Hari ke-44. Cepatnya masa berlalu!! Klise sungguh!

  • 6
Dalam hati aku terbayang semua makanan yang boleh aku telan selepas ini. Tak perlu makan lauk khas untuk aku sahaja.

Air batu kena pantang lagi. Aku cuma akan minum air yang chilled not iced. Mama kata timun pon kena pantang lama sket. Sebab sejuk. Apa sangat la timun tu berbanding 44 hari aku makan sayur rebus aje.

Sebenarnya, banyak barang aku tak beli lagi untuk baby. Baby car seat tak ada lagi. Stroller adalah pilihan Nuar, kalau ikut aku, aku nak babywearing aje. Habis cerita.

Akak ipar aku dah pesan (banyak kali), selepas ni bukan honeymoon lagi dah. Tanggungjawab banyak. Kena buat pengurusan masa yang lebih baik. Kalau tak memang tak jadi kerja.

Aargh, sempat lagi nak update blog ni. Betapa efisyennya aku. (Sebenarnya aku belum mandi lagi ni.. ahahah)

6 comments:

tasekM said...

ada org kata time baby tidur, kita kena tidur. habis. kalau dah kita tidur kerja rumah siapa nk buat..? hehheehe...

menjaga baby mmg meletihkan tapi bahagia...

:)

Shukri said...

salah satu cara utk slim..jaga baby..kekeke.. kena yg aktif, cepat la slim ibunya..bapaknye? erm.... ntah ler....

mugiwara said...

aiyo~ tak mand!
mak budak...mak budak.... [geleng kepala]

mugiwara said...

oh ya...perempuan simpanan dh selamt sampai...
time kasih~

Angah said...

Aku beli graco system..3 dalam 1 (carseat/carrier/stroller). dan baby sling jugak sebab senang nak menyusukan anak.

Cabaran mengepam susu ko akan bermula.. Selammaaatttttt

fareesha79 said...

syura,
kat opis pun kena uruskan masa. Pagi sebelum pergi - pam susu, pukul 11 - pam susu lagi, after lunch - pam susu lagi, sblm balik - pam lagi... sekurang2nya target dapat 3 botol sebelum balik utk 6 bulan pertama. sungguh mencabar.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers