• 5

Rela di pujuk

Dalam kes ni bukan aku yang merajuk. Betul. Bukan aku. Aku cuma nak ceritakan bila aku merajuk. Aku merajuk bila hati aku terasa. Orang ter push salah button. Ckp benda yang aku rasa inferior ke. Gitu la. Bila aku merajuk, mmg aku akan ignore the person. Malas nak layan. Lagi-lagi bila aku menangis disebabkan orang tu. Ceh.

Kalau merajuk sebab aku marah dengan orang tu. Lain plak. Aku akan belasah orang tu habis-habis. Maksud aku belasah dalam konteks ni adalah belasah hatinya. Kalau pukul fizikal tak terasa sangat. Pukul hatinya baru senang nak jinak. Sakit hati mesti di balas sakit hati juga.

Bila aku merajuk, sememangnya aku nak dipujuk. Ini cuma boleh diaplikasikan bila aku merajuk dengan orang yang berlainan gender dan mempunyai perasaan romantik terhadap aku. Aku akan uji sabarnya dia. Memujuk aku. Liat sangat nak baik. Tapi bila aku dah menyesal sebab merajuk. Biasanya mkn sehari dua je. Aku akan terfikir. Ala, bende kecik tu pun nak merajuk ke? Aku akan minta maaf sebab aku merajuk. Masa tu aku insaf la dengan perbuatan aku. Tapi aku tetap akan merajuk juga bila perlu. Dalam ertikata lain. Aku ni cepat merajuk and cepat sejuk. (ye ke?)

Dengan kawan-kawan aku takkan merajuk. Aku akan cuma cakap aku tengah merajuk. Saje je. Bermanja-manja. Aku tau kawan-kawan aku sayang sama aku. Terutamanya Ika, Elin, Ina, Emon and Noer. Harap Ika tak muntah dengan kenyataan aku ini. Sesungguhnya Ika sayang kat aku. Mengaku sajalah.

Merajuk ni cuma permainan jiwa dan ego. Masa merajuk bermakna ego sedang tercalar. Harapan utk dipujuk oleh pihak lagi satu memang ada. Tunjukkanlah sayang dan perhatian pada si perajuk. Tapi sukar bila dua-dua merajuk. Takde sapa yang nak mengalah. Ego masing-masing tinggi langit. Sampai bila nak merajuk?

Mengalah tak bererti kalah. Aku kagum dengan orang yang mengalah. Aku bukan cth yang baik bagi seorang yang nak mengalah. Tapi aku sayang sangat dengan orang yang leh mengalah dengan aku. Terutamanya lelaki. Kalau perempuan merajuk tu biasa. Tapi lelaki merajuk? Buruknya, Tuhan saja yang tahu. Lelaki kalau mampu mengalah, memujuk dan sweet talk sket-sket akan score high in my score board.

Walaubagaimanapun, dalam gelanggang pemerajukan(do this word exist?) ini, yang penting salah satu pihak kena mengalah. Letak tepi lah ego dan hati yang tercalar supaya ianya takkan membawa kepada masaalah yang lebih besar. Sudah-sudah la merajuk tu. Kalau dapat duit takpe la juga. Ni dpt sakit hati dan paling teruk, menyusahkan orang sekeliling.

Dalam agama, kita kena meletakkan sesuatu pada tempatnya. Merajuk juga kena letak pada tempatnya. Jangan sebab merajuk yang berpanjangan, hubungan sesama insan jadi rosak. Bila kita tenang, akal akan berfikir waras. Bukan aku tak suka dengan orang yang merajuk, tapi kalau dah meleret-leret. Sia-sia je.

Sinambungan : merajuk - trsk.diaryland

5 comments:

Anonymous said...

nampaknya aku akan score paling rendah..malah mungkin sampai ke tahap negatif..eheh

mudah saja nak elak cepat merajuk: tatkala hati & ego tercalar, cepat2 bersangka baik & beristighfar. nescaya kita akan score higher di score-board Dia ;)

pesan org tua: merajuk cepat berkedut.depa kata.bukan aku kata.percayala cakap depa.depa dah berkedut.eheh

-bing-

Anonymous said...

Bing, masuk dorang berkedut, as in wajah kita kalau selalu merajuk, makin lama cam makin kurang lawa. so kalau dah tak lawa, merajuk selalu, lagilah tak lawa! sbb akan nampak cam tension jer muka. tuuh maksud dorang. nenek aku dah tua dan berkedut tapi dia masih nampak lawa, sebab dia jarang merajuk2, dia sergah jer semua orang ha ha ha.

Ling, I cakap betul, I sayang you, I takkan muntah dengan apa-apa line yang you nak ucapkan pada seluruh dunia pada I, asalkan cerita dalam bilik jangan you keluarkan sudahlah ya? You jangan muntah-muntah okay bila baca nieh, susah I jauh-jauh nak tengok you kalau sakit.

HA HA HA HA HA HA HA

-rafthah-

Anonymous said...

aku merajuk hang nak pujuk ker?
:p

geli ajer :))

-salina-

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Maaf semua.

Anonymous said...

kalo popmpuan merajuk perkara normal kan..kalo lelaki merajuk huduh gile kan..antara kawan no such thing as merajuk merajuk kan..

lap you bebeh..selamat hari raya ma pren..kim salam kat semua naa

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers