Projek: Seluar jeans budak lelaki

  • 6
Sejak dari dulu, aku melihat mama menjahit. Untuk tambah pendapatan. Jahit baju kurung, langsir dan kraf jahitan.

Mungkin dalam diam-diam aku fikir yang bakat mama tu akan ada dalam diri aku. Aku minta mama ajar guna mesin jahit mama. Mesin sulam dan mesin jahit tepi juga aku belajar guna. Mama suka tengok apa2 hasil bodo-bodo yang aku buat.

Bila mama dengar aku nak beli mesin jahit, Mama kumbah stor dan bagi aku mesin jahit kecil mama. Aku gembira sangat.

Tapi aku tetap suka mesin jahit mama. Laju dan boleh jahit kain yang tebal dengan kemas.

Ini adalah hasil lebihan kain daripada projek mei tai carrier aku. Aku buat jeans katok untuk iqbal. Pattern aku ambil daripada link ni. Banyak projek yang boleh dibuat dalam blog tu.

Buat seluar budak lelaki ni mudah je. Cuma nak skill jahit lurus. Itu je pun yang aku tahu.




Kat bawah tu Iqbal yang sangat happy dengan seluar baru dia. Walaupun tak cantik macam jeans beli. The fact that mama buat untuk dia adalah sangat menggembirakan. I love his proud voice when he said "Mama uat (buat)". Kadang-kadang nenek yang buat pun dia claim mama dia yang buat. Agaknya dia igt mama dia ni superwoman kot. Kalau difikir-fikir, kita dulu pun anggap mak kita supermak. Semua pun mama tetap adakan. Kan?

Hero ni tengah gila ambil gambar so inilah hasilnya.



Nota: Kain adalah kain jeans daripada nagoya. Mahal juga semeter. RM 24/m dengan diskaun 20%. Kain2 untuk buat seluar ni mahal juga lah. Boleh juga guna cotton. Tapi most nice cotton mempunyai design dan skema warna untuk gegirl.

Posted using BlogPress from my iPhone

6 comments:

Nida Shaari said...

bestnya.. teringin nak ada mesin jahit dan plan macam-macam projek..

teringat bakal mak mertuo pernah offer mesin jahit dia.. tapi kan dah jadi menantu, tak pernah pulak dia offer semula.. kah kah kah..

Ahsuez said...

Aku masih bercita-cita nak pandai menjahit. I can handle the machine, tapi tak kemas and tak boleh bayangkan daripada kain, ukur, potong, jadi baju seluar or what not!

At least, kalau boleh jahit baju tidur pun dah cukup ok, jimat pon jimat, kan?

InshaAllah, one day.

Amyz! said...

alaa sweet je iqbal. of course dia bangga mama dia boleh buat seluar utk dia. sweet!

i wish i have that talent. aku mmg tak pandai menjahit. :(

Unknown said...

Aku tak reti guna mesin jahit. Nak jahit langsir pon aku jahit pakai tangan saja. Huhuhuh..

RashAtie said...

sukeee....kalau la aku pun boleh buat kann....tapi slalu nye end up kain tu rosak je...hehe...

mana link nye...

ezham said...

Jeans katok? jawanya ko daun.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers