Merengek

  • 2
Iqbal sangat suka ice cream. Kalau pergi ke kedai runcit Khay Segar untuk beli barang, sure dia akan pau ice cream banana split tu. I love that ice cream coz it combine jelly with vanilla ice cream. The jelly on the outer act as a cover. So the vanilla ice cream wont spill. Ahaha.

Ni kat bawah ni budak yg di tidakkan untuk dpt ice cream. Sedih sungguh.

YouTube Video

- Posted using BlogPress from my iPhone

Kenapa aku suka buat roast chicken?

  • 0
Menu aku bila terasa nak konon makan special sket walaupun jiwa rasa malas adalah:

Roast chicken
Buttered rice
Gravy
Salad bodo ( timun tomato)

1. Senang gila. Rub dengan apa- apa yang ada kat dapur. Halia, paprika, garam n black pepper. Then campak bawang putih 2 3 ulas. Then bakar.

2. Boleh tinggalkan aje dan tadaaa!! Siap!

3. Nasi pun sama. Just sukat nasi and air macam biasa. Campak halia, kiub ayam, butter dan daun pandan. Biarkan aje. Ahaha. Kalau rajin aku sagat carrot dan letak kismis kalau ada.

4. Boleh tinggalkan dan tada!! Siap!

5. Potong tomato sesuka jiwa. Buang kulit timun dan korek bijinya. Potong ikut suka jiwa juga. Hiris bawang besar (x letak sbb tak tahan bau masa mengandung ni). Hiris halus sebiji cili padi. Letak dlm mangkuk. Masukkan secubit garam dan gula secukup rasa. Titiskan 2 atau 3 titis cuka. Gaul. Siap!!

6. Alihkan roast chicken ke bekas lain. Minyak dan dripping daripada ayam tu letakkan air dalam setengah cawan. Tenggek atas dapur dengan api sederhana. Lenyekkan bawang putih. Deglazed the pan. Then letak satu sudu tepung. Kacau sampai gravy pekat. Taste accordingly. Tada!! Siap!

7. Pembuatan yg mudah tapi hasilnya best gilak. Yay!! Jemput makan.






- Posted using BlogPress from my iPhone

Upin ipin

  • 3
Nyampah dengan Upin Ipin!!

Celik mata aje Iqbal nak Upin Ipin.

Pantang teringat nak Upin Ipin.

Pantang aku pegang handphone dia nak Upin Ipin.

Pantang nampak iklan kat tv dia nak Upin Ipin.

Pantang nampak laptop menyala dia nak Upin Ipin.

Arghhh!!! Macam mana nak hypnotize anak untuk lupa Upin Ipin?!

Kalau tak Upin Ipin, Ultraman. Ish ler.



Bersabarlah wahai diri.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Lempeng di pagi Ahad

  • 3
Nampak sangat dah lama tak masak sarapan pagi bila pagi Ahad lepas, Nuar nampak lempeng terhidang di meja makan dan berkata

" Rajin awak"

Tu belum nampak kari daging dalam pressure cooker lagi tu.

Sob sob sob.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Glucose tolerance test result.

Dah dapat result bagi Glucose Tolerance Test haritu. Aku dah jangka yang the result is ok. Sebab KK Seri Kembangan tak call pun sebelum the next appoiment.

Tapi aku tak nak gembira sangat. Risau juga kalau dorang lupa call ke kan? Potong kegembiraan aje. But check up tadi confirm. Gua tak diabetic during this pregnancy.

So yay!! Dan syukur sangat sebab kalau result tak ok sure lagi banyak kali kena berulang ke KKSK untuk follow up. Cukup lah pi dengan hal thyroid ni.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Carrot cake with cream cheese frosting

  • 0
I've been craving carrot cake for a while. But too lazy to bake it. The cream cheese in the fridge keep calling my name.

Finally after 3 weeks talking myself into baking again. I manage to battle my laziness. Yay! Syura - 1 , lazyness - 0.





The recipe is from : http://klynnismail.wordpress.com/2008/10/20/3-cake-recipes-to-share/

But i will paste it here with my additional notes.

The Carrot Cake

She got the recipe in youtube and modified the recipe. I love the modification made. The cake taste just nice and not too sweet. :)

Ingredients:
2 cups of flour,
1 tsp baking powder,
2 tsp baking soda,
2 tsp cinnamon powder,
1 1/2 cup of sugar,

1/2 tsp salt
4 eggs,
1 1/2 cup of oil,
2 tsp vanilla essence,

1 cup of chopped walnut,
1 cup of raisins,
3 cups of grated carrot

Method:

Sift flour, baking powder, cinnamon and salt. Combine in sugar.

Mix the dry ingredients with eggs, one by one.

Pour in the vanilla essence and the oils. And stir.

Fold in the chopped walnut and raisins, and lastly fold in the carrot.

Pour into a baking pan and bake for about 30 – 40 minutes. In 170 degree celcius oven.

Note:

1. kak lynn bake the cake in cups. But im too lazy to do that. I bake in a 10" square tray. But it turn out to be quite flat. So next time will bake it in my 9" square tray. If i could find it under my stash. Ahahah.

2. This recipe is lovely coz its only need one bowl & no mixer. So less washing up afterwards. Another plus point. Yay!

3. Baked the cake several time, and people love it. So triple yay!! Recommended to try.

Satay

  • 1
Hari ini.
Teringin satay part dalaman.
Perut.
Usus.
Hati.

Yummmss!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Project: Leopard print pillowcase

  • 0

Never in a million years aku pakai baju corak harimau bintang. Ehheehe. Tapi bila nampak Japanese Cotton corak ni jual kat Kamdar, rasa macam nak cuba la pula. Sarung bantal aje kan?


Haritu ada beli corak askar. Tapi masa pergi Kamdar, tak jumpa corak askar. Kalau tau susah nak jumpa. Beli corak askar tu lebih sket.


Since bukannya terer nak freestyle pattern. Kena buat manually. Design yang ni ada bahagian tepi. Kalau jenis malas. Buat yang ala-ala sarung bantal asrama aje. Kertas pun recycle bil tmnet. :)


Suka tengok hasilnya. Macam mahal aje. Sedangkan kain beli kat Kamdar aje pun. Lagipun bantal ni adalah customized oleh nenek Iqbal. Bukannya boleh beli sarung siap. Nak tak nak kena la guna skill jahit lurus tu untuk buat ganti.


Harap Iqbal suka. Muahhss!!


p/s: susah gila nak menggunting kain kat atas lantai bila perut dah besar ni. Ehehhe.




Jiwa ni resah sedikit

Bila jiwa rasa tak berapa best. Aku akan sibuk-sibukkan diri dengan sesuatu.

I tried crochet.
Then i sew a brande new pillow cover for Iqbal.

And now, I feel like baking carrot cake.

Ok la.

Headband

  • 0
Tgh gatal tangan. Tetiba rajin nak ber crochet plak.

Buat headband. Test pada Iqbal. Last-last dia buat superhero headgear plak.

Pasrah.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Nasi impit menggunakan pressure cooker

  • 0
Nasi impit segera ( menggunakan pressure cooker)

Peti sejuk aku semak sangat. Aku nak kena kosongkan sedikit. Banyak sampah aje. Aku nampak satu tupperware besar yang aku sangkakan bolognaise base sauce. Rupa-rupanya kuah kacang.

Macam-mana nak get rid of this? Tentunya makan la kan? Jadi aku nak rebus nasi impit. Dalam gobok ada nasi impit mini segera. Masaalahnya aku takde 60 minit atau 90 minit seperti recommended pada paket.

Jeng je jeng!! Tapi aku ada pressure cooker. Ni adalah cara- cara masak nasi impit segera menggunakan pressure cooker.

1. Isi pressure cooker dengan air. Dalam separuh atau pastikan semua nasi impit tenggelam.

2. Masukkan nasi impit.

3. Pasang api.

4. Tutup tudung pressure cooker. Dan biarkan sehingga wap keluar daripada corong wap. Ini menunjukkan tekanan dah dicapai. Boleh perlahankan api pada sederhana.

5. Mulakan timer 15 minit.

6. Selepas 15 minit, tutup api. Dan lepaskan tekanan. ( cara penggunaan adalah berbeza. Aku guna tefal clipso pressure cooker 8 liter)

7. Toskan nasi impit dan sejukkan selama 60 minit atau lebih.

Sekian. :)



Posted using BlogPress from my iPhone

Durian

  • 0
Bukan senang nak cari durian yang sedap. Masih lagi dalam pencarian. Tahun lepas dapat juga durian yang best. Tahun ni pula ni la yang konon terbaik dapat. Cuma betapa hazabnya suami aku nak bukak. Allah aje yang tahu. Tapi isinya kuning dan manis.







Penemuan yang paling bermakna. Iqbal juga pemakan durian yang tegar. Sekarang aku tak boleh conquer durian sorang-sorang. Dah ada pesaing. :p



Semalam siang makan 3 ulas. Malam makan 2 ulas dan pagi ni makan seulas. Banyak gak dak ni makan.

Okay, comot gilesss.

- Posted using BlogPress from my iPhone


Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers