2 is just a number

  • 2
Iqbal will be 2 tomorrow..

Owh my baby..

Baby 2: 15 weeks

  • 1
Pergi Hospital Serdang untuk follow up dengan Klinik Pakar O&G and Endokrin. I dont really care about my thyroid level since the Specialist told me that usually they did not treat pregnant woman with Hyperemesis that show a very high TFT level. So they told me not to worry, since I've already started the meds, they will decrease the medication time to time. My TFT level already back to normal. A slight increase wont be a problem since I am pregnant.

The best part is the scanning of the baby. The gynae from the last visit not that interactive. But yesterday, the gynae showed that she also excited and love this phase of scanning. She told me that after 2 or 3 weeks the scan would only can see partial of baby. In 15 weeks we can see the whole baby.

The cutest part is my baby is busy sucking the finger. Maybe one after another. Makes us both go "Awwwwwww". I dont recall we did a scan on Iqbal and he's sucking his finger.

Im so in cloud 9, I forgot to get my medicine until Im on my way to Seri Kembangan. Had to do a u-turn and go Back to Serdang for a queue. Adoi lah. Awat pelupa sangat???

15 weeks and counting.

  • 2
Perkembangan tentang alahan. ALhamdulillah dan berkurang. Sudah tak muntah secara hebat lagi. Air liur juga sudah boleh ditelan.

Bau tumis menumis masih dirasakan seperti hamjadah. Busuk gila. Bau proses memasak juga tak berapa boleh lagi. Utk Iqbal, dah boleh masak french toast. Sedih bila pagi-pagi tetiba "nak mam" plak. Nasib ada roti dan telur.

Tekak masih sangat memilih. Lauk-lauk tak berapa nak lalu. Tapi sayur-sayuran adalah sangat didamba. Coleslaw, garden salad dan semua jenis sayur la. Tapi yang paling tergedik adalah fetish terhadap peria. Kalau nampak peria aje mesti nak ambil. Rasa sedap sangat kat tekak tu.

Limau mandarin dah tak lalu. Semenjak 2 minggu lalu, nak makan limau bali aje. Untung juga badan kedai buah dekat-dekat rumah ni mmg ada supply. Kalau tak menggagau juga la. Sangat cepat habis stok kat rumah sebab Iqbal pun suka makan juga.

Perut dah nampak. Pekedai buah btu dah tegur. Dan nampak perut, walaupun pakai baju polos. Mungkin aku kena betulkan posture aku berdiri. Ahahaha. Nak sorok apa ek? Takde apa pun.

Iqbal will turn 2 next week. He's a handful to handle. Loves when he listen and obey and so geram when he ignore everything and do whatever he please. Meh sini mama gigit. :P

Where to now??

  • 1
Harini ini secara rasminya, Iqbal dah ada passport. Ferrr, senang juga nak bawa kemana-mana dalam masa 5 tahun ni. Kononnya lah. Bukannya nak pergi kemana-mana pun lagi.

Nak ke Singaland mac nanti. Hotel dah book siap-siap. So Alhamdulillah. Aku dah boleh fikir masaalah negara yang lain, selain daripada trip ni. :) Memang sangat looking forward to this trip. Cumanya, aku ni lembik. Bukannya kuat sangat masa pregnant-pregnant ni. Harap diberikan kekuatan la ye?

Cuma nak share fakta-fakta random tentang hari membuat pasport ini.

1. Kitorang pergi pejabat imigresen yang dekat area palace of justice. Since last year Nuar buat passport kat situ. Rupa-rupa dah pindah weih. Kat Jabatan Imigresen W.P Putrajaya,
Cawangan Preseint 14, Bangunan Chancery, Presint 14,W.P Putrajaya. Aku assume kat tempat lama itu lah. Yay! padan muka.

2. Parking situ senang gila dan teduh dan free. Saya ulangi. Free occay! (Kenapa jakun gila??). Just sejuk la kereta walaupun kena menunggu kat situ lama la juga. :) That's the plus point.

3. Kanak-kanak bawak 7 tahun dapat kaunter khas. Aku diberitahu oleh kawan aku budak bawah 2 tahun. Tapi apa-apa lah. Kaunter khas tu yang best tu. So, that's another plus point. Jangan lupa juga, Warga Emas (60 tahun keatas), Perempuan mengandung dan satu lagi kategori aku lupa la juga dapat kaunter khas juga. No start dengan 2***. Tapi tak pula aku dapat khas dua kali (xrtra cepat) sebab aku mengandung dan Iqbal pula bawah 7 tahun. :P Sebab buat pasport Iqbal sahaja. So it fall under one category. :P

4. Prosesnya saya boleh puji lah. Cepat juga. Dalam 2 jam or less. Sampai dalam 10++ dan dapat pasport lagi 5 minit ke pukul 12tghari. Yahoo!

5. Owh! lift di parking pelawat rosak. Kat nombor 2 tak gerak-gerak ke basement. Jadi naik tangga yang sangat tinggi dan curam occay. Macam nak pitam aku ni.

6. Ada kedai kilat untuk fotostat dan ambil gambar. Sekeping rm0.30 dan 4 keping gambar pasport dengan rm15 sahaja. Harga standard gambar passport. Ada juga jual air sejuk dan gula-gula and tidbits.

7. Kaunter juga dibuka pada Hari Sabtu dan Ahad ok!!!!.. Saturday - Sunday 8.00 a.m - 1.00 p.m (Passport Processing Only). Mungkin ramai orang sket tapi tak payah nak ambil cuti. So double yay untuk Jabatan Imigresen Malaysia. Bukan di Putrajaya sahaja. Tapi beberapa cawangan lain juga dibuka pi la tengok kat website dia. :)

But overall. Its a good experience. Berbaloi ambil hafday leave aje. Jimat cuti aku. :)

Ticker

  • 5
Akhirnya letak juga pregnancy ticker. Since hilang hp ni, tak dpt nak detect. Bila la nak ganti ipong gua ni.

Kalau tak letak kat sini, nanti lupa pula dah berapa minggu pregnant. Ye la, otak ni dah short circuit. Karang orang tanya sebut 12 minggu tak gerak-gerak. In denial kah gua?

Alhamdulillah dah boleh makan walaupun tak semua. Yang berempah-rempah sangat memang tak lalu. Bau pun tak boleh blah. Nasi boleh la makan walaupun 3 sudu aje.

Yang penting tak boleh makan lebih kapasiti. Walaupun sedap mana. Karang sendiri mahu ingat. Lepas tu gone in the drain lah.

Masak-masak masih belum lagi. Tak mahu push-push diri. Karang gua yang pengsan kat dapur sorang-sorang sapa nak tanggung?

Rasanya minggu ni aje boleh baring menelangkup. Dah ada rasa senak sket lah. Rasa terbonjol. Cepatnyaa?? Urat-urat dah kendur.. Jadi cepat ler sket kots.

Iqbal tgh pick up vocab sekarang ni. He was a late bloomer. But now he's learning so fast I couldnt catch up. Love watching him grow. Already teach him that there's a baby in my belly. So whenever he touch my belly. He will say, "Baby". :)

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers