• 3
Entry yang bagai ular kena palu

Isnin ni wesak. Aku tak sedar sampaila si KZ bagitau aku semalam. Ignorance sungguh si daun nih. Ooo. Kalau cuti sampai Isnin. Memang jatuh hukum wajib untuk aku balik kampung. Ada bowling ek? Hmm.. Kene rujuk menteri kewangan. Budget untuk berfoya-foya telah dipotong sebanyak 85% pada bulan ini. Mungkin tak dapat join.

Wajib balik. Road tax dan Insurance sudah di bereskan. Jadi aku boleh balik kampung dengan selamat. Kalau belum di bereskan pon mungkin aku akan lenjan balik jugak. Takkan aku nak tinggal di rumah seorang diri. Dua orang housemate aku nak pi ke Pulau Khinzir Besar.

Aku suka duduk rumah di Putrajaya kalau aku rasa malas sangat. Aku cuma leh bangun untuk pergi ke toilet, solat dan mandi. Kalau tak lapar tak payah nak masak. Aku boleh mengadap laptop dan godeh Photoshop dari celik pejam celik pejam celik dan pejam * Aku tido diantaranya*. Esok pagi aku bangun. Menyesal bila tak buat apa2 yang productif pon. Jadi aku memilih untuk menjadi produktif. Aku akan balik kampung. Boleh juga buat begitu tapi diantaranya boleh petik mangga mudah dan cicah dengan kicap. Harrass Nina. Borak dan buat lawak bodoh dengan mama and ayah. Dan lain-lain.

Oh! Isnin ni cuti rupa-rupanya. Kene balik kampung.

3 comments:

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

nak sikit buah mangga tu.
jangan lupa singgah perak hantar mangga tu bila daun balik kampung yer.

Korakora said...

ooo petik buah mangga dikira aktiviti produktif?

oooo.. daun orang kedah sebab boleh singgah perak untuk hantar mangga. betul gitu nooo?

cik puan daun said...

yusairi..

jauhnya nak singgah perak hantar mangga... aku rasa lagi banyak mangga kat perak nuun.. :P

nazmi:

produktif laaa.. sebab bila di lakukan.. ia akan mendatangkan hasil.. ahahaha..

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers