Suam-suam sahaja

  • 5
Nazim tak berapa gemar mandi pada awal-awal kelahiran. Selalunya ia bermula dengan menangis dan diakhiri dengan tangisan juga. Sampai la atuk marah aku. Tak reti jaga anak gamaknya.

Lama-lama, aku perasan yang dia lebih gemar posisi telangkup daripada posisi terlentang bila mandi.

Kalau awal2 tu, lepas mandi punya meraung. Sekarang dia lebih happy dan tenang semasa dan selepas mandi.

Nazim juga suka air suam bila mandi. Sebagai emak yang pemalas, since cerek ada satu aje dan lokasinya adalah di dapur tingkat bawah. Aku try nak mandikan nazim di bilik air atas. Mind you that we dont have a hot shower. Konon nak mandikan dalam sinki.

Lepas cuci sinki bersih berkilat. Gua cubalah. Kena aje air yg aku rasa tak la sejuk sangat. Terus meraung member tu.

Aku terus angkat dan balut dengan tuala. Turun bawah dan masak air untuk air mandi nazim.




M

  • 1
Nazim, 6.3kg masa checkup yang terakhir pada umur 2 bulan 11 hari. Dia lahir seberat 3.2kg. Sebulan selepas tu, 4.7kg.

Sekarang sudah pakai lampin saiz M.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Menjenguk rumah

  • 0
Dah lama tinggalkan rumah. Harini tengok rumah sebelum nak masuk semula weekend ni.

Rumah ok, last 2 weeks Nuar dah upah orang untuk kemaskan rumah. Jadi masih ok lah.

Cuma geram. Ada seekor tupai ni asyik la masuk rumah anf buat sepah. Makan makanan n sepah-sepah. How to get rid of this squirrel?


- Posted using BlogPress from my iPhone

Projek: Seluar jeans budak lelaki

  • 6
Sejak dari dulu, aku melihat mama menjahit. Untuk tambah pendapatan. Jahit baju kurung, langsir dan kraf jahitan.

Mungkin dalam diam-diam aku fikir yang bakat mama tu akan ada dalam diri aku. Aku minta mama ajar guna mesin jahit mama. Mesin sulam dan mesin jahit tepi juga aku belajar guna. Mama suka tengok apa2 hasil bodo-bodo yang aku buat.

Bila mama dengar aku nak beli mesin jahit, Mama kumbah stor dan bagi aku mesin jahit kecil mama. Aku gembira sangat.

Tapi aku tetap suka mesin jahit mama. Laju dan boleh jahit kain yang tebal dengan kemas.

Ini adalah hasil lebihan kain daripada projek mei tai carrier aku. Aku buat jeans katok untuk iqbal. Pattern aku ambil daripada link ni. Banyak projek yang boleh dibuat dalam blog tu.

Buat seluar budak lelaki ni mudah je. Cuma nak skill jahit lurus. Itu je pun yang aku tahu.




Kat bawah tu Iqbal yang sangat happy dengan seluar baru dia. Walaupun tak cantik macam jeans beli. The fact that mama buat untuk dia adalah sangat menggembirakan. I love his proud voice when he said "Mama uat (buat)". Kadang-kadang nenek yang buat pun dia claim mama dia yang buat. Agaknya dia igt mama dia ni superwoman kot. Kalau difikir-fikir, kita dulu pun anggap mak kita supermak. Semua pun mama tetap adakan. Kan?

Hero ni tengah gila ambil gambar so inilah hasilnya.



Nota: Kain adalah kain jeans daripada nagoya. Mahal juga semeter. RM 24/m dengan diskaun 20%. Kain2 untuk buat seluar ni mahal juga lah. Boleh juga guna cotton. Tapi most nice cotton mempunyai design dan skema warna untuk gegirl.

Posted using BlogPress from my iPhone

Terik

  • 1
Iqbal kalau dah nak tido, dan nak lampu ditutup, Iqbal akan tutup mata dengan tapak tangan dan kata "Mama... Iqbal eyik (terik)"

Yang dimaksudkan terik adalah silau. Aduhai lah. Tapi daripda baby dia tak suka cahaya matahari terik. Terbawa-bawa sampai sekarang la kot.

Do it

  • 4
Its tiring being the mother of two. I wonder how my mother done it. She's a mother of eight!!!

So, I must stop complaining and start doing. *Smack my lazy bum*

New decent banner.

  • 2
Photoshop tak di jumpai. Tapi discover a free photo manipulation tools called GIMP. Just as efficient and serve my purpose. Bukan ada designing skill power pun.

Cuma nak customize the banner. Blog template ni pun free from previous source juga. Ok, since dah tukar baju. Mungkin juga rajin nak update juga hendaknya?

Hope so.

Muka baru

Ambil semangat untuk tukar layout baru. Banner pun cincai-cincot sebab guna mspaint aje. Maafkanlah diriku.

Kalau ada kesempatan akan buat banner yang elok. Try la cari installer photoshop karang.

Ok. Later yach? dah pukul 3 pagi, nanti esok tak dapat bangun pulak. Nazim dah 2 kali bangun feeding.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers