Diari bakal ibu: Yak yak & pee pee

  • 18
Selepas 27 minggu, acara yak yak and pee pee its not fun bila tak ada tandas duduk. Perut ni mmg menyukarkan aku untuk mencangkung. Sungguh tak selesa. Bila kat rumah sendiri dan ofis lain cerita lah. Tapi bila balik kampung (aku). Bila nak membuang tu aku boleh fikir dua tiga kali.

Macam mana akak ipar aku berpantang seminggu kat kg. aku selepas bersalin??? Tak ke sakit lebih-lebih lagi lepas beranak? Deng! mcm mana orang dulu-dulu survive acara yak-yak dan pee-pee? Macam mana mama??? Bila aku tanyakan pada mama, mama cuma cakap, nak tak nak, terpaksa lah.

Jadi sayang, seriously, kita kena beli tempat duduk untuk acara yak-yak dan pee-pee kite dalam 3 bulan ni dan selepas berpantang. kena pergi kat farmasi bertentangan SJ_MC or UM_MC ada jual bende tu? nak buat toilet baru mmg out of the question lah.

Aku tanya En.Suami, macam mana awak mencangkung dengan perut boroi tu ek? Mungkin tak apa-apa sebab tak ada isi.

En.Suami menjawab, "Fleksibility!!"

Adeih!

18 comments:

mrsazi said...

sian nya..sure tak feel ek bila nak "melabur"..hehe

mrsazi said...
This comment has been removed by the author.
fareesha79 said...

lawakla ko syura. aku dulu time pantang aku makan bubur nasi je masa 20 hari pertama untuk mengelakkan dari meneran. sbb aku pun fikir toilet jugak...heeeheee. cukup takut kalau meneran jahitan bersalin terbukak semula.

cik puan daun said...

mrsazi: sangat tak feelnya.. kalau ada tandas duduk, kalau nak tunggu lama pon tak apa.. sekurang-kurangnya tak beri tekanan pada perut tu.. dah la malam-malam 4 5 kali kena bangun pee-pee... seksa wooo..

fareesya: sekarang dan time pantang akak ipar aku dah bgtau awal-awal baik ada tandas duduk.. dia dah lalui seksa tu dahh.. :P

RieNa said...

isk, jgn kata perut yg 27 minggu.
perut yg 13 minggu ni pun agak tak selesa dah nak mencangkung.
rasa ketat perut semacam.

kdg2 sanggup tahan sampai opis.
atau pun balik umah mak sendiri.
lega rasanya bila pikir nak berpantang di umah mak sendiri.
agaknya mak dah pikir awal2 utk kemudahan anak menantu.

Shukri said...

Daun, tmpt duduk utk letak atas tandas cangkung tu ada jual...cuba tanya kat farmasi sbb ayah aku bli kat kpg pun x silap aku kat farmasi..or time ko gi checkup tu tanya kat doktor..kot2 dia tau..

sinaganaga said...

bukanlah nak takut2kan kau, tapi, ada orang perempuan selepas bersalin kena yak yak pee pee sambil berdiri tau!!!! eeeiiiiiuuuoooo...

ha ha.

“Hah Awak, ingat senang ke beranak? Awak ni, lebih pentingkan si Naga 'ja! Dia cuma heartburn. Saya? Saya beranak taooooo!!!!”

ha ha.

Yana Ismail said...

Alahai,ngerinye dgr.isk,tak penah terfikir pasal 2.good luck!pastikan tnds 2 ada.

Yana Ismail said...

Mesti seksa kan kak nak mbuang?alahai.btabahlah!

Angah said...

In one way or another engko akan manage jugak...you'll see ehehe

Masa pantang aku makan limau untuk elak sembelit. Makan sayur dan minum banyak air... bukan saja tak sembelit susu pun jadi banyak..

Tapi air tuh minum la sikit2 jgn sekali teguk sebotol...

cik puan daun said...

riena: adeih.. cepatnya dah ketat perut ek? kalau jadi kat aku seawal ko.. mmg sah-sah dah beli kusi tu dah.. :)

neo: yes.. thanks.. mmg dah pi usha.. tinggal nak beli aje..

naga: ahahaha.. takkan la berdiriiii kooottsss..

liyana: ni utk di ponder aje.. bila dah sampai masa, leh sedia.. ;)

angah: tu laa.. mcm nasihat mak aku.. you'll manage.. :P aku akan elakkan makanan yang buat aku sembelit.. limau mmg fav aku.. ;)

zonaku said...

makan limau aka oren la.... x la seksa sangat kot....


good luck tau!

up on my forehead said...

beb, limau memang favaurite kau tapi.... air???? hahahahahah

-kontena air-

Si Budhakk Ujie said...

kat kg aku pon tandas cangkung.. apa yg sepupu aku buat..dia tebuk kusi plastik (yg biasa kat kedai2 makan tu) kat tengah2..semuat saiz lubang b*n*t*t..masa wife dia berpantang, takda masalah nak yak yak atau pee pee..ta*k akan jatuh dengan cantik dan tepat ke dalam lubang jamban..huhu

kreatif kan? tp kadang2 aku nak pakai tandas tu tensen je..menyemak je kusi berlubang tengah tu..sebab aku lebih selesa mencangkung ~lalalala..so aku alihkan dulu..dah selesai hajat, aku letak balik..hihi

-ujie- http://www.ujie.com

farah said...

hehhehe... memang seksa kan... tambah-tambah aku yang 37 minggu nie....
kat penang , aku baru bagi duit tambah bilangan toilet duduk.. sebab nak balik pantang nanti.....
tapi bila balik kampung hubbby jer seksa skit......takde toilet duduk..... hhehheheh

Nida Shaari said...

ahahaha...

weh mak aku mengandung dan beranak lebih 10 dengan tandas cangkung. Dan sampai sekarang dia masih sukakan tandas cangkung.

Bila datang rumah anak-anak mula la dia rasa tak best sebab semua tandas duduk..

ntah cemana la kan. Aku yang tak mengandung ni pun seksa sampai kebas-kebas kaki bila nak yak-yak..

ahaks

Unknown said...

Kenyal!haha

Insyirah said...

Bila mencangkung nak yak yak dan pee pee lepas bersalin nanti ... make sure tumit kaki jadi alas utk tampung punggung.. insya-allah tak terbuka jahitan, sakit pon kureng skit laa ..... hehehhe camne gaya? meh sini berguru dgn akak ... hehehhe

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers