Iqbal 11 bulan

  • 3
Iqbal almost 11 bulan dan lagi 1 bulan lagi aje Iqbal akan jejak umur 1 tahun. Wow.. cepatnya masa berlalu (klise.. but true). Daripada dulu budak shomen kuat nangis, sekarang pun masih lagi kuat nangis.

Daripada 3.28kg kepada almost 10kg. Budak shomen ni mmg selera makan. :P

Adoih.. Si Iqbal. Sudah pandai head banging. Lokasi paling best ada dalah head banging kat badan mama.

Kisah saya dan durian

  • 5




Saya suka makan durian. Minggu lepas saya sudah makan sebiji durian yang berharga rm25 seorang diri. Bila kemudiannya saya beritahu suami saya yang saya nak durian lagi. Suami kata tak boleh. Durian boleh makan dua minggu sekali sahaja. Mana ada aturan begitu? Siapa yang gatal-gatal menyusun-atur undang-undang yang mengatakan sedemikian. Suami saya memang tah apa-apa tah. Saya tetap mahu makan durian.

Kemudian, semalam semasa pergi ke pasar malam BK5. Saya lalu di gerai durian yang sama. Gerai tu masih lagi menjual durian yang saya beli minggu lepas. Jadi saya telefon suami saya. Mula-mula saya tanya dia nak makan apa? Dia kata apa-apa je lah. Saya tak pernah jumpa apa-apa jelah dijual di pasar malam BK5. Jadi dia order nasi tomato lauk daging. Kemudian saya tanya lagi. Nak taufufa tak? Suami kata boleh juga. Taufufa beku adalah makanan kegemaran suami saya. Ada extra point disitu.

Kemudian, saya tanya lagi.. Eh eh eh.. Boleh tak saya beli durian? Suami menjawab. Hmm boleh jugak. Jadi saya lompat-lompat kecil di pasar dan membeli sebiji durian yang mantap itu. Berjaya juga saya makan durian 2 minggu berturut-turut. Beribu-ribu kalori lah mendiami badan saya. :P

Tapi saya belajar satu perkara semalam. Selepas makan durian, jangan minum minuman berkarbonat. Nanti sakit perut.

Padan muka saya.

p/s: Jangan kagum dulu. Skill menaip menggunakan iphone saya masih so-so sahaja, Entri ini panjang kerana saya menaip dari laptop saya. Kalau guna iphone sudah pasti tidak sepanjang dan se-elaborate begini. Entri iphone akan berbunyi begini. "Makan durian lagi.. Yummehh!!! Tapi sakit perut.. sangat tak yummeh!!!" [letak gambar]

Sekian. Terima Kasih
  • 5
Banyak benda aku nak tuliskan. Tapi bila nak menaip dengan iphone, sangat turn off lah.

Bilalah nak terer kalau tak practice selalu.

Lalilalalalilala..

Malas.

Resepi: Garlic chicken linguini

  • 4
Resepi garlic chicken linguini.



Bahan-bahan:
1 cawan hirisan ayam (ptg dadu)
6 ulas bawang putih (chopped)
7 btg buncis (potong serong)
Dried parsley
Dried oregano
Garam
Lada sulah

300 gm Pasta: linguini, spaghetti apa sahajalah ikut suka.

Cara-cara:
1. Masak pasta.
2. Tumis bwg putih. Masukkan ayam. Bila dah ala-ala putih ayam tu. Masukkan buncis. Sekejap aje. Tak nak buncis jadi lembik.
3. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
4. Masukkan pasta. Gaul rata.
5. Taburkan dried oregano dan dried parsley. Ratio 1:2.
6. Ok settle. Hidang atas pinggan cantik. Amik gambar dan post dalam status facebook.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Jodoh

  • 7
Jodoh bukan untuk perempuan yang 'hot' sahaja.


- Posted using BlogPress from my iPhone

MC lagi hari ini.

  • 1
Doktor kata jangan layan komputer sangat kalau nak cepat baik. Glare daripada skrin monitor tu buat mata aku lagi stress dan lambat baik.

Tapi kalau layan iphone tak ada apa-apa kots. Ok gua janji gua pakai spek hitam harini. Ber agogo la plak sorang-sorang kat rumah.

Ok, nak pakai ubat lekit-lekit. Kasi mata rehat. Weekend ni adalah weekend aku as single mother. Nuar balik Kuantan bersendirian atas sebab-sebab peribadi.

Lagi-lagi demam

Iqbal demam waktu malam sahaja. Siang ok.

Semalam aku dan nuar demam.

Harini dua-dua dah baik demam. Aku sakit mata la plak.

Aku rasa lepas bersalin gua lagi prone untuk sakit. Sebelum-sebelum ni gua ni bukannya mudah sakit.

Demam

  • 6

Iqbal demam on off. Buat mama dan abah pun rasa nak demam. Badan gua sakit-sakit.

Sementara tu, gua letak gambar je lah.






Iqbal merenung masa depan.







Iqbal tayang gigi dua batang.







Iqbal ngamuk- ngamuk sambil kerimasan dan nak tarik kaki masuk mulut.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Senarai kesyukuran 2009

  • 1
Kesyukuran paling besar untuk tahun 2009.

Iqbal Wafiq 10 bulan hari ini.




- Posted using BlogPress from my iPhone


Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers