• 0
Of Keluarga Dia and Aku

Keluarga dia datang berkenal-kenal. Aku pulak macam nervous semacam. Nenek, Mak, Ayah, Kakak dan Abang ipar dan anak2 buah dia datang sama. Mama masak mihun, tahu sumbat kuah palembang(kuah gula merah) dan kuih bakar terhebat mama. Aku cuma goyang kaki jer. Aku nervous dan kadang-kadang rasa confius pon ada jugak.

Aku sempat gi kenduri kawin kawan aku di Kg Jawa Klang. Cepat jer aku balik lepas kenduri kawin since she's not my immediate friend. Aku pon tak tau naper aku nervous sangat. Siap tanya mama 'mama, orang patut peluk cium ke karang?'. Mama kata ' tak payah.. just salam cium tangan jer'. Aku jadi mcm dungu. Bila mama suruh angkat cawan. Aku angkat. Tuang air, aku tuang. Lepas aku jemput famili Dia minum. Aku terus kurung kat ruang tgh and lepak2 dengan jiha sambil tatap handphone aku. Main tekan2.

The afternoon went well. Kakak Dia bagitau Dia akan call bila Dia balik dari pulau. Aku senyum jer. Have no comment. Macam stunned gitu. Jarang aku jadi pendiam nak mampos gitu. Mama siap warn aku suruh lambai2 masa dorang balik. Ctrl freak la mama nih. Macam la orang tak tau apa. Kasihan aku.

Akhirnya aku senang hati dengan keputusan aku. Bila aku nampak senyuman mama and ayah. I feel blessed. Alhamdulillah. Hopefully everything will be fine.

daun: Ada di satu simpang yang ada dua jalan. Aku pilih yang terbaik

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers