Bumbo Seat.. hoyeah!!

  • 7
Sila buat-buat tak nampak perut Nuar dalam gambar ini. Nuar kata itu adalah "lambang kemewahan dan kebahagiaan". Masa ni Iqbal berusia almost 4 bulan.



Ada satu gajet yang aku dah lama usha. Sampai aku tak ingat daripada bila. Mungkin daripada sebelum Iqbal lahir lagi. Memang nak la sangat-sangat. Tapi terhalang sebab Mama pesan "Budak yang belum boleh duduk, jangan didudukkan lagi". Tak boleh nak kata rimas, sebab dah pesan orang tua kan?

Tapi sekarang ni aku rasa dah tiba masanya untuk aku beli. Bulan pun dah menunjukkan diri (tak ada kena mengena pun), lantass.. zass!!! Sampai pada petang tadi.(Klik pada gambar untuk lebih besar)



Its on sale!! Sila usha http://www.littlewhiz.com. Pembelian lebih RM200 dapat menikmati penghantaran percuma. Sebagai seorang mak yang gila gajet, of course aku beli dengan tray-nya sekali. Owh! adakah ini gajet untuk Iqbal atau untuk mak dia?

Argh.. sebenarnya, kalau tak ada pun hidup juga (quote mama). Kehidupan tetap diteruskan. So, terpaksalah aku meneruskan kehidupan dengan Bumbo Seat disisi. :P

7 comments:

Amyz! said...

ya ampunnnnnn.. comelnya!! comelnya iqbal duduk dalam bangku tu.. ya ampunnn....!

Nida Shaari said...

tengoookkkk haritu aku bagi dia duduk ko cakap dia belum boleh duduk... ni ko dah beli tempat duduk untuk dia dah... kaler ijauuuuu pulak tuuuuu...

eh apa motip komen ni? ha ha ha

farah said...

3 bulan dah boleh duduk dah.... bumbo seat memang tercipta untuk bagi baby duduk.... 1st time aku tgk terus jatuh cinta.... terus beli....hari tue mother care ada offer RM 179 jer...

tasekM said...

perut nuar dh nk sama besor dgn perut laki aku je ni daun. hehehehe....

Pnut said...

comeinya menantu ai duduk dalam bumbo seat tu...
mujur si encem tu nak duduk... idak le bapak dia nak jual ek..ehehehhe

perut nuar dah nak menyamai perut darling aiiii hiks...

cik puan daun said...

Amyz: ehehehe.. anak sapa tah tu

Nida: Ko memang sengaja nak mengeji2 aku..

farah: this is cheaper.. :) RM159 aje kalau beli seat.

tasik & kak pnut: laki korang dah kawin lama,. si nuar ni baru je setahun kawin.. adeih adeihhh..

Nate said...

I like to go to flickr, then search 'bumbo'. Babies in bumbo sangat kiyoot! :)

Haven't bought one though. Maybe after Raya.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers