• 8

Suratan atau Kebetulan ( Pembetulan )

Ika marah. Elin pun marah. Even aku pon marah jugak. Kenapa la tak update blog? Cuti aku dah habis 2 january haritu. Tapi takder semangat nak menulis. Mood aku pon MONO semacam. Kalau ada kawan ok la. Kalau sendiri jer pon takper. Aku takde hal. Macam gitu la nak dikatakan mood MONO tu. Ala-ala 'whatever' tanpa attitude. Punya la mono. Nak menekan butang handphone pon malas.

Bukan aku dok mengkayu depan tv jer dalam musim-musim cuti nih. Aku ada aktiviti juga.  Melainkan aku duduk di kampung. Memang aku tak kuasa nak keluar-keluar la. Bila dah balik kampung, that's it. Jangan la ajak aku pi makan-makan atau keluar-keluar. Memang tak akan dilayan. Kecuali permintaan daripada famili aku.

Aku ada banyak. aktiviti. Aku terlibat dalam Gathering Geng Jurnal. Ala-ala AJK la. Semuanya mcm kebetulan. kebetulan Sal tak cukup kaki nak tolong dia utk urusan hadiah pintu. Kalau yang masuk ikut pintu jer dapat. Kalau masuk ikut tingkat. Harap maaf ek? Lgipun Dewan Serbaguna p8 tu takder tingkap pon. Kecuali tingkap tandas.

Kebetulan pertama (satu):
Objektif: Proses pemulangan lapik hantaran Elin. Adiknya nak bertunang. Khamis 29 Dec.
Lokasi: Menara TM.
Kesalahan: Salah lapik. Rupa-rupanya itu lapik hantaran Along. Patut histeria si Elin. Ahahaha. Knowing me so well, Elin malas nak layan. Dia lebih yakin daripada aku yang lapik hantaran dia telah aku misplace-kan. Thanks Elin muahss.

Kebetulan kedua (dua):
Objektif: Tension sebab salah lapik hantaran. Jumpa Sal dan rakan-rakan. Housemate yang sudah berkahwin call, Bagitau nak keluar. 1 day notice. Rasa nak meraung.
Lokasi: BBB
Kesalahan: Overdose Actifed. Buat aku loklak. Dan terus tido kat rumah Sal. Luahan pankreas rumah Sal.

Kebetulan ketiga (tiga):
Objektif: Lepak p9, Uruskan hal rumah. Katanya ada orang baru nak masuk. Nak tgk rumah utk ganti housemate yang sudah berkahwin.
Lokasi: p9
Kesalahan: Reject orang yang nak masuk sebab tak sedap hati. Aku end up takder orang nak ganti housemate yang sudah berkahwin. Pening kepala sket sebab ada satu bilik kosong.
Nasib baik: Sempat jumpa housemate yang sudah berkahwin utk kali terakhir. Salam dan nangis-nangis. *Aku mmg emotaik so, biasala nangis-nangis gini*

Kebetulan keempat (empat):
Objektif: Shopping cari tudung untuk buang-buang duit. Sedapkan hati.
Lokasi: Warta, BBB
Kesalahan: Mana ada kesalahan disini? Tak salah kan aku opt utk terapi membeli belah.

Kebetulan kelima (lima):
Motif: Kebetulan empat untuk cater assumption aku yang Gath GJ tu pada hari Sabtu. Rupa-rupanya hari Ahad. Bongoks.
Lokasi: In my head
Kesalahan: Salah fakta. Aku selalu salah fakta dalam otak nih. Ganerrr laaa.

Kebetulan keenam (enam):
Objektif: Persiapan Gath. Geng Jurnal.
Lokasi: P8
Kesalahan: Takder la. Aku enjoy myself. Beramah tamah dengan everybody. Terima Kasih. Lagipun aku sampaikan anugerah pada Project Diablog. Bangga sehhh. Nice to meet everybody. Muahsss.

Kebetulan ketujuh (tujuh)
Objektif: Ronggeng Sampai ke pukul 4 pagi
Lokasi: Mamak, BBB
Kesalahan: Menyanyi lagu-lagu ROCK kapak sampai kol 4 pagi. Membuat kami teruja utk tgk ROCK pada kesokan harinya. Tayangan terganggu selepas 15 minit penayangan. Buat riot kat depan TGV, KLCC. Memang aku tanak tgk kat tgv KLCC. Pekerjanya kurang ajar dan takder Customer Service Manner langsung. Dan itu bukannya satu kebetulan. :P

Banyak aktiviti aku. Lom campur meeting-meeting dan ronggeng-ronggeng atas papan kekunci dan diluar papan kekunci.

Lepas tu aku bekerja. Sehingga lah harini. Cuti raya pon sehari aje. Takder semangat waja nak beraya pun. Selamat Hari Raya Aidil Adha. No goody-goody wishes tahun nih. :P

Daun: Blog ni tanggungjawab aku. lalilaliallala

8 comments:

Anonymous said...

bley ke aku jerit2 histeria sbb jadi pembaca pertama ha ha ha ha.

blog ini adalah satu liability. aku risau satu hari nanti tetiba ia tak berupdate untuk sebulan. isk isk isk.

-rafthah-

Anonymous said...

kebetulan kelapan (lapan):
objektif: belanja lupi
lokasi: BBB
kesalahan: tak cukup haul dan nisab. kene belanja banyak2 hahahaha

salam aidiladha syura

Anonymous said...

rajin ek cikdaun join GJ..

erm..

ina tak pernah pun... erm... ...

Korakora said...

Kalau dalam Gathering Geng Jurnal ada Anugerah Oscar, maka yang menerima Best Supporting Actress ialah Cik Daun (berkongsi dengan Amyz, Nana dan ... - sila masukkan nama yang duduk satu meja dengan mereka yang riuh ini).
Keputusan penuh Anugerah Oscar di http://bukunota.blogspot.com

Sila naikkan hits Bukunota untuk menaikkan ego aku. Ego aku, kesenangan anda!

Long live Super Ego!!!

Amyz! said...

sbb ko update..
aku rasa nak jerit ala2 groupie gak.
I lovvee uuuu, daun..!!

Nida Shaari said...

muahaha nasib baik kau update..

dan kebetulan aku ada jumpa kau untuk ronggeng2 dan lunch serta ratah ikan goreng di rumah Nazmi..

kalau tidak mati2 aku ingat kau masih bercuti ntah kat mana..

lauryn said...

glad to see you're having a good time! cepat tulislah banyak2 lagi!

hamka said...

ada lagu pasal "suratan atau kebetulan"
lagu ini berbentuk pertanyaan dan tak ada orang nak jawab soalan ni, jadi aku selaku org yg tidak bertanggung jawab dengan karya aku sendiri membuat keputusan berani dengan menjawab soalan dari lagu tersebut:
suratan atau kebetulan?
jawapan:
www.keretamayat.blogspot.com

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers