• 0
Kawan tetap kawan

Perjumpaan semula aku dan geng-geng sekolah rendah mula-mula aku rasa macam tak berminat nak pergi. Tapi aku dah terlanjur kata OK pada Kartini. Kadang-kadang aku rasa takder apa yang menarik dalam hidup aku. Aku pergi kerja dan balik kerja. Kadang-kadang aku tengok wayang dan jumpa dengan budak-budak GJ. Dan aku balik kekampung.

Driving balik dari Pu_cuk R_ebung ke kampung mmg penat gila. Dengan traffic yang slow. Rasa macam azab jer. Tapi mengenangkan kengkawan yang lama tak jumpa, aku gahkan juga. Bawak badan jer pon.

Aku gerak pukul 6.30 dan sampai pada pukul 8 lebih sket.

Kengkawan aku ada 5 orang. Tiga daripadanya dah berkahwin. Dua daripada tiga orang tu dah ada cahayamata. Tinggal aku dan sorang lagi yang belum berkahwin. Geng aku yang sorang tu aku tak tau dah ada bf ke idak. Aku nyer status pon belum pasti lagi. Ehehehe. Apa yang aku nak borakkan.

Tapi aku seronok la. Aku sibuk scrutinize kawan aku yang pernah ada banyak skandal. Updates on other ppl yang kitorang kenal but tak berapa ingat. Seronok jugak. Ada yang dah nak start bisnes tudung bawalnya. cantik-cantik tudungnya. Aku tak beli since aku tak berminat sangat nak pakai tudung bawal.

Aku lapar, tapi bila dah jumpa dengan geng-geng, sure mulut tak berhenti nak berborak. Sorang lagi tak dapat dtg sebab nak keluar dinner dengan husbandnya. Haritu birthday husband dia. Sampai hati dia mendahulukan husband dia daripada kitorang. Husband dia jumpa hari-hari. Kitorang ni bukan senang nak berkumpul pun. ( wink ).

Kawan 1: Macam takder hari lain dia nak pi dinner dengan husband dia.
Aku: Hmm.. Kita takleh nak ubah the fact that birthday husband dia harini. Tapi kita leh ubah tarikh perjumpaan kita ni kan?

Susah nak tetapkan tarikh. Itupun adhoc jer. Takper la. Akhir sekali kitorang berkumpul adalah masa kenduri kawin kawan kitorang. Aku rasa awal tahun ni atau tahun lepas kots. Nak tunggu geng single ni nak kawin tak tau lagi. Jadi kalau tak main redah-redah gini mmg takkan berjumpa la kitorang.

Pelik kan? kitorang duduk sekampung jer pon. Tak lebih daripada 15 km radius. Itu la, bila masing-masing dah ada tanggungjawab masing-masing. :) Anyway, Love u guys.

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers