Periuk kukus aku dah ada dalam tangan. Gembira aku bukan main. Kalau tengok aku masa dpt periuk kukus tu, mmg rasa mcm nak kena lempang jer. Bukan cap yang mahal. Cap Kucing jer. Comel jer kucing tu senyum2 kat aku. Aku senyum balik kat kucing tu. Lepas puas belek-belek. Aku simpan elok-elok dalam kotak semula.
Semalam aku nekad nak cuba juga. Resepi yang paling selamat. Creme Caramel. Aku call Elin utk minta resepi. Bukan tak boleh amik dari internet. Tapi aku nak 'fail safe recipe'. Tak mungkin akan silap. Memang tak salah la perkiraan aku. Resepi Elin mmg pasti jaya punya. Kecuali aku terlupa nak letak a pinch of salt. Aku maafkan diri aku sebab aku mmg mengejar masa pun.
Aku bahagikan dalam dua mangkuk. Lepas jer 25 minit mengukus, Aku buka tudung mengukus tu sedikit. Bagi wap panas keluar. Bila aku balik dari terawikh karang. Boleh terus makan. ;). Aku sms tukang bagi steamer minta singgah ambil resepi sulong pecah tanah steamer yang dia bagi.
Resepi dari Elin mmg superb. Cuma aku akan tambah gula lagi. Elin, aku mmg tak mengamalkan healty living. ;). Pemberi kukus kata sedap. Apa jer la yang aku bagi dia tak sedap. Kalau aku bagi telur rebus pun dia akan kata sedap. Maaf la. Dia bias semacam. Kalau nak rasa, cubalah sendiri. Nak harap aku masak untuk korang, memang berkurun la. Tunggu diablog or pot luck GJ.
Creme Caramel
1 tin susu sejat cair
4 biji telur
5 or 6 sudu gula ( Elin guna cuma 4 sudu. Dia mengamalkan cara hidup sihat )
1 tsp esen vanila
secubit garam
utk caramel
4 sudu (dihanguskan dan dituang air dalam 1/2 cawan)
Cara-cara
1. Gula dan telur di kacau bersama. Putar perlahan jangan sampai berbuih hebat.
2. Letak susu dan esen vanila
3. Letak garam
4. Amik mangkuk, tuangkan caramel dalam tu.
5. Tuang adunan susu tadi.
6. Kukus dalam 25 - 30 minit dalam pengukus baru anda. (ahahahaha)
p/s: Sal. Thanks for the offer. Aku kurang sket dengan kuih manis-manis kecuali yang ada kat Secret Recipe. muahahahaha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Where my heart is
About This Blog
Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
title3
Apa kata gua tentang
Iqbal
(55)
Diari Bakal Ibu
(23)
maskara
(15)
resepi
(13)
Dilema seorang bakal pengantin
(9)
Gajet
(6)
Diari Ibu
(5)
Perempuan Simpanan
(5)
Books
(4)
Nazim
(4)
EBM
(3)
baking
(3)
breastfeeding
(3)
parenting
(3)
2009
(2)
Baby no.3
(2)
Makan-makan
(2)
Medela PISA
(2)
cake
(2)
gangguan tekstual
(2)
pasta
(2)
ADSL Modem
(1)
Babylimpik
(1)
Buku
(1)
Pasca kawin-kawin
(1)
Streamyx
(1)
Tagged
(1)
babywearing
(1)
bandage jiwa
(1)
birthday
(1)
blog
(1)
family
(1)
frasa percubaan
(1)
giveaway
(1)
kek
(1)
ring sling
(1)
taska
(1)
toy
(1)
vacation
(1)
working mom
(1)
Followers
About me
- cik puan daun
- Puncak Jalil, Malaysia
- Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
1 comment:
dah dapat banyak songeh plak cap kucinglah sekali jadi harimau si pemberi tuh baru kau tau hahahahh
next round kau mintak baby bellinglahhhh boleh bakar kuih plak hahahahaha
-rafthah-
Post a Comment