• 0
Aku gerak balik ke kampung Sabtu malam Ahad. Sebelum balik saje called rumah, kalau-kalau mama and ayah teringin nak mkn apa yang boleh aku beli dalam perjalanan tu. Sebenarnya aku nak tau mama masak apa. Sebab aku lom mkn apa-apa lagi haritu. Ihiks. Ayah cakap tak payah, mama masak seperiuk sup ayam. Bila aku tanya kenapa masak bnyk sangat? Ayah jawab
Mama igt anaknya semua balik harini.
Rasa bersalah siot. Nanti balik aku mkn banyak-banyak.

Rumah aku sunyi jer. Lampu depan yang tak nak menyala tu dah terang benderang. Ayah cakap kene pasang sebelum pukul 7. Kene buat rewiring kots. Mana nak korek buat rewiring tu? Kita fikir nanti-nanti la. Mama and ayah hepi tengok aku balik. Bila tinggal bertiga jer. Sure hepi walaupun aku yang ampeh ni balik.

Its breaking my heart bila aku tengok Nina dok terbaring kat atas tilam sambil mama dok tuam dahinya dengan kain basah. Deng! lemah sungguh aku bila tengok ahli kuage aku sakit. Siries. Aku pandang tempat lain. Tanak tengok Nina lama-lama. Karang menangis pulak. *Masa aku menaip ni pon air mata aku dah bergenang*. Aku urut2 kaki nina. Then kuarkan bar Fruit & Nuts yang aku beli kat Petronas tadi.

Sedih la. Aku tak kisah biar la aku yang sakit. Jangan la ahli kuage aku yang sakit. Masa raya haji tahun lepas mak aku demam. Teruk sangat. Jenis tak lalu makan and mak aku siap susut badan tu. Masa aku masak bubur and hidang kat mak aku. Aku rasa nak nangis jer. Sedih gile la. Bila tengok keadaan mama gitu. Ayah aku mcm patah kandar. Kesian sangat. Aku dok masak untuk raya and dok mengarah adik-adik aku semua. Tak sanggup la. Aku doa banyak-banyak, minta jauhkan sakit yang teruk2 daripada famili aku.

Ahadnya, mama and ayah dah awal-awal siap nak gi Program kat Sekolah Opik kat Gombak tu. Opik nak SPM tahun nih. Buat sembahyang hajat beramai-ramai. Aku kene tunggu rumah jaga Nina yang demam tu. Harini nampak ok sket dah. Dah boleh jalan-jalan. Aku biarkan dia tengok tv puas-puas. Then pi baca buku dalam setengah jam. Then leh teman aku tgk tv sama.

Makcu call. Bagitau yang Nenek semalam muntah-muntah dan pitam. Ada kat rumah sorang-sorang. Sedangkan makcu pi kenduri kat umah adik dia. Ada ka patut dia tinggal jer nenek sorang-sorang. Kurang-kurang tinggal la anak dia sorang kat umah. Makcu minta aku jenguk-jenguk nenek. Aku cakap OK. Dalam nak zohor gerak pi tengok nenek. Yer la. Nanti nenek nak semayang takut jatuh dalam toilet.

Sebelum Melodi, aku dah angkut nina gi umah pakcu. Nina bawak dua buku utk dia baca. Aku cuma bawak handphone. Just in case. Senang jer nak amik hati nenek. Aku urut2 kepala nenek. Urut-urut kaki nenek. Tanya sket sebanyak. Nenek hepi la. Aku cuma baring-baring tengok CSI kat Astro. Cuma satu aku kene tahan. Adalah soalan-soalan nenek. Kalau tgk CSI mana satu mati, kenapa dia mati. Orang tu keje apa? Kenapa dia pakai macam doktor? etc etc. Kadang-kadang aku jawab. Kadang-kadang aku diam. Kadang-kadang aku mengiakan aje.

Nina plak. Lepas habis baca buku. Lepak sama aku tengok CSI. Aku rasa hari aku panjang sangat. Di habiskan menemani dua orang yang tak berapa sihat. Aku sempat balik umah amik nasi impit yang mama masak sebab nenek teringin nak makan. Dalam pukul 6 aku gerak balik umah.

Its a long but fulfilling weekend.

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers