• 3
Di kota Singa Air
Datang membawa sekeping hati
Pulang mengendong seluruh keluarga
 
Changi Airport, 270108
 
p/s: Kak Zee, terima kasih atas layanan yang lebih dari kelas pertama. Rasa macam ada keluarga kedua di Singapura. Kite masih belum balik kg lagi untuk sampaikan salam dari famili Sg & Kak Zee. Akan balik minggu ini. Muahhssss.. Dah rindu dengan Faiz, Nenek dan Makcik. Eheheeh
  • 4
Orang dok tanya tentang persiapan perkahwinan dan aku tak ada jawapan yang positif.

Semboyan panik dah sayup kedengaran.

Arghhhh!!!
  • 4
Of Death and Food(court)?
 
Heath Ledger death was so shocking. Rasa macam baru aje tgk '10 Thing I hate about you'.
 
Love his accent.
 
Semalam makan Briyani Ayam Restoren Zamzam. Lapar sangat sebab lunch yang tak best kat foodcourt?? Banquet di Vivo City. Aku tak suka sangat foodcourt sebab aku boleh jadi annoyingly indecisive when come to eating in foodcourt. Lima round pon belum tentu buat aku pilih makanan yang aku nak. And finally end up with something that I dont want.
 
Aku siap tapau murtabak sardin lagi. Sangat besarnya dan sangat sedap tapi aku x dapat nak habiskan pon.
 
Hari ini aku makan di Ramen Ten restaurant. The food was ok. Nanti aku listkan tempat makanan halal di Singapura yang aku pergi.
 
Oh.. the training is doing good. Harap aku lulus aa. Ahahahaa
  • 7
Nafsu Cinta
buat
Hitam
dan
Putih
jadi
Kelabu

Harbourfront, SG.
230108 - 3.07 pm
Kongsi berita gembira and melipat-gandakan kegembiraan
 
Kongsi kesedihan memberi separuh kelegaan.
 
Orang kata laa..  bukan aku.
 
Aku rasa ianya benar.
  • 5
Mata aku mengantuk sangat masa kelas pagi. Nasib la ada geng thai yang fun make my horrible lunch worth while..
 
Grilled chicken was ok. But the mashed potatoes was terrible. It dry and taste like swallowing a spoonful of starch. Nina can make better mashed potatoes.
 
Semua orang bersetuju dgn ampehnya chicken grill dia. Maknanya, tekak aku tak la memilih sangat.
 
But Fig & Olive's soup of the day was superb. The best I've tasted in years.
 
 
 
Malam ini.. nak jalan mana??
Finally,
 
Thaipusam is a public holiday. But Im not in KL to enjoy it.
 
Deng!
  • 4
Dear Amyz,

Jom jalan-jalan Singapore. Aku extend aku nyer stay kat sana. Might check in kat mana-mana B&B sana for 2 nites. Buat aje la day trips

Tak ada duit pon nak berperangai keji.. ahahaha.. I wish Ika kat Singapore.. Sbb gua rindu dia yang amat.. *Toot*. orrr ..

Kawan aku mengeji aku. Lepas ni sure leh nyanyi sambil siram pokok keladi aku.. Uniknyaa.. Uniknyaa.. Singapura.. Ahahahaha

* edited kerana wa sayang lu.. wa tambah2 lagi dengan rasa rindu.. ahahaha
  • 9
Rok lengging.

Tak cukup kena tegur over masa tercalon final Juara Lagu 07. Faizal Tahir tak cukup ajar. Beberapa tahun jadi budak nasyid tak cukup utk buat Faizal Tahir disen. Nasyid tu baju yang dia dah buang masa masuk OIAM. Macam yang dia buka masa konsert 8tv. Memaki aku dengan ika dalam YM masa Faizal Tahir melengging sambil nyanyi lagu jerit2nya.

Tau-tau hari Rabu keluar kenyataan maaf dengan tindak-tanduknya. Nampaknya berserhana bukan dalam kamus Faizal Tahir. Wa respek lu punya rock. Tapi berlengging masa live show?? Lu mmg tak tau respek orang brother. And wa rasa mmg intentional sebab lu dah siap-siap cap lambang superman didada lu. Yulks!

Apa-apa pun cuma kena buat khidmat masyarakat aje pun.. Tolong-tolong orang sambil buat muka simpati dah boleh menebus perbuatan lu. Lenkali nak bukak-bukak baju biar depan bini lu aje. Wa tak hadap laa. Belajar la dari kesilapan-kesilapan lu.

Apa-apa pun. Jgn ikutkan kepala rok lu aje. Peace.
  • 4
Kak Zee,

If you are reading this, Contact me As Soon As Possible. Im going to your place next week..
  • 8
Selamat Tahun Baru 1428 (opsss!!) 1429 Hijrah.

Patutnya aku tak marah-marah. Nak masuk tahun baru ni. Entri sebelum ini lahir daripada frustration aku dengan phone provider aku. Ok, back to the happier event.

Yang aku suka dengan tahun Hijriah.

1. Aku hafal nama bulan-bulannya. Tanpa perlu lagu. Ok
2. Dua digit di hujung tahun hijrah tu adalah umur aku pada akhir tahun ni. Boleh digunakan pada tahun-tahun sebelum dan berikutnya
3. Cuti yang tak disangka-sangka. Macam minggu ni. Tau-tau Khamis kena cuti. Yay!

Jadi bersempena tahun baru ini. 1429. Aku akan berazam:

1. Tidak membuang masa menjadi couch/bed potato.
2. Siapkan projek rahsia ( untuk orang lain bkn orang-orang yang tau )
3. Nak kawin!! ( Sila jangan pertikaikan Sijil Pra Perkahwinan. Sijil tahun 2001 masih boleh di gunakan )
4. Manage duit dengan baik. ( Kurangkan nafsu membeli kehendak-kehendak yang sememangnya seronok. *Uhuks* )
5. Kurangkan berat badan ( Tak mahu di rujuk sebagai 'Pengantin perempuan yang gemuk itu' di hari perkahwinan )
6. Lebih istiqamah dalam beribadat ( Baca quran, Solat jangan lewat, Ganti puasa dengan cepat )
7. Menjadi Hamba yang beriman, Anak yang solehah, Adik yang baik, Kakak yang boleh diharapkan, Isteri yang taat dan tak dimurkai suami, Menantu yang menyenangkan hati, Sahabat yang mendengar, Blogger yang berhemah, Warganegara yang bertanggungjawab dan tak membuang sapah merata-rata. ( Cukup syarat perkataan-perkataan arab yang aku guna. Ini adalah entri islamic aku, tahun depan leh jadi calon entri islamic )

Ok peeps, Selamat tahun baru. Aku doakan korang No.7. (*tukar dan gantinama mana yang tak bersesuaian )
Web designing skill aku pon tak berapa sangat. Tapi personally, aku ada beberapa pendapat tentang website. Untuk dia menjadi lebih user friendly dan visitor friendly.

1. Keep it simple. Plain html will do.
2. No music. Menyemak siot. Selalunya clash dengan mp3 yang kita tengah dengar.
3. Tak apayah ada byk-byk tools/script yang menambahkan waktu loading website.
4. Kalau nak ada flash pon. Keep it light. Not heavy.
5. Window dalam window. Annoying.
6. Kalau website tu untuk info. Keep it simple. Plain text will do. Orang nak cari info. Bknnya hadap sangat nak tgk flash yang berbakul. (Ops.. ni sama dengan No. 1 tapi peduali hapa aku!!)

Contoh website yang sangat bodoh adalah http://www.celcom.com.my. Lambat gila load. Berapa lama aku nak mengadap kotak retrieving info kat depan mata aku?. Flash berbakul-bakul. Menyusahkan pengguna nak browsing the page.

Ini adalah surfing test daripada office. Kalau aku guna dial up kat rumah or 'liputan terluas' celcom yang lainnya. Tak tahu lah.

Siapa kata website dia flash terbanyak?
Siapa kata website script mereka terbanyak?
Siapa kata website loading time mereka terpantas?
Siapa kata website mereka tercanggih?
  • 5
Of Birthday dan Bende lain

Naga sedang memperaga Ipod Shuffle hadiah daripada Saharil. Memang nampak bergaya la. Lagak Naga seperti orang tua yang hip & happening. En Awak pun membelek-belek. Ipod. Bkn Naga.

"Ko mintak la hadiah birthday dari Daun" Naga. Pada En Awak.

"Tak boleh. Dah dapat bende lain" En Awak bisik tersipu-sipu.

"Ko ni. Cakap merapu-rapu la. Buat aku fikir bukan-bukan" Naga. Otak naga penuh dengan pallet kaler biru.

"Aahahahahah"

Aku bagi kasut. Bukan bende lain yang berpallet biru.

p/s: Awak.. Selamat Hari Lahir ke-29. Kite bukan tak sayang. Cuma malas nak jiwang-jiwang. :)

Kalau pk kotor.. Otak itu kaler biru ke kuning? Deng. Aku tak tau yang mana satu. Masa aku menulis kat atas ni, aku berfikir dalam bahasa inggeris kots. (Blue Film)

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers