• 0
Hidup aku bosan.

Tapi aku tak bosan dengan hidup

Masih lagi mampu nak hidup dalam kebosanan

Bosan

Hiburkan aku
  • 0
Projek Musim Menghabiskan cuti

- Aku akan cuti 2 minggu secara terus. Aku dah fikirkan projek apa yg aku akan buat masa tu. Aku akan buat quilt. Ni percubaan kedua. Percubaan pertama aku buat heksagon quilt masa aku form 1. Projek kemahiran hidup aku. AKu buat lapik meja. Dari kain perca bunga2 purple campur kain kosong lilac. :). Aku dpt A untuk project tu.

- Aku akan sambung lepas free lunch aku.

  • 0
Double Parking

Subuh aku dikejutkan dengan bunyi hon kereta yg berpanjangan. Bersahutan dengan bunyi pengumuman dari Surau Apartment aku. Nombor pendaftaran kereta yang di sebut oleh tukang umum tu tak berapa jelas kedengaran * yg pasti bukan no plet aku *. Tapi aku dah tau la apa problemnya. DOUBLE parking. *saje je buat capital.. sebab kalau jadi kat aku sendiri sure hangin meroyan*

Lepas subuh aku tido balik. Tapi bunyi hon tu still kedengaran. Bengong punya tuan punya kereta. dah la double parking. Kuar pi keje lewat. Kesian mangsa keadaan nih. Melepaskan geram denga tekan hon dengan penuh perasaan. Mengharapkan tuan punya kereta bodoh yang double parking tu dengar. Entah2 tgh lena tido cam kayu.

Apartment aku tu ada 4 blok. setiap blok ada 3 cabang dan 11 buah rumah setiap cabang. Blok A cuma 5 tingkat. The rest ada 12 tingkat.Cuba la darab. Baper ramai orang yg ada kereta. Parking tak seberapa. kalau balik lewat sket dah kene pi park kat hujung dunia. Badan dah letih. Nak kene berjalan jauh pulak tu. Jadi, untuk menyenangkan diri sendiri. Double parking la kat area2 dekat dengan blok dia. kalau keluar sebelum subuh tu takper la kots.

Bengong la. Aku dpt bayangkan betapa sakit hati si mangsa nih. Agaknya keje kat KL. Kena la kuar dalam kol. 6.30 gitu. Kalau ikut2kan marah dia, nak aje dia langgar kereta yg menghalang tu. Mcm *toot*.

Kenapa la nak senang je? Lepaskan la handbrake, sekurang2nya kereta bodoh kau tu boleh ditolak. Di tempat parking stesyen LRT Kelana Jaya pon gitu jugak. Tapi aku perhatikan setiap kereta yang double parking akan lepaskan handbrake supaya mudah ditolak, dan sendal batu kat tayar supaya tak ler melorot kalau tanah tu tak rata. kalau kereta automatik plak. Letak kat gear N. Baru la aman hidup berparking. ;)



Daun: Nak menyenangkan diri sendiri, tapi menyusahkan orang lain.
  • 0
Training

Dari semalam aku conduct training untuk Inventor kepada orang2 **RIM. Semua lelaki. Ada sorang pompuan sorang sepatutnya, tapi dia baru balik dari negara mana tah. Training jugak. So tak mai la training aku.

Yok yo aku prepare. Dah berpeluh dara jugak aku pagi2 selasa tu tanpa sesiapa yg nak nolong aku. Aku paling benci setup projector. Silap2 taknak jadi. Ihiks. Alhamdulillah ada fazli pagi2 tu.

Aku akan buat training slow and steady. Macam orang gomen gaks. :P
  • 0
Greeting from Luahan Pankreas..

- akumie.. Thanks.. aku masuk website ko tapi topcities suruh aku upgrade.

- Solent.. Lama tak nampak.. Rindu Southampton dak? ke masih lagi kat sana? Sashimi.. not my cuppa tea glass of sirap. :)

- Norfarisha.. Thanks for the comment. :)

- crimsonsky.. Terima kasih kerana sudi menjenguk.. aku rasa i will stay everpurple.. :P

- rajiah.. akak.. Saya kerja di Cyberjaya.. Tapi apa2 pon.. saya berbesar hati untuk berkenalan dengan akak.. :) Sure sonok dok luar negara.. miss those lovely years
  • 0
Watashiwa Syura San!!

- Aku bosan. Bosan tido aku bangun. Mengadap AutoCAD Mechanical 2004 sekejap. takder cerita menarik kat tv tu.Bila bosan2 gitu aku terasa lapar.Tapi kat rumah tu takder makanan apa2 pon. Nak memasak? kederat takder. Otak aku menerawang. Bukak balik database. Search makanan yang pernah makan tapi lama tak mkn. :P. Boing Boing Boing! Sushi. Yeah yeah yeah. Mana sushi murah? Jusco. Yess.. dekat jer. Setakat tekak melayu aku ni. Sushi Jusco pon jalan. Pi Jusco semata2 nak beli sushi 3 ketul. And ubat gigi. Tu jer? parking ngan tol lagi mahal daripada harga sushi aku. Ampehs. Tapi bila ingatkan yang aku ni kalau dah teringin. Nak la la tu jugak. Aku rasa berbaloi la. Ye ke?

What's your usual [mood]?

  • 0
Rehat2 Aidil Adha

- Tak sedar yang ahad lepas Raya Haji. Teruk betul perangai. Yo la, den ni dokek jo duduk daghi keluago den. Tetiap minggu den balik kampung. Eden tak ghaso thrill laie. *aku tak reti nak cakap nogori.. b pandai la. it always crack me up when he's doing the nogori accent*

- Rehat.. Aku akan cuba belajar rehatkan minda. Letih fizikal. Letih mental jugak. Tido jer buat aku pening. Ihiks. Bila aku rasa stress Aku nak gunakan perkataan depressed tapi dah faham dah makna sebenar dia atas penjelasan ungku aku akan tido. Aku rasa tanak bangun. Tanak hadapi hari esok. Bila aku bangun aku harap aku rasa best. Tapi hakikatnya aku rasa lagi teruk. Aku rasa aku ketinggalan. Bangun la weiihhh..

Daging & Ikan ayam takmo la

- Dapat daging korban. Aku bawak sket yg mama bekalkan. Cadang nak mkn daging sambal kering. perghhh.. beshh beshh.. ANd mama bekalkan Sambal lebey ikan sumbat semalam. Leh buat ikan sumbat. menarik betul hidup aku.. lalilalilalala..

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers