Marble cake in the making

  • 6
Sejak seminggu lepas aku mencari resepi the 'ultimate resepi' untuk Kek Marble yang senang dan pasti sedap. Since aku bukan pemakan kek yang berjaya, kecuali kek Secret Recipe (diskriminasi sungguh!). Jadi aku tak pasti apa rasa yang sedap untuk kek marble.

Mak aku kata, kek marble adalah kek butter yang ada dua perisa. Aku agak bersetuju disitu. Bila aku minta resepi kak pnut, kak pnut sarankan resepi daripada Mat Gebu. Aku pun google marble dan matgebu. Ramai yang guna resepi ni dan menjadi. Jadi disini saya mempersembahkan...


Nuar kata macam ni la rasa kek marble. Cuma dia komen tentang ke-marble-annya. Ummi akan guna sudu kecil dan susun selang seli dengan jayanya. Gua mana ada masa sebegitu. Guna dollop-dollop besar sahaja. Itu pun gua dah rasa cantik.


Fadzli puji moist. Foong kata bolen celen marble cake makcik yang dijual di 7-eleven (siapa makcik tu dan dimana 7-e tu pun gua tak tau). So rasanya berjaya cubaan pertama buat kek marble untuk mak mertua. Boleh bawak balik kampung.
Hati masih berdebar, sebab mak mertua ada specific taste. Go go chaiyoo!!!


p/s: Gua rasa kek marble tak sedap. Ini adalah pengakuan berani mati daripada seorang yang tidak menggemari kek.

6 comments:

up on my forehead said...

gua penggemar kek marble, so gua boleh cakap kek marble 7e yang pernah jadi makanan lunch gua bila kerja sama jordan s*al tuh, tak brapa sedap sangat, rasa butter and tak cukup moist! kering! duh!

so gua harap, kek marble lu best okay?

Pnut said...

wahhhh marbleeeesssssss..
cayalah, ni pakai periuk nasi ajaib kah???

Dairi Hati said...

aku jeles betul ngan orang yang suka masak2 ni pastu terus 'menjadi'. hebat la kuasa air tangan.

eh.. jemput berkunjung ke 'rumah' hamba.

Amyz! said...

Tangan lu ni memang menjadi je kalo masak la beb. gua jeles.. huhu.

Angah said...

kalau hantar ke umuah mak mertua tu, hantarkan juga sebiji ke rumah aku. bukan jauh sangat pun hehe

Nida Shaari said...

i cakap sedap dan i nak lagi. Nanti kalau husband i cakap on buat makan-makan u bawak kek boleh?? hik hik

gambar last tuh macam kenal je

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers