• 2

 Malam-malam romantis aku

Aku tak berani bila berhadapan dengan mentol. Sebab tu aku tak pernah nak ganti mentol or starter lampu rumah aku. Kalau kat kampung ayah aku buat. Kalau dulu aku import bf aku buat. Sekarang ni takder siapa yang nak di import masuk utk buat keje tu. Fore FREE. :)

Lampu bilik aku dah seminggu tak menyala. Seminggu juga aku hidup dengan lampu tido. Romantik semacam je perasaan.

 Aku asyik terlupa nak beli starter. Bila ada starter, aku pulak tak reti nak pasang.

Aku amik kerusi plastik warna hitam tu. Aku berdiri atas kerusi tu. Rupa-rupanya aku tak sampai nak capai starter lampu tu. Aku terpaksa menjengket dan mendongak tahap maksima utk menggodek starter tu. Aku mengah and mula rasa pening2.

Tak boleh jadi ni. Aku amik majalah-majalah aku yang sebeban tu. Aku susuh, bagi tambah ketinggian aku. Aku cuba nak keluarkan starter tu. Aku pulas kekanan. Aku pulas kekiri. Tak juga ada tanda-tanda yang start tu nak keluar dari soketnya. Deng!

Housemate aku pembekal starter mencuba nasib dia. Nampaknya dia tak cukup tinggi walaupun dengan sebeban majalah. Penat dia menjulur tangan. Masih tak berjaya nak mencabut starter bertuah tu.

Aku call kawan aku. Dia cakap, kene tekan baru pulas kekanan atau kekiri. Cubaan tekan , pulas kekanan aku tak berjaga. Begitu juga yang kekiri. Kali ketiga aku aku tekan kuat sket. Tetiba starter tu termasuk dalam casing lampu tu dengan soket2nya sekali. Double Deng!

Aku menjerit. Apa aku dah buat? Mati la gini. Patah dah ke? Ida ensure aku yang tak patah. Masih boleh digunakan. Cuma soket yang di attached pada casing tu je yang terjerumus kedalam. Aku takut nak masukkan tangan aku dalam tu. Aku tau, buat penat jer.

Pasrah. Aku turun daripada kerusi. Ambil bantal dan sambung pelepakan aku di ruang tamu. Sambil tengok iklan kat ntv3. Romantis lagi malam-malam aku.

Daun: Sapa terer nak betulkan lampu aku tu? Moh la volunteer. Pompuan jer la.

2 comments:

Anonymous said...

meh laa aku tulun..tue pun susah ker...

Nida Shaari said...

weh aposal x crita kat aku.. haiiyaa..

be a woman like me ar.. :p
bab2 lampu ke, soket ke aku buat sendiri semua.. (cuma tukar tayar kereta jer tetap perlu pertulungan lelaki muahaha)

tapi kalo ko pun payah nak capai lampu tuh dengan ketinggian ko, aku apatah lagi ar.. kena cari tangga baru sampai la gamaknya..

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers