• 16
Menyusuri nostalgia pinggan mangguk dan gelas di dapur

Bila kegilaan ini bermula? Aku pun tak pasti. Tapi aku rasa dari aku kecil kot. Menyibuk didapur bila mama dan nenek masak. Tengok nenek buat minyak kelapa sendiri. Masa mama potong-potong kandi kacang yang panas2. Kolang-kaling (buah atap) hijau dan merah dalam balang. Menggentel kuih bom bijan dan campak2 dalam dulang yang ditabur bijan.

Masa tu tak ada tanggungjawab. Mama mulakan dengan arahkan aku tunggu masak lemak pucuk ubi mendidih masa mama nak pi solat. Bukan sahaja tunggu, tapi kene kacau dia supaya tak pecah minyak. Aku merungut2 masa mengacau. Tangan aku lenguh, hati aku sakit. Cepat la mama siap sembahyang. Tak larat nak kacau masak lemak tu. Masak lemak bukan dikacau godek. Cara mama adalah dengan cedok dan tuang kembali dalam periuk. Bila masak lemak hampir mendidih, kecilkan api. Jangan biarkan masak lemak menggelegak dan santan berketul-ketul.

Kalau masak lemak yang pecah minyak, rupa pon tak cantik. Ayah mesti tak berapa lalu nak makan. Bila aku fikir balik, betul la. Takkan nak hidang masak lemak yang begitu pada ayah. Bukan sahaja ayah, aku pon tak selera.

Mama garang. Dulu aku tak suka bila mama menegur cara aku bekerja. Itu salah. Ini salah. Sampai cara aku sapu sampah pon mama tegur. Penyapu tu dibaringkan. Ahhh. Aku bukan robot! Mama akan ajar aku betul cara buat sesuatu. Potong bawang, hiris cili, potong sayur, perah santan. Aku igt masa tu mama cuma nak kerah aku jadi pembantu memasak.

Aku mula masak sendiri masa cuti sekolah akhir tahun darjah 5. Mula dengan masak lemak pucuk ubi, ikan goreng dan sambal belacan. Bagi famili aku its' a complete meal. Bagi ayah aku, its the perfect meal. Ayah aku mmg suka tahap dewa dengan masak lemak + sambal belacan. Masa tu rasa nak memasak tu ada. Lagi-lagi bila tengok ayah makan dengan seleranya. Since aku tau masak lemak pucuk ubi jer. Tiap-tiap hari aku masak bende yang sama. Aku pon suka jugak. Sampai la pucuk ubi kat keliling umah aku tinggal batang dan pucuk ubi kat kebun nenek habis. Tak sempat nak tumbuh, aku tak bagi chance langsung.

Masa sekolah menengah aku duduk asrama. Masa tu zaman pemalas. Masak kene paksa, ye lah. Balik rumah sebulan sekali. Nak kene masuk dapur. Aku nak lepak-lepak dan tengok tv. Anak-anak mama bukan lahir-lahir jadi rajin macam mama. :P

Masa kat Pompey, kene start masak balik. Tahun pertama duduk kat hall. Nak masak pon susah sket. Kalau masak cili boh, mmg satu rumah merana. Kesian si french and and germany tu. Tapi alhamdulillah, dorang selalu tolak ansur.

Bila dah sewa rumah, baru la aku start masak. Aku mula eksperiment, masak pizza, and masak lauk2 bodo jer. Finally, di Margate Rd., Dapur yang luas, ada oven. Aku pula suka nak beli bahan-bahan memasak. Aku bukan masak byk benda. Aku gila buat kek buah masa tengah couple dengan penggemar kek buah. Emon la jadi mangsa aku. Ehehehe.

Walaubagaimanapun, aku tak suka nak buat cookies. Aku hanya akan masak nasi, lauk pauk, pizza dan kek. Kuih muih adalah department emon. Emon akan belek kuih tu satu persatu. Masa emon dok buat biskut. Aku baring-baring atas sofa sambil teman emon berbual. Bila nak habis buat kuih kalau belek kuih tu sebiji-sebiji? Tabik spring aku dengan emon. Lagi satu sebab yang buat aku tak buat kuih atau biskut, aku tak makan sangat kuih-kuih manis nih. Bukan kegemaran aku. Aku suka kuih pedas-pedas jer.

Aku suka rancangan memasak. Terutama Jamie Oliver, Ainsley Harriot, Delia Smith, Nigella dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama).

Bila balik sini, aku dah takder dapur sendiri. Dapur mak aku. The feeling is different. Duit pon tak berapa nak ada lagi. Masak biasa-biasa aje.

Sekarang, kegilaan aku dah bermula. Lalilalala. Bare with me. Next target: Oven Hitam Cap Butterfly. Aku boleh start buat pizza, lasagna dan kek. Yeeehaaaa. Ahad ni pencarian bermula. Wish me luck.

Aku sedar yang memasak bukan sekadar menyediakan makanan untuk dimakan. Tapi dia mengajar aku supaya multi tasking, coordination, disiplin dan passion. Dan apa makna memasak tapi tak cukup dimakan oleh semua orang. Budget makanan dalam kenduri. Nak masak berapa banyak untuk bagi orang makan and so on. Belajar dari pengalaman. Bagi aku, biar mknn berlebih sket (bukan sampai tahap membazir) aku sedih kalau tgk orang cuma cukup-cukup mkn jer.

Akhir sekali, aku ada mama untuk berterima kasih, kerana mama yang train aku menjadi perempuan yang kalau tak pandai pon, boleh memasak. Kepada ayah, kerana kalau bukan ayah yang dok mkn masak lemak aku hari-hari, aku takde motivasi untuk memasak. Rancangan memasak especially Jamie Oliver dan Nigella yang buat cooking so much fun. Semua yang pernah bagi resepi dan berbincang masak dengan aku. Akhir sekali, tukang-tukang rasa yang pernah rasa masakan aku (yang menjadi dan tidak.. ahahaha), kalau rindukan masakan aku. Pepandai la bodek aku masak utk korang.

Seruan aku kepada semua yang tak berapa pandai memasak, jangan risau laaa. Jangan rasa rendah diri. Lepas kawin sure korang terer masak punya. Kepada orang-orang yang terer memasak, good for you dan moh la berkongsi resepi dan tips dengan aku.

Tukang masak dan tukang rasa
Syura

16 comments:

supersomething said...

mujurlah ada member macam ko... boleh aku menuntut sedikit sebanyak pasal paraphenalia memasak... hehh... aku minat je.. pandainya belum.. ^_^

Anonymous said...

errr ini nina ker?:O

Anonymous said...

ni nak cakap kau pandai masak la ek daun kekeke. jangan marah ar. bagusla darik kecik dah pandai masak.... senang nanti.

Anonymous said...

datang sini dr en super nyer blog..

Hahaha..oven hitam cap butterfly..tok aku pun dah tak pakai oven tu..hehe..

ayobkelubi said...

daun

cooking is really fun.
nostalgi sungguh memasak di sana.
aku yg mula2 buat kuah kari cair banget,alih2 jadik tukang masak utk jamuan raya.

hahaha.

lawak betul bila aku marah anak-anak dara yg membantu aku masak.

hahaha.

siap upah derang makan pizza lak lepas tu.

memasak.

mmg fun

dan aku mmg enjoy tgk the naked chef tu.

Anonymous said...

cooking is fun thing tho aku senang hati jer nak cakap malas hahahahaa. sama jugak tak suka kalau mem dok mendanguk tgk? kalau dia alter recipe she's fine, kita alter recipe dia sama mengomen haha.

pengkritik paling kejam abg no 2 aku kalau aku masaklah, dia cuma ada satu saja statement,

"tak cukup bawang"

sib baik kuih tart dia tak bising2, tak cukup bawang ha ha ha ha.

-rafthah-

BooK said...

hihi
boleh ajar aku masak?
aku tak pandai
(konon)

Unknown said...

Sedap satu masakan tu bila jus-jus makan yang kita kunyah bertindak balas dengan 'reseptor' pada lidah kita.

Selepas melepasi tekak, dia dah jadi gumpalan makanan lenyek yang akan memenuhi tembolok pula!

Itulah riwayat sesuap makanan.

alhamdulillah :)

kaezrin said...

yes sytura for once i'm starting to admit..cooking is fun....yes..dr takleh masak..now i can say takdelah org mati makan apa aku masak..

Korakora said...

daun, dah jumpa oven? ok tak harga nya?

Anonymous said...

Mau tinggal di rumah sewa saya? Peralatan dapur, oven disediakan(bukan cap butterfly, tapi cap bagus (??) punya!!), dan segala peralatan memasak yang lain boleh dirunding.

awak hanya perlu masak sahaja. tetapi masak yang tidak menggemukkan saya sebab saya baru sahaja dapat mencecah berat badan idaman.

Anonymous said...

masakan cikdaun yang paling aku takleh lupa ialah TAHU SUMBAT SAMBAL "APATAH-AKU-LUPA-NAMA". Best gilerrrr~ rudy bluehikari

Pnut said...

Daun-meh buat pizza kat umah akak meh...akak tingin nak belajar pizza, ada oven besar, ada oven kecik...yg besar tu sekali dapur gas, yg kecik pun tak kecik sangat, yg tu oven letrik..
meh aaaaa akak nak belajar buat pizza ni...tolong aaaa....

Mas said...

Alahai pandainya daun masak, meh ler tinggal ngan kak mas. Bole ler ajar kak mas masak.Baby akak dah lama tak makan masak lemak pucuk ubi yg sedap.

Nic said...

Daun, dulu aku pun tak penah masak, tp bila tinggal sendiri .. siap jadi tukang masak utk budak2 msia. Tp sekarang dok balik ngan emak, dah 5 tahun aku tak masak.. heheh.. Tapi, aku rindu utk masak mcm dulu2..

Nida Shaari said...

Daun seperti biasa, kegembiraan orang yang masak ialah bila masakannya habis dimakan..

dan orang yang suka masak memang suka makan..

kakak aku suka ko (ngan salina) datang umah dia.. dia suka bila tengok korang makan.. dan dia kata tawun depan dia akan jemput korang lagi..

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers