• 6
Pasta Craving.

Aku dok craving on pasta. Since nak mkn kat luar mahal beno. Aku prefer masak kat rumah. Dengan harga sepinggan pasta kat luar, aku boleh mkn dalam 4 5 orang. Aku tak kisah nak masak. Ada mood, ada masa, aku suka jer layan permintaan orang yang nak bermanja-manja dengan aku.

Tapi bukan bulan ni or bulan depan. Kalau nak masak, bagi la aku duit. Aku akan beli barang, upah masak tu tak payah aaa. SInce aku mmg suka beno nak masak. Ahahahaha.

Ok, harini or esok. Aku nak masak seafood pasta. Calamarie jer la. Udang aku malas nak proses.

Seaffod Pasta Expressway

Bahan-bahan:
1 Bawang besar ( Minced)
3 Bawang putih (Minced - Kalau crushed pon best jugak)
1/2 cawan Susu
1 sudu besar Tepung gandum
4 sudu Butter
Sotong <- proses buang kulit yang berkaler purple tu
English Parsley ( Chopped ) Pls jangan ganti dengan Chinese parley. Rasa dia lain daaa.
Cendawan tiram (carik2 kecik kasi comel)
Your Fav. Pasta <- Spaghetti, Fettucini or apa2 la. Pasta ni tak kisah ko beli mahal ke murah. Kat tesco ke or cap Itali. Kuah tu yang penting. :D

1. Tumis bawang besar and bawang putih
2. Masukkan tepung
3. Masukkan Sotong and Susu. Kacau rata
4. Biar mendidih dalam 10 minit
5. Masukkan cendawan
6. Garam dan Pepper secukup rasa
7. Kalau nak sos lagi pekat. Buat bancuhan tepung + susu. Masukkan dan didihkan sampai mencapai kepekatan yang korang suka
8. Masak pasta dalam air yang diletakkan dengan sedikit garam. Lepas masak toskan
9. Tuang sos atas pasta yang sedap gila tu.
10. Tabur dengan parsley.

Siak jerr.. leley aku. Aku akan singgah midvalley beli pasta banyak2. ahahahahaa.. Hantu pasta. Lalilalali.. Aku tak mkn sangat spaghetti bolognese. Sebab aku rasa spaghetti bolognese mcm murahan jer ( bunyi-bunyi macam tak sedarkan diri). Tapi tu la first pasta yang aku buat. Belajar dari Jamie Oliver. Sekarang aku tak pandang pasta sos tomato. Lupa daratan. Lagi menarik mkn pasta yang kuah putih or tak nampak kuah tapi rasa sedap tak hengat.

Lagi satu yang aku suka. Lasagna. Nak buat leceh sangat. Kene ada oven. Aku microwave pon takder. Apetah lagi oven. :p. One sweet day aku akan buat jugak lasagna nih. Setakat ni main-main dengan pasta jer laa..

Korang plak macam mana? Pasta yang sedap pernah korang makan and kat mana?

6 comments:

Anonymous said...

syura..aku pun suke pasta jugerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

dr level 29 kekekeke

Anonymous said...

aku musykil. ada ke kau tetiba minat yg berkuah putih sejak kat williams?

-dari rumah aku tingkat 2-

Anonymous said...

cikdaun ngidam yer... :)

cik puan daun said...

Elin..

Kita berdua adalah set2 mkn apa saja yang sedap.. :D

Ijat..

Aku kan nak be adventurous with my food!! Voilaaa!!! ahahaha

Samurai..

Aku tak try lagi Lasagna Secret Recipe.. leh try bila kaya karang.. :D

Berry Bear..

Ngidam tanpa berisi.. ahaha.. yang berisi adalah badan aku.. as in gemuk.. :P.. bukan ngidam.. teringin nak melantak jerr..

Anonymous said...

Pasta tu apa daun? aku org kg.. Ha ha ha..

Anonymous said...

Syura, rindu nyer kat kau! especially kau nyer pasta! Hihi.. bilalah aku nak balik juma ko ngan ida. aku minta posting putrajaya. tak taulah dapat ke idak. kalau dapat leh lah aku rasa kau nyer pasta lagik!

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers