Making baby 2: Mengidam la pulekkk

  • 0
Pada pukul 7 ptg isnin lepas. Tetiba jiwa ni trigger perasaan teringin makan nasi pakapau. Nasi pakapau kat belakang UIA, SS17 (ye ye, kat fb aku dok kata ss14.. ahahah nasib baik orang yang cari jumpa) PJ. Dijual di gerai Mokcik Kelate yang maha sedap. Aqil & OP la yang memperkenalkan masa zaman bujang geng jurnal dulu.



Selepas-selepas itu memang suka la makan situ, cuma malas nak pergi. Sebab jem. Duduk Pantai Dalam jer pun masa tu. Tu pun susah ke? Lepas kawin, dah duduk PUJ ni sangat la jauh nak pi sana. Jadi aku akan masak aje lah.Itu pun dah cukup buat kitorang hepi. Lepas preganant Iqbal, memang dah jarang buat lah.



Sampai la selasa lepas. Tekak teringin sangat-sangat. Teringin pun dah lewat. Mana nak dapat. Merengek-rengek kat fb adn twitter, ada la orang cadang kat Gravy Baby. Gravy Baby tu sekangkang kera aje tau dari PUJ ni. Jadi, malas nak pi jejauh. Redah la ke Gravy Baby.



Owh sedih gilak. Tengok la gambar, sangat bukan nasi pakapau yang diinginkan. But telan aje lah. Malam tu tetiba tersedak. Keluar balik nasi pakapau Gravy Baby. Sedih. Mungkin baby tak suka. Sedangkan salah sendiri, pi gosok gigi beria-ria sampai terbatuk-batuk dan muntah. Padan muka.



Esoknya Nuar dah plan awal-awal. Dia balik awal sket. Terus pergi ke ss17. Tunggu kedai bukak dan tapau untuk perempuan mengandung ini. Best tau. Sebelum pukul 8 dah balik rumah dengan enam bungkus pakapau. Enam bungkus ko!! sedangkan ada 3 orang dewasa dan seorang budak 2 tahun aje. Terima kasih ye Sayang? Muahhss!!



Kepada yang tertanya-tanya, apa kejadah nasi pakau yang dikemarukkan sangat oleh perempuan mengandung ni? Ini adalah definasi yang aku keluarkan sendiri:
"Nasi putih, daging cincang masak dengan cili padi n daun selasih (sedap gillerrr!!!), telur mata yg kuningnya cair, sup kosong, ulam timun, kacang botol & kobis cicah sambal belacan."
Gambar adalah seperti dibawah ye? Nasi pakau Gravy Baby sedap, tapi bukan yang aku inginkan. Sebab nasi pakapau ni la aku gigih tanam pokok selasih (basil) walaupun asyik mati aje.

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers