Nasi impit menggunakan pressure cooker

  • 0
Nasi impit segera ( menggunakan pressure cooker)

Peti sejuk aku semak sangat. Aku nak kena kosongkan sedikit. Banyak sampah aje. Aku nampak satu tupperware besar yang aku sangkakan bolognaise base sauce. Rupa-rupanya kuah kacang.

Macam-mana nak get rid of this? Tentunya makan la kan? Jadi aku nak rebus nasi impit. Dalam gobok ada nasi impit mini segera. Masaalahnya aku takde 60 minit atau 90 minit seperti recommended pada paket.

Jeng je jeng!! Tapi aku ada pressure cooker. Ni adalah cara- cara masak nasi impit segera menggunakan pressure cooker.

1. Isi pressure cooker dengan air. Dalam separuh atau pastikan semua nasi impit tenggelam.

2. Masukkan nasi impit.

3. Pasang api.

4. Tutup tudung pressure cooker. Dan biarkan sehingga wap keluar daripada corong wap. Ini menunjukkan tekanan dah dicapai. Boleh perlahankan api pada sederhana.

5. Mulakan timer 15 minit.

6. Selepas 15 minit, tutup api. Dan lepaskan tekanan. ( cara penggunaan adalah berbeza. Aku guna tefal clipso pressure cooker 8 liter)

7. Toskan nasi impit dan sejukkan selama 60 minit atau lebih.

Sekian. :)



Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers