• 10

Manis Macam Anak Dara.

Lokasi: Pasar Malam BB*B

Gerai kecil bermeja kayu. Menjual tembikai susu sederhana besar dengan harga murah. Aku dah nampak tanda harganya semasa melintasi gerai tu dalam perjalanan masuk tadi. Cuma akan membeli dalam perjalanan balik ke kereta. Siapa sanggup mengangkut tembikai susu dalam ramai dan sesak lagi jauh tu?

Dalam perjalanan ke kereta aku lalu semula gerai tu. Seorang makcik sedang belek2 tembikai susu. Sebiji rm2, 2 biji rm3. Aku cuma nak sebiji. Tapi aku nak bayar rm1.50 sahaja. Abang penjual yang pakai tshirt pagoda putih tu kata tak boleh. Kena beli dua juga utk dapat harga begitu.

Aku: Tak larat la nak angkat dua biji tembikai susu ni. Beli satu dengan rm1.50 leh tak? Tak larat la angkat dua biji tembikai.
Abang pagoda: Ala.. makcik ni pon larat nak angkat. Takkan la muda-muda gini tak larat.
Aku: Cisss

Mana dia tau. Aku kene angkut laptop, handbag, meehun sup, sayur kobis dan dua biji tembikai susu. Jalan dari parking ke rumah. Naik lift. Buka pintu pagar rumah lagi. Mau senget bahu aku.

Makcik: Manis tak tembikai susu ni?
Abang baju pagoda: Manis makcik. Macam anak dara. (Matanya melirik pada aku)
Makcik: Ada-ada aje la korang nih.

Tips pantas untuk mencari tembikai susu. Kulitnya jangan licin. Biar bergaris2 tak apa. maksudnya dia cukup tua masa dipetik. Bukan nak cari anak dara pon kena carik yang berdahi licin. Jangan lupa cium baunya. Kalau wangi maksudnya sudah sedang masak. Anak dara orang pula jangan dicium. Apa? ingat tembikai susu ke dorang tu?

Malam itu aku balik. Dengan laptop, handbag, meehun sup, sayur kobis dan dua biji tembikai susu. Ya, kata abang baju pagoda tu betul. Manis. Macam anak dara.

10 comments:

Anonymous said...

kalau aku ada.
dah tentu aku yang tolong angkat.
kan?

taklah senget2 bahu syura tersayang....

ha ha ha.

Anonymous said...

ohoo.. manis macam anak dara..

kenapa kalau mak dara sudah tidak manis kah dia?

ha ha ha..

(zaman sekarang ini bukan setakat dicium, touch n go pun ada..)

Amyz! said...

cik daun pun manis juga.. :)

Anonymous said...

ohh.. terima kasih atas tips berguna tu... hihihi...

Tok Rimau said...

Bagus benar tuliskan kamu. Very descriptive.

Kamu buat aku berfantasi yang macam-macam.

cik puan daun said...

anony: betul.. sukar la bershopping tanpa rakan nih.. bahu aku ni pon dah senget dah.. kesan dari pembawakan laptop secara berterusan...

nida: mak dara pon manis jugaaaa..... ahahahaha.. tapi anak dara sangat manisssss..

amyz: amyz pon tak kurang manisnyaaa.. ihiksss

archiq: yeahhhh.. :P selagi ada ilmu.. kita kongsi sama2..

tok rimau: thanks tok. feed your imagination.. kikikiki

Anonymous said...

5 Jawapan sebagai tindak balas kepada abang jual Tembikai Susu :-
1. Kau kenal nie. (Sambil tunjuk penumbuk)
2. Ingat Bapak ko bagi lesen unutk tengok anak dara orang.
3. Abang nie garpu, Kassim Selamat pakai masa tahu ex-bini dia kahwin orang lain. Saya nie bakal bini orang.
4.Mak Cik abang tuh nak tackle makcik la ....
5. Baling buah tembikai susu kat muka abang tuh.

Selamat mencuba

Anonymous said...

KZK

Pnut said...

saya tak makan tembikai susu..harap maklom...

so lenkali datang rumah gua acara makan-makan sila beli tembikai merah...

Lan Rambai said...

Kreatif sungguh.. bagus utk orang yg dah lupa manis anak dara itu macamana hahaha

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers