• 11
U are wasting my time

Lemah betul bila aku tengok meter minyak aku dah melepasi huruf E. Ada meeting pukul 10. Aku kene mai on time nih. Bila banyak sangat berfikir aku lupa nak berenti di perhentian fav. Aku dari Seremban-KL. Projet Seri petaling. Aku suka la projet. Ada kaunter kat pam. Tak payah aku cat walk ke dalam kedai utk membayar.

Aku terlepas Projet. Jadi aku kene pi kat alternaltif terdekat. Shell yang akan aku lalui sat-sat lagi.

Tau la aku lawa harini. Tapi tak payah la nak make conversation yang panjang-panjang utk menarik perhatian aku.

Pekerja shell tu menggamit aku.
Aku: Pam 2 ek? (hulur rm50)
PS: Berapa?
Aku: ( tunjuk 3 jari )
PS: 3 ringgit?
Aku: 30 ringgit la ( muke dah lain dah)
PS: (jenguk keluar). Kancil ke Kenari?
*Sah-sah dah nampak kereta aku Kelisa kat Pam 2 tu*
Aku: Kelisa laahhhh ( suara dah naik sket )
PS: (sengeh2) Bagi sekeping dapat dua keping ( hulur kat aku)
Aku: Ya ya ya...
Aku buat muke bosan + hangin + u r wasting my time sambil amik baki aku. PS tu sempat buat touch and go kat tangan aku. Suwey betul la.

Aku nampak boss dia. Kalau aku ada masa aku nak jer mengadu pada boss dia. Pekerja awak ni mesra alam sangat. Buang masa saya jer. Tapi aku takder masa utk buat semua tu. Aku terus cat walk ke kereta aku. Isi minyak and blah. Tobat aku nak pi shell tu lagi.

Aku suka pekerja yang helpful. Tapi aku tak suka kalau dia mesra sangat. Annoying sey.

Bila aku tengah mengejar masa. Perkara yang aku tak boleh buat adalah melayan orang-orang bodoh yang nak melengah2kan perjalanan aku. Apa depa igt worth ke aku nak luangkan 30 saat aku utk layan depa?.

11 comments:

Anonymous said...

hee cik Dee..garang sungguh awak nih...patutnye awak bazir skit mase pelangkung pale die dulu..alaa..jgn lame sangat..dalam 15 menet ok aa kot..:P

Aqil Dot Com said...

cikdaun cat walk? - tengah imagine.....

Anonymous said...

"Tobat aku nak pi shell tu lagi."

hehe..ko nak pegi lagi shell tue? hahaha...ko blasah jer mamat kat kaunter tue..

Anonymous said...

muehehehe... amboi daun... garangnya...

Anonymous said...

ya cik daun..kalau ang mai stesen minyak yang aku jaga..mesti siap aku ajak ko minum dan makan biskut kering ..hahahah

Korakora said...

adakah 30 saat bg kesan besar dlm kehidupan cik daun?

itu yg aku tanya, bila baca entri ni.

cik puan daun said...

nazmi..

30 saat tu yang tentukan aku kene hamput dengan boss aku ke idak.. Jadi 30 saat pagi tu adalah amat berharga to save my ass.. ada faham tak bebeh?

Korakora said...

ooo baru aku tahu, boss ko ni psycho gila. 30 saat pun nak berkira. anak beranak norman bate?

Anonymous said...

dah kalau nama dia nazmi..tak sah kalau tak provoke orang. :p. limau nipis special satoww!

-sal-

Korakora said...

aku bukan provoke. aku layan. hahahaha

Anonymous said...

mesraaaa...wakakakaka

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers