Hilang 2/3 majoriti. Inilah suara protes rakyat!
Izzah mengalahkan Shahrizat yang pernah berkata pembangkang tak mungkin menang di Pantai Dalam. Maka menangislah pemilik kereta-kereta yang berpelekat 'We Love Shahrizat'.
Di kampung aku pula, bersaksikan pagar stainless stell Fatah Iskandar, PAS menang. Parlimen juga bukan BN menang.
Khir Toyo dengan botoxnya akan panas bontot di kerusinya. Kena biasakan menang tanpa majoriti. Apa rasanya jadi pembangkang dikawasan sendiri?
Bakal pak mertuaku kalah. Tetapi tak mengapa. He's a fighter. Tak hilang deposit. Jadi, duit tu boleh buat tambah belanja kenduri kawin ya?
Ayah aku seronok kerana dengan kemudahan 3G, kami anak beranak dapat tengok keputusan pilihanraya penuh di website SPR. Ayah aku tak tido, aku tido dalam dua jam kemudian bangun semula untuk online dan update blog.
|
3 comments:
sehingga malam tadi, Khir Toyo masih lagi menyorok di pejabat SUK yang dikawal ketat.
ha ha ha..
sayang nak tinggalkan kerusi agaknya.
Ku harap dia cukup duit untuk bekalan botox di hari2 pencennya. Hahaha.
beruntung rakyat selangor..negara kaya diterajui pembangkang
Post a Comment