• 0
Pesanan

Mama pesan. Sayang orang yang sayang kita

p/s: Happy Birthday Along.. LOVE YOU

daun: agree with mama
  • 0
Tentang Kecewa

Kecewa dengan dinginnya. Stop asking around. Ask him yourself. I still waiting for the right moment.

daun: Dia bukan dingin. Dia berhati2
Sekarang baru aku sedar.. Bahawasanya, tak semua orang mampu mendengar apa yang aku nak cakapkan. Tak sanggup nak dengar, tak kuasa nak dengar, menyampah nak dengar, malas nak dengar atau cant be bother to listen what i'm saying.

Ahahaha. Luahkan apa yang aku fikir. Apart from being a good conversationalist (ada ke perkataan ni), cikdaun also a very good listener. Kih kih kih.

I'm not a plain, simple and boring girl. Some man like that type of girl. Kalau (aku kata kalau) aku lelaki.. Aku suka perempuan yang interesting. Ahahaha.
  • 0
Aku rasa macam bercakap dengan tembok yang akan menjawab "Ooo ye ke" dalam 32 second interval.

Am i trying too hard?
  • 0
Of Yan Wedding.. and Aku si Hitam

Kad undangan tu tak sampai, tapi aku pernah jejak ke Meru. Tahap keyakinan aku tinggi untuk sampai ke Meru tanpa peta. Yan, pemalu dan rendah diri. Merujuk dirinya sebagai 'saya'. Aku tak rasa dia pernah berbahasa 'aku' dan 'kau' dengan aku. Aku sebilik dengan Yan pada tahun akhir aku di sekolah menengah. Aku dan Yan adalah dua individu yang berbeza. Mungkin itu yang buat aku dan Yan rapat selama ni.

Aku janji dengan La*** dan Da*** untuk jumpa di sana. Being an 'expert' in K*ang buat aku amik jalan yang jauh utk ke Meru. Tah mana-mana sign board aku ikut, membuat aku melalui Kapar utk ke Meru. Rasa macam nak menangis utk sampai ke Meru. Ceh ceh ceh. Aku kutuk diri aku sepanjang-panjang perjalanan tu sambil dengan sabar nya cari exit ke Meru.

Yang bagusnya aku ni bongok dan sedar kebongokan aku. Aku turun bertanya jalan. Bertanyakan pada seorang budak perempuan yang tengah menunggu kawan dia kots. Deretan kedai-kedai yang kebanyakannya tutup. Ahad memang kedai tutup pon. Aku tak salahkan kedai-kedai tu.

Budak tu muka familiar. Lepas aku tanya arah mana aku perlu pergi untuk ke Jalan Nanas.

Aku: Dulu budak Sekolah *************** (sekolah lama aku)?
The girl: A'ah.. akak pon ek? patut la nampak macam kenal jer. Nama akak sapa ek?
Aku: Kak *********
The girl: Aaaaaa..! kak *******. Rasa macam nak tegur tapi cantik semacam jer. Dulu akak HITAM LEGAM. Sekarang dah putih la plak.
Aku: Ahahaha.. *gelak sakan*..
*Aku diangkat dan dihempas mcm kaca terhempas kebatu. Aku tak pasti aku harus berbesar hati atau apa dengan statement budak tu. Ahahaha. Yang ada cuma gelak besar. Lelagi bila aku cerita pada anak cucu aku karang. Aku dah pon gelak sakan bila aku cerita kisah ni pada La dan Da selepas sampai ke kenduri Yan*

Alhamdulillah aku sampai ke rumah Yan dengan selamat. Yan nampak gembira dengan baju hijaunya. Alamak, husband Yan hensem siot. Macam penyanyi nasyid la plak. Yan tak bercinta dengan husband dia. Yan satu usrah dengan husband dia. Dan bila husband dia propose, Yan bertunang dan kawin dalam masa 4 bulan sahaja. Alhamdulillah. I'm happy for Yan. Have a good marriage life Yan. Muahhssss.

daun: hitam2 si tampuk kicap
  • 0
More on Dia

Dia nak jumpa lagi. Sepatutnya perjumpaan pertama aku dan Dia adalah pada hari Sabtu, tetapi mungkin dia tak sabar nak tunggu ke Sabtu utk jumpa aku. Aku terkejut bila dia sms utk ajak jumpa pada hari Sabtu. Aku cakap ok.

Sabtu pagi tu aku tolong kartini memasak untuk Birthday Party Aariz (anak tini). Aku tolong dia masak nasi tomato. It was almost a disaster, tetapi dapat diselamatkan. :P . It should be our lil' secret ek tini? Ahahaha.

++++++++++++++++++++
Menapak jalan yang menjauh, Tentukan arah yang kumau, Tempatkan aku pada satu peristiwa, Yang membuat hati lara
++++++++++++++++++++

I drag the appoinment from 5 to 5.30. We suppose to meet at Pizza Hut. I was utterly suprised when i two of his niece tagged along. I somehow glad, the fact that we are not alone. They are very cute. Aisya is very cute with her curly hair and long sky high eyelash without Maybelline wonder. She's born with it. She's 3 and her sister Aliya is 7. We had pizza and i had my seafood lasgna.

++++++++++++++++++++
Di dekat engkau aku tenang, Sandung matamu penuh tanya, Misteri hidup akankah menghilang, Dan bahagia di akhir cerita
++++++++++++++++++++

I interviewed Aisya on how her Ngah at home. She cutely said that "Ngah garang mcm harimau". I had a good laugh and replied " Macam harimau ke? Acik nampak mcm kucing jer". I love the embarrassed expression on his face. Ahahha. Ask him to pose for my parent since my parent dont have a clue on how he's like ( I lied, its for me). Managed to snap his picture. Just to make sure i'm safe in case he 'buat taik' and i want to make the exposure. Ahahaha

++++++++++++++++++++
Cinta tegarkan hatiku, Tak mau sesuatu merenggut engkau, Naluriku bergetar tak ingin terulang lagi, Kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa
++++++++++++++++++++

It was a short date. He 'tapau' Pizzas for his family. We parted before maghrib. I went windowshopping in Jusco. He called to check whether it is ok for me to walk alone. I said i'm ok. Another lie. I felt bored after 10 minutes and went home.

++++++++++++++++++++
Aku junjung petuahmu, Cintai dia yang mencintaiku, Hatinya dulu berlayar kini telah menepi, Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia
++++++++++++++++++++

Dia: Sanggup ke kawan dengan saya ni?
Aku: Kalau ikutkan, tak sanggup.
Dia: ......
Aku: Tapi kita tengok la macam mana. Kita cuba dulu.

+++++++++++++++++++++
Cinta biar saja ada, Yang terjadi biar saja terjadi, Bagaimana pun hidup hanya cerita, Cerita tentang meninggalkan dan yang ditinggalkan
+++++++++++++++++++++

daun: cuba usahakan ladang ini.. What is friend again??
  • 0
Yes, my kucing post this entry.. *wink at Amyz*

CINTA

Menapak jalan yang menjauh
Tentukan arah yang kumau
Tempatkan aku pada satu peristiwa
Yang membuat hati lara

Di dekat engkau aku tenang
Sandung matamu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku bergetar tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa
Aku junjung petuahmu
Cintai dia yang mencintaiku
Hatinya dulu berlayar kini telah menepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

Di dekat engkau aku tenang
Sandung matamu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita

Cinta tegarkan hatiku
Tak mau sesuatu merenggut engkau
Naluriku bergetar tak ingin terulang lagi
Kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa

Aku junjung petuahmu
Cintai dia yang mencintaiku
Hatinya dulu berlayar kini telah menepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

Cinta biar saja ada
Yang terjadi biar saja terjadi
Bagaimana pun hidup hanya cerita
Cerita tentang meninggalkan dan yang ditinggalkan

Lagu : Cinta
Nyanyian : Melly Goeslaw feat. Kris Dayanti

Dapat dari MAL
  • 0
The Zero Kuch Kuch Moment.

I've met Dia. No spark. No kuch kuch. Just a simple dinner with the moment of truth that enlighten us regarding the whole 'risik' situation. He's definitely not gay (my sangka buruk) and not a virgin in relationship as his makcik claimed. I tried to find what I like about him but failed (maybe it was to early). I was left with an empty heart but with one full plastic bag of ole-ole from Sabah.

"Kita kawan-kawan dulu la, mana tau tengah-tengah jalan menyampah pulak". He agreed with my selamba quote.

Then, talking to Ika the whole 1/2 hour on the swing in front of my apartment left me felt dizzy, the head, the heart and the stomach.

daun: Who could define 'friend' for me?
Tembam jer
Rama baru bagi aku slap to the reality bila dia tegur. "S********, ko dah semakin comel". Ceehhhhhh. Secara tak langsung memerlu kegemukan dan ketembaman aku.. Isk..

Bila tengok gambar..
Aku baru perasan yang pipi aku tembam giles..
Uhukss..
Macam ada dua biji pau atas muka aku bila aku senyum..
Ahahaha..

Gambar aku lepas lunch tadi. Kenyang dah. Pau tu berkembang 15% dari saiz asal.

Aku tengah lawan pipi sapa lagi tembam dengan Efi. Ternyata aku menang.


daun: Tembam la baguss.. ye dak?
  • 0
Khat

Memandangkan kerja sudah siap, aku pon bermain2 dengan illustrator. Inspired by lupi yang dok sibuk tulis jawi. Aku takder scanner. Kalau dak mmg aku letak tulisan jawi aku yang buruk itu. Ahaha. This is my lame attempt to write in khat ta'liq.



Masa aku sekolah rendah agama dulu, kelas khat adalah kelas untuk berlawan-lawan nak dapat 10/10 dalam latihan. Khat aku boleh la tahan jugak. Tapi still tak boleh nak lawan si Azila Aznah yang selalu dapat 10/10. Apa tah dia jampi ustazah tu. Ahahaha. Dengki gila.

Masa ni la nak bermain dengan pisau sampai jari jemari leh tercedera untuk meraut pensel Khat terunggul. Aku terer buatkan pensel untuk orang. Jadi macam dpt tender untuk buatkan pensel khat budak-budak lain. Ramai yang menyalahgunakan pisau tu untuk menghiris meja dan membuat segala macam vandalism di sekolah. Sampai la satu masa pisau lipat 10sen tu tak dibenarkan dibawa oleh pelajar. Jadi ustazah la yang akan tolong buatkan pensel khat pelajar mereka. Hmm. Berakhirlah khidmat aku sebagai pembuat pensel khat terhebat. ;)

daun: Dulu belajar khat Nasakh jer.
Looking forward to this weekend.
  • 0
April Birthday Bash

Bulan ni witnessed the birth of 4 of my sibling.
Nina: 7/4
Jiha: 14/4
Syidah: 21/4
Along: 30/4

Mama ada buat satu kek gila besar dan hantar ke kedai kek untuk letak krim dan segala tok neneknya sekali. Kalau kek beli tu mau berapa harga dia. Tapi semua itu dikenakan RM 12 sahaja.

Aku bukan pemakan kek yang berjaya. Tapi aku ambil jugak dua potong kek yang besar tu untuk tatapan santapan osmet terchenta. Kuih bakar terhebat mama juga aku bawa pulang. Dah ada orang request. Boley jadi pengedar kuih bakar terhebat mama di Cyber ye dak? *lapar la plak*

Selamat Hari Lahir buat semua adik beradik ku yang aku sayangi. Harap maaf. Cuma ucapan sahaja yang mampu diucap. Fulus is nehi peletum.
  • 0
Our first

Quote : Assalamu'alaikum.. Dah mkn? Sihat? Sibuk ke?

then.. a the call that we've been waiting for. *refer as 'we'.. mama and ayah look forward for the call much more than i do*

cikdaun: a heartbreak
  • 0
Of Keluarga Dia and Aku

Keluarga dia datang berkenal-kenal. Aku pulak macam nervous semacam. Nenek, Mak, Ayah, Kakak dan Abang ipar dan anak2 buah dia datang sama. Mama masak mihun, tahu sumbat kuah palembang(kuah gula merah) dan kuih bakar terhebat mama. Aku cuma goyang kaki jer. Aku nervous dan kadang-kadang rasa confius pon ada jugak.

Aku sempat gi kenduri kawin kawan aku di Kg Jawa Klang. Cepat jer aku balik lepas kenduri kawin since she's not my immediate friend. Aku pon tak tau naper aku nervous sangat. Siap tanya mama 'mama, orang patut peluk cium ke karang?'. Mama kata ' tak payah.. just salam cium tangan jer'. Aku jadi mcm dungu. Bila mama suruh angkat cawan. Aku angkat. Tuang air, aku tuang. Lepas aku jemput famili Dia minum. Aku terus kurung kat ruang tgh and lepak2 dengan jiha sambil tatap handphone aku. Main tekan2.

The afternoon went well. Kakak Dia bagitau Dia akan call bila Dia balik dari pulau. Aku senyum jer. Have no comment. Macam stunned gitu. Jarang aku jadi pendiam nak mampos gitu. Mama siap warn aku suruh lambai2 masa dorang balik. Ctrl freak la mama nih. Macam la orang tak tau apa. Kasihan aku.

Akhirnya aku senang hati dengan keputusan aku. Bila aku nampak senyuman mama and ayah. I feel blessed. Alhamdulillah. Hopefully everything will be fine.

daun: Ada di satu simpang yang ada dua jalan. Aku pilih yang terbaik
  • 0
Of En. Awak

En. Awak, puas kite minta maaf. Harap awak terima keputusan kite. Kite tak rasa yang kita meant for each other eventhough you think we are a match made in heaven. Kadang-kadang bila kita rasa yang dia tercipta untuk kita, sebenarnya dia bukan. Mungkin dia dihantar untuk membuka mata kita. Akan semua kemungkinan atau untuk memberi kita kuasa unutk melihat sesuatu, dari sudut yang berbeza.

cikdaun: Sukar untuk menjadi sabahat selepas terjadinya perpisahan. Jadi bagaimana?
  • 0
Drained..
  • 0
Of Ika, SIL and Ummar

Berseronok2 dengan Ika, akak iparnya dan the lovely cutey Ummar pada Ahad dan Isnin lepas. Ummar sekarang asyik mencarik Uya and Syura jer. Dengan pipi gebu Ummar, aku sempat gigit sebelum lepaskan Ummar pergi dengan Makcik Itah dia. Kan aku dah kata, Ummar akan suka pada aku punya. I'm adorable tau. Lagi satu yang aku sedar, aku bukan kaki sesat sangat pon. Ahahaha. Terer jugak aku round2 kat simpang KLCC Jalan Ampang tu bawak Ika and da gang. Thanks to Elin guidance. Apatah lagi berjalan di Seremban yang aku rasa lagi kecik dari Klang. Thanks to Pakcik yang nak pergi Stadim Sukan, memberi aku peluang mengekorinya macam stalker sepanjang perjalanan. :P
  • 0
Aku dah bagi jawapan..
I need to make a call
  • 0
Restu.. tu yang aku mahu..
Restu mak ayah aku..
Yang akan aku dapat..
Bila mana aku..
Menyenangkan hati mereka..
Restu..
Tu yang aku mahu..
I need another soul renovation..

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers