Where to now??

  • 1
Harini ini secara rasminya, Iqbal dah ada passport. Ferrr, senang juga nak bawa kemana-mana dalam masa 5 tahun ni. Kononnya lah. Bukannya nak pergi kemana-mana pun lagi.

Nak ke Singaland mac nanti. Hotel dah book siap-siap. So Alhamdulillah. Aku dah boleh fikir masaalah negara yang lain, selain daripada trip ni. :) Memang sangat looking forward to this trip. Cumanya, aku ni lembik. Bukannya kuat sangat masa pregnant-pregnant ni. Harap diberikan kekuatan la ye?

Cuma nak share fakta-fakta random tentang hari membuat pasport ini.

1. Kitorang pergi pejabat imigresen yang dekat area palace of justice. Since last year Nuar buat passport kat situ. Rupa-rupa dah pindah weih. Kat Jabatan Imigresen W.P Putrajaya,
Cawangan Preseint 14, Bangunan Chancery, Presint 14,W.P Putrajaya. Aku assume kat tempat lama itu lah. Yay! padan muka.

2. Parking situ senang gila dan teduh dan free. Saya ulangi. Free occay! (Kenapa jakun gila??). Just sejuk la kereta walaupun kena menunggu kat situ lama la juga. :) That's the plus point.

3. Kanak-kanak bawak 7 tahun dapat kaunter khas. Aku diberitahu oleh kawan aku budak bawah 2 tahun. Tapi apa-apa lah. Kaunter khas tu yang best tu. So, that's another plus point. Jangan lupa juga, Warga Emas (60 tahun keatas), Perempuan mengandung dan satu lagi kategori aku lupa la juga dapat kaunter khas juga. No start dengan 2***. Tapi tak pula aku dapat khas dua kali (xrtra cepat) sebab aku mengandung dan Iqbal pula bawah 7 tahun. :P Sebab buat pasport Iqbal sahaja. So it fall under one category. :P

4. Prosesnya saya boleh puji lah. Cepat juga. Dalam 2 jam or less. Sampai dalam 10++ dan dapat pasport lagi 5 minit ke pukul 12tghari. Yahoo!

5. Owh! lift di parking pelawat rosak. Kat nombor 2 tak gerak-gerak ke basement. Jadi naik tangga yang sangat tinggi dan curam occay. Macam nak pitam aku ni.

6. Ada kedai kilat untuk fotostat dan ambil gambar. Sekeping rm0.30 dan 4 keping gambar pasport dengan rm15 sahaja. Harga standard gambar passport. Ada juga jual air sejuk dan gula-gula and tidbits.

7. Kaunter juga dibuka pada Hari Sabtu dan Ahad ok!!!!.. Saturday - Sunday 8.00 a.m - 1.00 p.m (Passport Processing Only). Mungkin ramai orang sket tapi tak payah nak ambil cuti. So double yay untuk Jabatan Imigresen Malaysia. Bukan di Putrajaya sahaja. Tapi beberapa cawangan lain juga dibuka pi la tengok kat website dia. :)

But overall. Its a good experience. Berbaloi ambil hafday leave aje. Jimat cuti aku. :)

1 comment:

Ahsuez said...

Haaa... Thanks Daun!

Eirsa pon perlu ada passport (akan dibuat paling lewat bulan Jun 2011), so, aku kena hafal semua yang kau tulis ni. :D

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers