• 9
Semalam..
aku
masak
mee
goreng

Masin!
  • 0
Perubahan Lokasi Diablog
 
Tajuk: Blog: Percaya Biar Bertempat!?
Tarikh: 26 Februari 2006
Hari: Ahad
Masa: 10 pagi 
Lokasi Baru :Laman Karyawan, Tingkat 1, Menara Dewan Bahasa
 
Tiada bayaran dikenakan. Kudapan pun disediakan. Datanglah beramai-ramai. :)
 
  • 5
Iqra'
 
Buku-buku yang aku tak habis baca lagi.
 
1. Light a Penny Candle - Maeve Binchy
2. Wedding Season - Darcy Cosper
3. Rules of Four - Ian Caldwell & Dustin Thomason
4. Dilbert Principle - Scott Adam
5. Thura's Diary
 
Buku yang aku takkan habiskan
 
1. How to something something <- aku lupa tajuk. Dale Carnegie
2. 7 Habits of bla bla bla
 
p/s: Doakan aku habis baca. Nanti aku pulangkan la buku korang. Ahhahaha
Asam Terunggul
Dalam banyak-banyak asam. Asam apa yang korang suka? (golongan spesis asam.. Jangan jawab "Asam Pedas atau Asam Laksa").
  • 7
Tattoo
Lauryn masih tak tergambar mana Makcik bertattoo tiga titik di dagu tu. Tatto di dagu macam perhiasan puak. Diorang akan tatto dahi, pipi, lengan tangan , pergelangan tangan dan bahagian-bahagian badan yang lain. Selain daripada bertattoo, mereka juga berinai (henna). Henna lebih popular sebab dia dibolehkan dalam Islam. Note that tattoo tu haram. :). Gambar sebelah adalah recreation of the tattoo. Tattoo makcik dalam cerita aku adalah tiga titik berbentuk pyramid.

The Image taken From : Hennapage

Je"link" :
1. Tatto in Arab World
2. Tunisian Tattos - Sample Picture of Tattos on Forehead, Lips and Chin
  • 20

Separa fiksi.

Cinta itu Ada

Air Wudu' aku semakin kering. Berpusing-pusing di tingkat atas Queen Alia Airport mencari Musolla yang tak nampak papan tanda buat aku makin resah. Penat.

Makian dalam bahasa arab tempatan oleh Si Cleaner tua bertatoo tiga titik di dagu itu mood aku sedikit terganggu. Atas lantai. Ada lopakan air sedikit. Mencicir masa aku berwudu' tadi. Butir ayatnya tak difahami. Cuma aku tahu aku dah buat Cleaner tua bertatoo tiga titik marah. Ekspressi muka dan hayunan tangannya yang histerikal. Lantai yang sedikit basah itu di mop kasar.

Tak ada hati langsung. Ku getus.

Koridor ini nampak elok. Kompas pun ada. Jaket aku buka. Bentang atas lantai di satu sudut yang kurang lalulintasnya.

Usai solat. Aku duduk berteleku ditingkat atas sambil meneliti orang yang keluar masuk daripada immigresen QA Airport. Sesekali aku cari kelibatnya. Aku dan dia berjanji disini. Bersua muka. Mungkin bertukar senyum dan bercerita tentang hati. Atau jika dua-dua merasa ganjil, mungkin aku akan bercerita tentang kasarnya stewardess Royal Jordanian semasa aku meminta panadol atas kapal terbang tadi. Panadol aku tak kunjung, kepala aku bertambah pening. Aku lupa untuk bernafas. Tarik nafas. Lepas. Setelah 5 kali ulang. Lega.

Atau lebih baik aku bercerita tentang cuaca. Lebih selamat. Mungkin aku pilih opsyen yang pertama.

Aku tak dibenar check out daripada airport ini. Transit 4 jam dibumi Jordan, tak mengizinkan aku keluar. Tak banyak yang boleh dibuat di airport yang kecil ini. Selain daripada menunggu. Dan terus menunggu. Tahukah dia aku tak dpat keluar. Mesti dia ternanti-nantikan aku dibawah. Sudah berapa lama dia menunggu? Bosankah dia menunggu aku? Mungkin dia tak sabar dan terus balik kerana penat menunggu.

Nanar.

Berulang-ulang menyusuri jalan yang sama adalah membosankan. Dah tiga kali aku susur koridor perspek yang hampir-hampir sama tinggi dengan aku. Mana tahu aku nampak kelibatnya atau lebih indah jika dia yang perasankan aku dahulu.

Tak siapa perasankan sesiapa. Cuma aku perasankan nama aku disebut di corong speaker QA Airport. Yang aku perasan cuma nama aku. Ayat yang diawal dan diakhir pengumuman tadi langsung aku tak dengar. Lebih tepat. Tak difahami.

Aku berlari ke kaunter. Announcement tadi utk saya. Dalam bahasa inggeris. Cemas. Terharu bercampur-campur. Orang kaunter menggangkat gagang dan berkata sesuatu dalam bahasa arab. Hulur gagang pada aku. Aku sambut dan letakkan gagang di telinga.

"Hello..."
"Assalamu'alaikum"
"W'salam"
"Lama Nik tunggu kite?"
"Tak lah"
"Kite tak boleh keluar. Kena duduk sini je"
"Tak apa, Nik ada kat bawah nih. Syura cuba tengok kat bawah"

Iya. Aku nampak Dia. Tinggi. Macam dia. Hensem. Macam Dia. Tapi jauh. Aku nak dia ada. Depan mata aku.  Dia angkat tangan. Lambai. Aku balas.

"Nik, kite ada bende nak bagi Nik"
"Sekarang tak boleh. Lepas habis cuti nanti kita jumpa. Ok?"
"Lamanya.."

Diam.

"Syura.. Nik tak boleh ckp lama. Orang ni dah marah"
"Ok.. "
"Syura take care ok? Nanti jangan nak main mata dengan pak arab pulak"
"Takkan laa orang nak buat gitu. Kite sayang Nik je"

Senyum. Guraunya juga seperti Dia.

"Tau.. Ok Nik letak tau"
"Ok"

Tak boleh. Tak boleh letak. Cakap lah lagi.

"Assalamu'alaikum"
"W'salam"
"Bye.."
"Bye.."

Syukran Jazilan. Aku bagi gagang pada perempuan kaunter yang rambutnya pendek. Lurus. China Doll.

Sayu. Aku renung Dia. Dia masih di bawah. Aku beralih daripada depan kaunter. Aku panjat batu di koridor perspek. Dapatkan pandangan Nik yang lebih jelas. Lambai lagi.

Dia memberi isyarat yang dia mahu pulang. Aku angguk. Jangan!. Aku belum puas lagi. Tatap wajah dia. Belum puas menatap dia. Aku masih rindu. Tapi dia tak dengar. Tak dengar kata hati aku.

Dia melangkah pergi. Aku ratapi setiap langkah dia. Dalam hati. Tolehlah. Pandanglah aku sebelum bayang kau menghilang. Tinggalkan aku dengan rindu masih bersisa.

Langkah dia berhenti di hadapan pintu automatik QA Airport. Toleh. Memandang kearah aku dengan senyuman paling manis. Lambai. Hilang dari pandangan. 

"Hubbak! Hubbakkk! Hubbak!" *

Aku nampak Makcik Cleaner ber tatoo tiga titik di dagu mengahayun tangan kearah dia dengan riak girang.

"Hubbak! Hubbakkk! Hubbak!" *

Oh!. Makcik Cleaner bartatoo tiga titik didagu juga punya hati.
Dia (Makcik Cleaner bertatoo tiga titik didagu) yang histerikal tadi nampak CINTA. Antara Aku dan Dia.



*Bahasa Arab Telo Tempatan: Cinta/Kasih/Sayang
  • 2
Speecheless.
Sampai sekarang, setelah aku terima berita tu
Aku tak bercakap dengan Elin.
Sebab aku tau.
Aku cuma akan menangis.
Tanpa kata-kata

Takziah, atas pemergian mak Elin.
Al-Fatihah buat Allahyarhamah Zabidah Muda.







Bayangkan kau di tempat Elin.
  • 9
Diablog 5 Promo

Copy and Paste in Your Blog

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers