• 3
Aku akan cuti sampai tahun depan.
Selamat Bercuti
  • 3
Baik Punya Cilok

"Lawak Macam Ga_mpang.. ahahahaha" . Bergema-gema.

Tu bukan kata-kata aku. Tu kata-kata mamat yang duduk belakang kitorang dan gelak sebelum lawak tu bermula pon. Yes, I'm easily amused. But mamat ni lagi macam apa tah. Nampak perkataan Surround Sound pon boleh amused. Deng!

Enough of that fella. Baik punya cilok start with and ending. Tapi sumer mati, jadi aku dah assume dia nya mimpi la. Ada lawak yang menjadi, ada jugak yang biasa2 aje. Tapi still watchable la. Tak la hina mcm lawak-lawak Razak Mohideen.

Aku bagi kredit pada Afdlin utk effort dia yang buat cerita tu lain sket daripada yang lain. Kalau tak byk pon, sket-sket ok la kan. Aku akan encourage orang, pi la tengok.

Like:
1. Flashback dengan still image disulami tok dalang menyanyi
2. Attention span yang pendek, buat dia kelakar. Suppose ckp pasal aktiviti lompat pagar bukan ada pagar ke idak masa nak merompak tu.
3. English pantai timur *mengingatkan aku sitcom Island FM*
4. Watak Awie, akan quote peribasa or pantun daripada buku-buku novel melayu yang dia baca.
5. Saiko si Rizman. Taiko tapi suka masak.

Not so likey:
1. Adegan berlawan tak habis-habis, draggy. Bila nak menang nih? *Sama macam ROCK, bila nak habis nih?*
2. Interrogation yang kadang-kadang kelakar. Kadang-kadang aku tanya, apahal?
3. Mamat yang gelak beria-ria and dok ulang "Lawak macam gampang" disaat orang takder apa2 perasan lawak pon.
4. Tak ingat, sebab mamat tu dah hilangkan attention aku daripada filem tu.

Kesian:
1. Awek mamat gam_pang tu. *Siap calm-kan dengan ssshhyyyyy dan "dah la tu.. sket2 je la" mamat gam_pang tu sebab malu siakkkk*. Kalau bf aku dah kene cerai sebab over yang memalukan.

Bintang aku: 3/5

Sapa yang ada hati nak tengok. Aku akan kata. Tengok laa. Sapa yang tak suka tgk filem melayu kat wayang. Jangan tengok. Silap-silap nak tido pon susah since ada stereo gam_pang yang pekakkan telinga ko masa ko nak terlelap.
  • 6
Jering

Adik: Dah masak ke tu?
Aku: Apa yang dah masak?
Adik: Tu, buah nam-nam tu. (Sambil tunjuk plastik merah atas meja)
Aku: Tu bukan buah nam-nam. Tu jengkol la. (Gelak tak hengat)
Adik: Laa, orang igt buah nam-nam. Patut la nipis jer kulitnya.

Adik aku tak dpt nak bezakan antara buah nam-nam dan jering. Tak cukup penghinaan dari aku. Aku akan offer utk kupaskan buah nam-nam setiap kali aku bosan.

"Nak kakak kupaskan buah nam-nam tu ke?"

Yang pasti, dia akan ingat rupa jering macam mana, sampai bila-bila.

Buah Nam-nam
Jering atau Jengkol

Daun: Satu masa sepandai-pandai orang pon ada masa bodoh masing-masing. Jadi, jangan buang masa dengan berlagak pandai.
  • 3
Fat Fossil Funny - Free tix - Coupon Cutout

Fat, Fossils and Funny mmg amat-amat la best nya. :) Ramai yang datang tengok ( sebab tiket free). Ada jugak yang kosong, macam baris D tpt duduk aku dan ika. Wasted jer aku rasa. Its a birthday present daripada Nida ( at least i assume it is). Aku duduk dekat dengan ika. Nida dengan zhoulsz. Kitorang dapat tiket lain-lain baris, tapi kedudukan pertama. Aku pasrah aje sebab tiket pon redeem dari kupon dan jaza baik nida book-kan tiket tu.

Encik yang duduk sebelah ika tu offer aku duduk sebelah ika since isterinya tak dpt datang. Baik hati sangat. Aku dok ckp terima kasih terima kasih kat Encik tu. Rasa blessed plak, sebab jalan nak gi Sentul pon tak jem dan dpt sampai ontime. Ni first time aku sampai ke show di KLPAC ontime. 1st show aku tgk adalah Roomi dan Joo Lee. Lewat setengah jam. 2nd tgk Julius Ceasar (ZZZzzzZZZZ). Lewat jugak. Bangga plak dpt sampai ontime nih. :D Impress aku.

Korang bayangkan Sentul. Sentul ( mencebik ). Ada satu Art Centre yang boleh dikatakan hebat. Macam pelik tau. Tapi ada. Aku still kagum sampai ke la ni. Sebab dia pilih Sentul sebagai lokasi KLPAC.

Aku dpt triple dose of laughter. Aku mmg gelak tak segan la. Thanks Afdlin, Jit dan Harrith.

p/s: Ika, mana gambar duuh?
  • 7
Unexpected Gift.



Hadiah yang buat aku menangis. Datang daripada orang yang paling tak disangka. I'm blessed with bautiful Circle of Friends. Wa sayang lu la.

p/s: I meant to update more but malas modd is kicking in.
  • 6
Countdown

Bersama orang jauh nak menonton Fat, Fossil and Funny di KLPAC malam ini. Hadiah harijadi daripada seseorang. Banyak bende baik jadi pada bulan december ini.

Terima kasih buat along, sponsor Chochlate Indulgence dari Secret Resepi untuk celebrate birthday Aku (14th), Ayah (17th) dan Opik ( 24th).

Dulu aku kecik tak pernah la merasa kek dari Secret Resepi. Koman-koman pon kek mama buat atau kek krim yang ayah beli daripada kedai kek biasa. Mewah hidup adik-adik aku, dapat rasa bebende mahal gini. Ni pon first time depa nak rasa. Seronok jer tengok dorang mkn. Dua hari nak menghabiskannya. :P Alhamdulillah.

Masa amik wudhu' zohor tadi, aku perasan mata aku mcm ada eyebag. Waaaa.. Macam mana nak stay cun masa birthday aku esok. Ampehs. Dah tua, kedut bawah mata pon dah nak bertambah. Uikss.
  • 1
Off to Jengka, The cuti then Tgk Fat, Fossil & Funny kat KLPAC, The Birthday.

Muahahaha

have a nice holiday
  • 3
Cela_ka

Suara tu datang lagi. Bukan aku nak lupakannya. Cuma setiap kali suara tu datang, ingatan aku kembali pada kisah yang aku nak lupakan.

Hati aku yang dicincang, dituang cuka dan diblender halus. Sehalus cili boh sambal ikan bilis kelmarin. Pedih sampai aku dah tak rasa apa-apa lagi. Itu setahun lalu.

Hari ini. Aku paksa diri aku senyum. Dia tetap kawan aku. Setia pada aku walaupun si celaka tu meracun dia guna paraquat.

Dia aku jumpa. Nampak senyum aku. Gelak aku. Kadang-kadang merepek. Kadang-kadang sinis.

Aku makan lauk yang dihidang. Aku order lagi. Biar aku sibuk berfikir tentang apa yang perlu dihadam. Bukan si celaka.

Kisah celaka tu aku sudah simpan dalam kotak. Aku balut guna tali rafia. Nak aku bakar, tapi aku rasa aku perlu simpan dulu. Sebelum aku mulakan episode baru. Hidup aku. Ke 26.

Buat si celaka. Aku tak doakan ko sejahtera. Ko tak layak berada dalam doa aku.
Your Heart Is Blue

Love is a doing word for you. You know it's love when you treat each other well.
You are a giving lover, but you don't give too much. You expect something in return.

Your flirting style: Friendly

Your lucky first date: Lunch at an outdoor cafe

Your dream lover: Is both generous and selfish

What you bring to relationships: Loyalty
  • 3
Narnia Free Tix

Aku menang 2 tiket tgk Narnia bulan lepas. Semalam dapat tgk tayangan Premier kat Midvalley. Beratur punya la panjang. Kalau aku pergi lewat sket tak la kena menunggu lama gitu. Ehehe.

Kisahnya, housemate aku dan bf dia pon menang jugak. Aku la yang suruh dia masuk. Since aku ni pemenang no 90. Epson offers 300 winners. Housemate aku lupa nak print. Dia tak baca email tu betul-betul, bawak print out email tu dan IC masa nak redeem that tickets. Maka berlari-lari lah mencari cc. Tak ada. Last minutes, one lady tu bagitau kat starbuck leh online. Alhamdulillah. Rezeki dia la. Walaupun RM7 melayang. Berbaloi, dapat 4 tiket menonton 3 hari lebih awal daripada orang lain.

Aku lepak jer, tunggu kawan aku datang.

NARNIA, The Lion, The Witch & The Wardrobe.

Aku tak pernah membaca buku dia. Aku takder expectation apa kecuali, yes, aku dapat tiket free. Selamat dua puluh ringgit aku.

Ceritanya menarik. Aku suka karakter-karakter nya. Pandai budak-budak ni berlakon. Its about courage, togetherness, family bonding, friendship and loyalty. Transformation from Nobody to Heroes. Biasa la, kuasa baik berlawan dengan kuasa jahat. Ceritanya dapat capture my attention dari awal hingga akhir.

Just wait while the name and credits are rolling. There a 10 seconds crucial ending. Ramai yang miss that part. Aku mmg suka tunggu sampai credit habis. Habit aku develope masa tgk wayang waktu aku belajar dulu. You never know what will come at the end of the credit. :)

Ni yang buat aku nak baca Narnia plak nih. Aku tak sure adakah characternya akan sama pada sequel yang akan datang. Ish ish ish. Sapa ada buku dia?

Watch Narnia if you love Harry Potter, Lord of the Ring or Saga Artakusiad.
  • 4
Advance Birthday Present

Birthday Present in advance from Dearest Along. Thanks Along. :) Its an EasyMP3. Pasang kat Kereta. Aku kene beli thumdrive yang baru. Lebih besar leh simpan mp3. ;)

Sal dearest pon bagi hadiah in advance. Suka sangat dpt pinggan utk menghidang Creme Caramel. Ehehehe. Macam tau-tau aje keperluan aku. Sal, persahabatan tu lebih bermakna daripada materi. :) Aku tak expect pon dpt hadiah daripada kengkawan bila umur2 dah tua gini. Ahaks..

Sayang semua.
  • 0
Khadija Nabiha.
Anak buah penyeri hidup aku.
Yang berkongsi Birthdate dengan Elin
Saggi Rules!!!
  • 11
Nak or tak nak
 
Kalau kita tahu apa yang kita tak nak, Adakah ini bermakna yang kita tahu apa yang kita nak?
 
Apa pendapat korang?
 
Daun: Aku akan sayang sapa yang bagi respond. Muahhsss
  • 2

 Malam-malam romantis aku

Aku tak berani bila berhadapan dengan mentol. Sebab tu aku tak pernah nak ganti mentol or starter lampu rumah aku. Kalau kat kampung ayah aku buat. Kalau dulu aku import bf aku buat. Sekarang ni takder siapa yang nak di import masuk utk buat keje tu. Fore FREE. :)

Lampu bilik aku dah seminggu tak menyala. Seminggu juga aku hidup dengan lampu tido. Romantik semacam je perasaan.

 Aku asyik terlupa nak beli starter. Bila ada starter, aku pulak tak reti nak pasang.

Aku amik kerusi plastik warna hitam tu. Aku berdiri atas kerusi tu. Rupa-rupanya aku tak sampai nak capai starter lampu tu. Aku terpaksa menjengket dan mendongak tahap maksima utk menggodek starter tu. Aku mengah and mula rasa pening2.

Tak boleh jadi ni. Aku amik majalah-majalah aku yang sebeban tu. Aku susuh, bagi tambah ketinggian aku. Aku cuba nak keluarkan starter tu. Aku pulas kekanan. Aku pulas kekiri. Tak juga ada tanda-tanda yang start tu nak keluar dari soketnya. Deng!

Housemate aku pembekal starter mencuba nasib dia. Nampaknya dia tak cukup tinggi walaupun dengan sebeban majalah. Penat dia menjulur tangan. Masih tak berjaya nak mencabut starter bertuah tu.

Aku call kawan aku. Dia cakap, kene tekan baru pulas kekanan atau kekiri. Cubaan tekan , pulas kekanan aku tak berjaga. Begitu juga yang kekiri. Kali ketiga aku aku tekan kuat sket. Tetiba starter tu termasuk dalam casing lampu tu dengan soket2nya sekali. Double Deng!

Aku menjerit. Apa aku dah buat? Mati la gini. Patah dah ke? Ida ensure aku yang tak patah. Masih boleh digunakan. Cuma soket yang di attached pada casing tu je yang terjerumus kedalam. Aku takut nak masukkan tangan aku dalam tu. Aku tau, buat penat jer.

Pasrah. Aku turun daripada kerusi. Ambil bantal dan sambung pelepakan aku di ruang tamu. Sambil tengok iklan kat ntv3. Romantis lagi malam-malam aku.

Daun: Sapa terer nak betulkan lampu aku tu? Moh la volunteer. Pompuan jer la.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers