Siri Gadget: Hand Blender

  • 9
Gadget adalah salah satu kelemahan aku. Jika perempuan lain sibuk dengan barang kemas, handbag, kasut dan duniawi lain, aku gilakan gadget. Salah satu gadget yang paling berfungsi dalam dapur aku adalah blender. Pada zaman bujang aku ada sebuah blender biasa, Panasonic. Blender basah dan blender kering. Berjasa sangat pada aku. Ia buat proses masak memasak menjadi lebih pantas.

Aku dapat blender yang best sebagai hadiah perkahwinan. Terima Kasih Mahani & Zam untuk hadiah yang best tu. Dapat another blender, bagi kat mama. Dah jadi arwah dah pun. Sebab blender zaman bujang masih ok, aku masih tak guna lagi blender hadiah tu.

Bila Nuar dapat peluang training ke US. Aku pun gatal-gatal pesan untuk cari hand blender. Usha dah banyak kali. Cuma tak terbeli-beli aje.

Banyak sangat tengok kat 703 chef guna. Memandangkan pembuatan bubur Iqbal (sebagai alasan) leceh gila bila nak blender guna blender basa tuh. Makanan habis melekat kat dinding jug tu aje.

Nuar bawak balik Cuisineart SmartStick hand blender. Aku suka tahap gedik-gedik. Setakat ni. Alhamdulillah. Memang memudahkan aku untuk blender terus dalam periuk. Chopping pun mudah gila. Dan buat jemput-jemput bawang, yang memerlukan bawang yang banyak tahap dewa (versi Nuar) pun senang. Nuar boleh buat sendiri. Ehehehe.



Ianya datang dengan Chopper Bowl (untuk chopping), Whisk (Untuk pukul telur or cecair) dan Blending Shaft (untuk blender).

Suka sangat the stainless steel handle. Nampak sleek gile. Aku tengok handblender kat sini harga boleh tahan. Paling murah boleh dapat dalam RM150, RM 250 dan paling mahal aku pernah tengok harganya RM750.

Love every bit of it.

9 comments:

Amyz! said...

menariknya~ hmm.. hmmm..

*fikir2 nak beli dah nih!!*

Pnut said...

huiii i pun suke gadget, biar ku pakai kasut paso malam, henbeg saploh henget, tp barang dapur musti komplet

Haslina Hashim said...

I have one! tapi in the drawer, sebab tak masih((((. But I seriously enjoy the versatile blender. I was crazy with Anthony Warrel Simsons - Blender tuu dier punyer signature. Lama-lama tak boleh tanggal.

RashAtie said...

aku pun suka gadget....esp, gadget tuk dapur

Diyanazman said...

ehhh kat mana beli ni? nak satu!!!

Angah said...

Keji la hahaha.. asal benda yang aku nak mesti ko dapat dulu kan..

p/s : nak senang masak bubur iqbal guna slow cooker 0.6 liter tuh. masuk beras 3 sudu dan air 3/4 periuk. tambah apa ko nak, tunggu 3 jam walla.. sedia dimakan dengan rasa yang sedap.

cik puan daun said...

Amyzz.. sila beli kalau anak ko dah nak start makan bubur. :D

kak pnut: sudah semestinyaa.. priority orang lain-lain. Kita kan suka gadget dapur...

Kak Na: Kite faham perasaan akak.. sila guna dan masakkan kita makanan sedap bila kite datang rumah akak ok!!

Atie: yay!!

diyanazman: Kat giant kinrara pun ada nampak. Low end punya but still hand blender. Kalau nak high end punya, try tengok harvey norman or metrojaya. Sangat syok bende ni.. :D

Angah: Alaaa. aku ni mmg gatal la weih. Ko dah ada rumah duluuuuuu.. lagi aku jelesss.. ehehehe.. Gadjet kan bukan keperluan.. so, mmg la ditangguh-tangguh pun takper.. ada banyak bende keperluan lain kan? But seronokkk ada.. ahahah aku mmg perangai kejiss. :P

Haslina Hashim said...

Daun, kite dah jarang sangat masak. Apatah lagi sekarang yang lebih mencabar. Kita berfoyer-foyer kat atas sana lah. F&B is on me!

Hayati said...

cik puan daun. Akak dah beli benda alah ni 2 tahun lepas. Beli kat Tesco Prai. Murah giler. RM 70 saja. macam tak caya. tapi percayalah, memang itu rega dia. Beberapa hari lepas tu, pi tengok pulak, dah seratus lebih dah. nasib baik rembat awal.Akak guna untuk sup cendawan. Walla, senangnya...

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers