Full term

  • 0
I am officially full term last Tuesday. :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Baby Tendang..

  • 1
Setiap kali aku mengeluh sakit bila baby tendang or mengeraskan diri, Iqbal akan tanya "Mama akit?" Aku angguk. "Baby endang?" Aku jawab "A'ah, baby tendang"

Iqbal akan terus bagitau "Iqbal uang baby" (iqbal buang baby). Cekup perut aku dan campak virtually ke tempat lain. Sepenuh perasaan "Iyah!!! Iyah!! Iyah!! Ibal uang baby"

Aku speechless sambil tepuk dahi.

Food blog

  • 1
Saje setup blog baru khas untuk makanan dan resepi serta gadjet dapur. :)

http://dapurpasangsiap.blogspot.com

Sekarang ni tengah compile resepi daripada blog ke sana. Tapi ada juga satu dua resepi yang baru dicuba.

Selamat Datang. :)

Ada apa dengan pisang?

  • 0
Beberapa bulan selepas fasa mabuk teruk aku telah berlalu. Aku dah ada rasa nak makan. Masak still no no. But rasa nak makan tu ada walaupun memilih sangat-sangat.

Malam tu nak balik kampung. Dan kitorang makan luar. Tekak rasa nak makan something from Secret Recipe. Aku order prawn macaroni with cheese? Something like that. Dan order fruit smoothies.

Aku rasa ini titik permulaan, rasa mual aku terhadap fresh banana. Smoothies tu cuma rasa pisang semata. Tak propotional langsung!! Buat aku tambah mual. Sakit jiwa aku.

Goreng pisang gua boleh terima. Tp fresh pisang untuk makan, bau pun loya. Sampai la ni. Harap tak berterusan. Sebab bau adalah ingatan yang sangat kuat. Aku masih akan terbawa ke pregnancy yang lepas bila aku cium Dettol Lemon. Now i donch like!! Johnson & johnson almond rules!!! ;)

Iqbal adik.. Baby Abang..

  • 0
Dah lama tak bercerita tentang Iqbal. Agaknya banyak sangat membebel tentang Iqbal di FB and twitter. Jadi blog ni terbiar la sedikit.

Iqbal dah masuk 2 tahun 5 bulan dan adalah seorang yang sangat vokal dan ekspresif. Masih lagi dalam proses penerimaan adik. Jeles jangan cerita lah. Mama dia tak boleh nak pegang baby lain. Kalau silap mood dia melalak. Kalau mood baik sedikit. Dia akan join sama duduk atas pangku sambil kuis-kuis baby yang aku pegang supaya jauh sket. Keluar daripada territory dia.



Bila cakap dia adalah Abang, Iqbal akan letak tangan kat dada "Iqbal adik!" dan tunjuk kat perut aku "Baby Abang!!". In denial kan?

But sangat pandai ambil hati aku. Kadang-kadang out of nowhere, ambil tangan aku, peluk dan cakap "Ayang Mama". Aduhai la sayang. Cair.

Nak cerita bende yang buat aku naik angin? banyak. Ahahaha. Dah besar makin banyak akal. Kadang-kadang akan outwit mak bapak dia pula. Hanginnnn.. ;)

Proses pemulangan deposit yang dibuat melalui kredit kad di Hospital Serdang.

Bulan 2 yang lepas, aku admitted di Hospital Serdang. Nuar request untuk wad kelas pertama. Untuk masuk wad kelas pertama bagi pekerja swasta memerlukan deposit. Rm1100. Tengah-tengah malam buta mana la nak keluarkan cash bagai. Jadi kitorang just swipe the credit card.

Selepas 3 hari, bil pun keluar dan biasanya kurang daripada jumlah deposit tu. Ada baki dalam 700++. Proses untuk mendapatkan semula baki deposit tu bukan semudah yang disangka. Kalau cash, mungkin boleh dapat terus. Kalau credit card, prosesnya berbeza. Ada sedikit nada menyampah disitu.

Untuk bil atas nama sendiri. Apa yang di perlukan untuk proses pemulangan deposit adalah:

1. Salinan kad pengenalan
2. Bukti no akaun ( Salinan buku bank atau page maybank2u or online banking page yang ada nama dan no akaun)
3. Bil deposit asal

Selepas menyerahkan semua diatas,korang takkan diberikan apa-apa resit or bukti penyerahan. Tapi percayalah!! ia akan di proses oleh bahagian kewangan dan mengambil masa sebulan. Anda takkan dapat pemberitahuan tentang pemulangan telah dibuat atau tidak. Jadi, check aje lah bank account kalau tetiba ada duit masuk yang konon-konon tak tahu sumber mana. Ada unsur-unsur kejutan disitu. Saspen kan? Supriseeeee tak? bak kata Eric Leong.

Jika selepas sebulan tak ada apa-apa perubahan dalam akaun anda. Sila hubungi unit hasil Hospital Serdang untuk maklumat lanjut. :)

Best kan? Masa ambil duit. Zassss!!! masa nak pulang duit. Macam kura-kura.

p/s: Baru buat Rabu lepas. Lepas sebulan I'll tell you the result. :)


Antenatal Class

  • 0
Harini akan hadiri Kelas Antenatal di Hospital Serdang bersama Nuar.

Hope it went well. I dont feel sleepy but yes, we have to have an early morning schedule. Send Iqbal to the nursery and went to Hospital Serdang.

For Iqbal, we went to PPUM Antenatal and breastfeeding class. Its a weekend course, RM50 per couple and was held in a big auditorium. It was good. We learnt a lot. But this time just opt for Hospital Serdang coz it is a 2 hours course and its free. Yay! Why so cheapskate now?? Ahahaha.

I am quite worried this time round. Dunno why. Maybe every labour is different. Easy labour the first time doesnt mean it will be the same the second time round. Your doa' is very much appreciated. Muahhhsss!!!

Harry Potter

  • 1
Saya mahu menonton Harry Potter. Sebelum bersalin, dan bila dah ada newborn, maybe aktiviti sosial akan berkurangan selama setahun. Sebab tak gamak nak tinggal baby dengan orang lain.

So, I will enjoy my kaftan before tak praktikal nak pakai kaftan during breastfeeding. Ahhahaa.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Embracing

  • 1
I am embracing the changes that come into my life.

While doing that, am happy with cooking and baking stuff. I think the happiest is the household. Less tapau-ed food and more home cooked dinner. ;)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Baking project. Mini vanilla cupcakes with choc ganache

  • 0
Setelah tertangguh dalam seminggu. Akhirnya semalam tergerak juga nak mulakan projek ni. Bahan-bahan semua dah ada. Cuma nak gerakkan my lazy ass untuk memulakannya.






Dimulakan dengan Billy Reece vanilla cupcake.

Dan chocholate ganache resepi.





Celup-celup dulu sebab malas nak tunggu choc ganache set untuk piping.






Sets untuk bagi pada nurseri. Bribe 'em supaya dorang happy dan jaga Iqbal better. :p






Novice piping skill. :p. Ada juga 12 biji large cupcake size. Sebab malas nak tunggu. Dpt 6 dozen minis dan 14 large cupcakes.

Setelah meneliti, ramai lagi suka the minis better. Sbb ngap sekaligus aje. And tak payah leceh-leceh lepas tu. Memang nak buat tu renyah. But tengok orang enjoy makan lebih-lebih lagi si iqbal. 5 ketul minis dia makan. :) Memang priceless.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers