Kuku baru aku ni menyakitkan
Akibat bermain badminton dengan kasut yang tidak sesuai. Kedua-dua kuku kaki ibu jari aku bengkak. Ada darah beku dibawah kuku. Sakit. Sepanjang sebulan, aku berbalut ibu kaki sampai satu masa dia tak terasa sakit. Aku tunggu masa untuk ianya tercabut.
Buruk sungguh ibu jari kaki aku tanpa kuku. Aku tak lalu memandangnya. Aku ni suka tengok benda yang cantik-cantik sahaja. 5 bulan kemudian, kuku baru aku pun tumbuh. Nampak cantik. Tapi aku lagi suka kuku kaki yang dulu. Nampak lagi runcing. Kuku kaki sekarang nampak kembang dihujung. Syukur ada kuku kaki. Kalau takder kuku kaki lagi huduh. Atau ada kuku kaki yang sompek. Alhamdulillah.
Pagi ni. Kuku kaki aku sakit. Macam mencengkam. Padahal aku baru jer potong kuku aku 2 hari lepas. Hmmm. Silap-silap kene cabut lagi. Tak berkuku aku selama setengah tahun. Aku TAK NAK. Jadi aku tahan jer la sakit sket ni.
p/s: Kena sabar dibulan puasa nih
No comments:
Post a Comment