Iqbal kena viral fever. Its heartbreaking tengok anak sendiri sakit. Untuk seorang drama queen seperti aku ini. Sedangkan pergi masuk wad kanak-kanak masa sebelum kawin pun melalak-lalak. Tu anak orang lain. Anak sendiri apetah lagi. Gua asyik menangis bila tengok Iqbal merengek2. Ubat doktor dah bagi. Tapi dia bagi syrup PCM. Budak bijak, mana nak telan ubat doktor? Rasa dah la tak sedap. Pandai plak tu, dia kumpul kat tepi pipi, tunggu sampai air liur dia penuh, meleley la ubat tu dari tepi bibir.
Finally gua pergi beli sub-PCM. Kan senang, no rejection. Empat hari juga si Iqbal demam. Sedey. Tapi masa tu dah tak menangis dah. Kena kuat demi anak. Takkan la nak lembik aje? Macam mana nak jadi Iron Mom nih?!!
Yang paling bersyukur Mak and Pak Mertua aku datang. Jadi Iqbal aku tak hantar nurseri. Abah dia di paksa-rela jaga masa aku nak pergi kerja. Tapi sekali lagi, aku plak kena sakit mata, dapat MC dua hari.
Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Mewahnya Iqbal dengan kasih sayang. Tak payah pergi nurseri, dan tumpuan orang semua pada dia. Ewah ewah.. Nenek dia siap bawakkan daun durian belanda untuk kasi badan sejuk. 3 hari Iqbal berbau daun, tapi alhamdulillah hari Jumaat tu Iqbal dah baik demam.
Sakit mata aku kebah juga pada hari jumaat. Tapi aku jatuh demam pula. Macam main pass-pass pula. Masa inilah teruji iman dan kasih sayang suami isteri. Kalau dapat suami yang lepas tangan, memang seksa badan lah. Suami saya? Dia masih belajar, dan aku berdoa banyak-banyak supaya aku jadi lebih pemaaf dan sabar.
Hikmah bila aku demam. En.Suami dah pandai mandikan anak. Dalam hati orang lain, alaaaaa.. suami aku pun mandikan anak juga. Tu suami orang, tapi ni suami kita. :P kalau dah nak mandikan anak, ringan dah la sket tanggung-jawab.
Kerana pesan akak ipar, lepas ada anak ni:
1. Dah tak boleh tidur sedap-sedap dah
2. Sebelum buat apa-apa keputusan, fikirkan anak dulu
3. Dah tak boleh buat perangai macam orang bujang
Dan aku tambah
4. Kena cepat adaptasi minda yang kita ni dah ada anak kecil
5. Time management kena betul, kalau tak mmg tak jadi kerja
6. Kerjasama suami isteri kena ada untuk sama-sama ringankan tanggungjawab
7. Amalkan komunikasi yang berkesan, macam mana cara pun tak kisah, asalkan berkesan.
Where my heart is
About This Blog
Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.
Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
title3
Apa kata gua tentang
Iqbal
(55)
Diari Bakal Ibu
(23)
maskara
(15)
resepi
(13)
Dilema seorang bakal pengantin
(9)
Gajet
(6)
Diari Ibu
(5)
Perempuan Simpanan
(5)
Books
(4)
Nazim
(4)
EBM
(3)
baking
(3)
breastfeeding
(3)
parenting
(3)
2009
(2)
Baby no.3
(2)
Makan-makan
(2)
Medela PISA
(2)
cake
(2)
gangguan tekstual
(2)
pasta
(2)
ADSL Modem
(1)
Babylimpik
(1)
Buku
(1)
Pasca kawin-kawin
(1)
Streamyx
(1)
Tagged
(1)
babywearing
(1)
bandage jiwa
(1)
birthday
(1)
blog
(1)
family
(1)
frasa percubaan
(1)
giveaway
(1)
kek
(1)
ring sling
(1)
taska
(1)
toy
(1)
vacation
(1)
working mom
(1)
Followers
About me
- cik puan daun
- Puncak Jalil, Malaysia
- Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
1 comment:
saya akan belajar perlahan-lahan
Post a Comment