• 3
Cela_ka

Suara tu datang lagi. Bukan aku nak lupakannya. Cuma setiap kali suara tu datang, ingatan aku kembali pada kisah yang aku nak lupakan.

Hati aku yang dicincang, dituang cuka dan diblender halus. Sehalus cili boh sambal ikan bilis kelmarin. Pedih sampai aku dah tak rasa apa-apa lagi. Itu setahun lalu.

Hari ini. Aku paksa diri aku senyum. Dia tetap kawan aku. Setia pada aku walaupun si celaka tu meracun dia guna paraquat.

Dia aku jumpa. Nampak senyum aku. Gelak aku. Kadang-kadang merepek. Kadang-kadang sinis.

Aku makan lauk yang dihidang. Aku order lagi. Biar aku sibuk berfikir tentang apa yang perlu dihadam. Bukan si celaka.

Kisah celaka tu aku sudah simpan dalam kotak. Aku balut guna tali rafia. Nak aku bakar, tapi aku rasa aku perlu simpan dulu. Sebelum aku mulakan episode baru. Hidup aku. Ke 26.

Buat si celaka. Aku tak doakan ko sejahtera. Ko tak layak berada dalam doa aku.

3 comments:

Anonymous said...

macammanapun, kita digalakkan memaafkan orang. mmglah dia cam sial, tapi kalau dia tak cam sial, kau tak belajar satu pelajaran yg amat berguna, so kiranya kau terutang budi dengan dia jugak sbb buat kau celik sket from the blindness before this =)

life's too short to always be angry.

-rafthah-

cik puan daun said...

rojakbuoh: luahan pankreas yg marah

ika: okies

edaleeja said...

ohai, membara btol pankreas dia kali ni. banyakkan bersabar ye, insyaAllah ok. try la pujuk diri maafkan dia skit2..

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers