Nanti kita bincang lagi.. ahakss..

spyz said...

ohhh.. aku baca dgn teliti..
ingatkan ada lagi ayat 'kau cemburu'..
(aku suka yg ini spt juga yg itu..)

easy, kaezrin, nett, mie etc..
tak mau buat sesi lakonan semula ke?
ahahaha..

spyz said...

supersomething, kenapa aku rasa mcm ko mencarut?
:-)

Anonymous said...

boleh tulis novel la daun. Tapi bukan 'novel' tu tauu.. haha

farah said...

Aku hampir menitiskan air mata....
Aku mengenali kedua-dua watak utama...
sesungguhnyer "Airport and Syura" tidak dapat dipisahkan.....

Anonymous said...

terel daung

Korakora said...

yg ni ada unsur islamik sikit banding yg dulu. yg dulu unsur barat. hehehe.. apa unsur barat tu? pondok telefon kaler merah yg boleh tutup pintu!

unsur islamik kali ni.. air wudhuk dan berhijab.. hehehe hijab tingkat!

Anonymous said...

baca ni, teringat kisah cintun kawan cikgu. dia berkenalan dengan hubby dia kat heathrow airport. masing-masing dok tunggu orang kat situ. dalam masa sejam or dua jam jumpa, dah jatuh chenta....

cikgu midad.

Anonymous said...

aku dari tadi dok bayang makcik bertattoo tiga titik didagu. aku rase die la character utama dlm cite ni. harharhar

Amyz! said...

awwww.. how sweett.. hehe..

kaezrin said...

okeh aku buleh berlakon kisah nih balik..easy ko jadi nik..aku jadi syura..nett jadi makcik tatoo tuh..set....carikan tpt..kiter akan jadikan ala-ala airport queen arla...kali nih takde phone booth merah okeh!

lauryn said...

*tak dapat membayangkan seorang wanita tua bertatu tiga di dagu!*

aduh.. lemahnya imaginasi saya.

tapi saya sangat suka penulisannya daun!

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers