• 10
Mama

Mama, orang silap makan apa tah semalam. Lepas lunch orang terus jer bersin-bersin. Mata gatal. Berair-air jer. Macam kartun jepun yang comel-comel tu. Lepas tu orang nak gi tengok Gol n Gincu. Takder sapa nak teman. Orang ajak orang-orang yang takkan berskandal dengan orang jer. Sms si nett dia tak balas pon. Penat orang tunggu Nida online balik. Rupa-rupanya Nida dah 3 tahun tak tengok wayang. Dia tengok teater jer. Aqil plak jem. Bukan dia yang jem. Jalan nak keluar dari office dia yang jem.

Orang pk-pk. Nak ke tengok?. Tak tergamak orang nak tgk Gol n Gincu sorang-sorang. Lagipun ada Mencari Cinta malam nih. Thengaja orang nak tengok. Orang terus gerak balik rumah. Nathib baik thempat balik sblm Full House. Pastu yang best nyer. Housemate orang dah siap masak dah. Alhamdulillah. Seronok jer. Habiskan Full House dulu sesambil tukar ke Mencari Cinta masa iklan.

Orang rasa betul la. Kalau lelaki yang tak biasa buat keje masa kenduri takkan nampak natural. Masa mula-mula mmg buleh la faking it. Tapi bila semua mata memerhati. Sure nampak jugak. Kethian dengan Khaidir. Jangan beria-ia sangat ek lenkali? Bila orang tak suka cara ko. Dorang akan vote ramai-ramai. Waaaa.. Cuba kalau si Khaidir tu berada di tempat teratas dalam hati Elly. Sure sadis. Kalau motif rancangan dah ikut mcm survivor. Mesti orang yang paling terer menikam belakang orang menang.

Aku suka lakonan si Mamat Jawa kerja IT tu. Siap nangis2 sebab tak mampu nak pandang muke Khaidir. Cayalah. Mamat Jawa tu pakai rantai. A very big turn off. Pakai rantai pakai gelang. Orang tak suka banget. Mamat rambut panjang tu aku tak berkenan. Sebab nampak rock sangat. Along kata dia favour Danny and Danial. Orang kata kat Along, mesti terubat rindu along pada Joe Labi sebab Joe Labi ada datang masa kenduri kawin kakak Elly tu. Ahahaha.

Along cadangkan orang masuk Mencari Cinta 2. Orang ckp orang tak layak sebab tak cukup abang-abang and akak-akak. Orang pon tak nak. Jadi buah mulut orang. Nanti keluar la plak gambar orang pakai Spaghetti String masa tgk F1 aritu *ni orang bagi contoh jer*.

Eh! orang tak habis citer pasal orang bersin-bersin tu. Ok. Lepas makan mlm tadi. Orang mkn Antamin. Pil ni pon orang beli sebab haritu orang bersin gegila aaa. Terus berhenti bersin-bersin orang. Tapi orang mengantuk. Orang baring-baring depan tv yang tgh tayang Desperate Housewives tu. Orang pon terlelap. Orang bangun utk beralih tempat jer. Awal orang tido malam tadi. Rasa best plak bangun pagi ni. :D

10 comments:

Anonymous said...

hi sis, toksah ar masuk ittew prog..kita bley dpt lagi bagus dr 'pakwe2' kat dlm prog tu..muhahaha
psss...bukan kenduri adik si elly ker?

Pnut said...

akak tak suka mamat penasihat undang-undang tu, mcm beliawan negara sikit
mamat it tu cam comei la...
danny sweet...

tp minah tu getik la..

rindu joe labi gak le..

Pnut said...

akak tak suka mamat penasihat undang-undang tu, mcm beliawan negara sikit
mamat it tu cam comei la...
danny sweet...

tp minah tu getik la..

rindu joe labi gak le..

Pnut said...

uwaaa sori tersend dua kali yek

Anonymous said...

hang ada allergy ka daun?

Anonymous said...

hang ada allergy ka daun < sayangmama post. hahahahahhaha

Aqil Dot Com said...

aku pun nak ikut tgk gol dan gincu tuh !!! bila ??

coklat~vanilla said...

orang pon suka joe labi.tp org suka gak kat mamat rambut panjang tuh.sbb dia slamba n low profile.
n penyingkiran khaidir disambut meriah oleh org n osmet org.siap buat ombak lagik.mmg nyampah kat dia.kekekek.

awat minah tu cam bagus2 ha?

Anonymous said...

ko masuk la mencari cinta 2, nnt aku tangkap curi gambar ko tgh buat "victory a.k.a gedik walk" lepas dpt strike.

mesti kontroversi gila ah gambar ko tuh. hehehe.

-sal-

cik puan daun said...

nonie: takkan join bende tu punyer laaa.. buang masa jerr.. ehhehee..tapi kalau menontonnya mmg entertaining.. :P

kak pnut: kite pon tak menggemari si beliawan tu.. Danny mmg cute la jugak.. but petite..

sayangmama: Aku mcm elegik dengan mknn laut yang mishabdled.. nanti aku start bersin2.. ehehehe

nettbiru: Aku nak kene gi tgk dengan kawan2 lama aku plak.. tu la nett.. nak save2 bateri la plak.. kedekut betul... :P

aqil: kene carik geng lain aa aqil.. i'm taken.. :P fully booked..

cempakabiru: selamat masuk kelab anti khaidir.. ahahaha.. Minah tu kalau tak bagus2.. tak ler sesuai utk dijadikan calon Mencari Cinta.. :P

sal: waaaa... belom masuk lagi dah ada orang nak blackmail.. :P... tak rela u... ahahaa

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers