Jatuh cinta

  • 2
Aku akui, aku jatuh cinta lagi..

Sangat jatuh cinta pada muffin.



Sangat comel dan sangat-sangat menawan bila oven berdetik..
Terhasil 12 biji muffin yang sekata..
Umpama bukit yang merekah..
Dan lembahnya yang garing..
Rasanya yang sedap..

Muffin, I will bake you more.. and more..





p/s: kecintaan saya ni mungkin sementara sahaja.. macam angin meroyan.. ehehe.. sebelum tu, saya enjoice aje lah

Ada Mama dalam diri Aku

  • 1
Sejak bila gua jadi food blogger ni?

Entah, sejak-sejak ber-oven ni. Menjadi-jadi plak kerajinan nak fully utilize gadjet dapur tu. Karang Nuar kata, dah beli tapi takde hasil pun? Saje je nak keji isterinya yang hobi tenggelam timbul ni. (Maaf ye sayang, kalau kite buruk sangka.. :P)

Sementera tu nak bercerita tentang kesyukuran. Syukur kerana Mama dulu dera aku cukup-cukup didapur. Sebagai perempuan sulung, Mama latih aku daripada darjah empat. Masakan lengkap pertama adalah, Masak lemak pucuk ubi, Ikan kembung goreng dan Nasi putih. Mesti ada sambal belacan juga. Sampai gondol-gondol pucuk ubi keliling rumah, tak cukup tu, berbekalkan ubat nyamuk patah, pergi kekebun cari pucuk ubi.

Syukur sangat sebab sambil merungut-rungut dan hentak-hentak kaki tak puas hati kena suruh, jadi juga masak lemak tu tak pecah minyak. Perkara paling benci dengan masak lemak pucuk ubi, adalah untuk kacau jangan kasi pecah minyak. Api kena kecil dan kacau dengan teknik cedok tuang kuah lemak.

Syukur juga kerana Mama selalu ambil tempahan kek dan kuih, sedikit sebanyak ada juga tips dan ilmu-ilmu mama turunkan pada aku. Cuma aku paling tak kuasa buat kuih raya yang kecil-kecil dan renyah. Nak masak makan tengahari boleh, tapi tolong Mama buat tat nenas, tak mahu.

Bila dah dewasa dan ada anak, aku nampak Mama dalam diri aku. Kalau tak banyak ada sedikit Mama dalam diri aku. Dan aku nampak Mama dalam diri adik-adik aku juga. Walaupun ada yang dah terer sebagai chef dan ada yang cuma jadi sous chef (tukang sedia bahan masakan) semua boleh lah didapur. Tak nampak kekok. Nak kena atasi sikap malas tu aje.


I love Mama. Thanks Mama. Muahhssss!!

Chicken Cordon Bleu

Masa mahu lunch di Resepi Rahsia bersama Fadzli, berbolak balik untuk memilih menu. Fadzli pilih Chicken Cordon Bleu dan aku pilih Macaroni apetah. Aku kata pada Fadzli, aku kalau nak makan western, aku akan makan makanan yang aku rasa aku malas nak imitate. Itu sebab aku tak pilih Chicken Cordon Bleu sebab aku rasa bahannya murah dan senang nak buat. Apetah lagi Spaghetti Bolognaise. Biasanya tak sedap seperti buat sendiri. Macam tak berbaloi aje belas-belas ringgit untuk makanan yang tak sedap.

So, sempena itu, di persilakan. Chicken Cordon Bleu, SR imitation style sendiri.

Yelah, aku mmg kemaruk guna oven aku. Dan nak test aku nyer grill pan. Mula-mula grill dalam pan, then sambung dengan oven.



Bahan

2 ketul ayam bahagian dada tanpa tulang tengah.

Coating:
1 biji telur
3 sudu tepung
1 cawan italian bread crumb*

Inti:
2 keping Chicken bacon
4 sudu grated cheese

Salt & Pepper to taste
6 tooth pick


Cara-cara:

1. Sediakan ayam, ayam dilapikkan diantara dua cling film dan ketul sampai rata. Ayam yang saya gunakan sangat gemuk, saya potong tengah tapi tidak putus dan kembangkan. Kemudian ketuk, saya gunakan bontot cawan aje. Lepas siap, season dengan salt and pepper just to taste.

2. Letak tepung, telur yang dipukul dan bread crumb pada 3 mangkuk berasing. Ayam yang sudah diketuk, celup pada tepung rata, celup pada telur dan akhir sekali pada bread crumb rata didepan dan belakang. Kalau ada dua ketul, sila buat satu persatu. Basuh tangan dan keringkan disetiap proses supaya senang untuk di kerjakan.

3. kepingan ayam pertama, letak Chicken bakon diatasnya dan letak cheese. Kemudian gulung Ayam dan kemaskan dengan tooth pick.

4. Boleh terus bakar dalam oven, 180 celcius selama 25 minit. Rehatkan 5 minit sebelum dihidang. (Jangan lupa buang toothpick tu sebelum hidang)

Notes: *Kalau kat Giant jangan haraplah ada italian bread crumb. So, boleh gunakan apa-apa jenis bread crumb ataupun cornflakes. Untuk jadikan dia italian bread crumb, campur dengan sedikit garlic powder dan satu sudu kecil italian herb atau apa-apa herba iatalian yang ada (pizza seasoning, italian mixed her, parley, basil or anything). Ataupun just plain bread crumb.

Simple Brownies

  • 2
Aku ada a stash of hersheys dark choc yg aku tak berapa makan dan asyik terlupa nak hidang pada tetamu. (Macam ramai sangat tetamu pun)

Bila tetiba kak jannah letak resepi ni yang menggunakan dark choc, jadi aku pun buatlah.

Lagipun resepi ni originally guna 5 bahan sahaja. Gila senang dan pakai satu bekas jer pun. Tak banyak basuhan afterwards. Prep time pun dalam 25 minutes or less.




A: (melt together)
300 g dark chocolate
200 g butter

B: (mix together)
1 ½ cups of sugar (1 used only 1)
1 ½ cups of flour

C: (beat lightly)
4 eggs
1tbsp vanilla essence

1/4 cup Chocolate chips (optional)

Langkah-langkah:

Add the melted A to B & mix until even

Add C gradually

Add chocolate chips

Bake for 35 minutes in 1750. 8" inch square pan.

Let the brownies cool thoroughly before serving.

Tips: layered the pan with aluminium foil for easy unmold. Make sure the foil excess the pan.

P/s: vanilla essence aku tambah. Vanilla n choc is good combination y'know!! Dan choc chip aku tabur je kat atas. Seperti dalam gambar.




Personal Notes: Its too sweet for my liking. :)


Roast chicken & buttered rice

  • 1
This is my recipe cincai style.

I would like to utilize my oven, and eager to roast a whole chicken in it. But later on, have a change of mind and flatten or butterfly my whole chicken to roast it evenly.



Roast chicken

1 whole chicken (1.2kg) flatten ( buy whole chicken and try google on how to butterfly your chicken or flatten your chicken)

A:
1 tbsp garlic powder
1tbsp paprika
Juice of 1/2 lemon
Salt to taste
Butter

B:
1tbsp honey + 2 tbsp oil + 1tbsp water + some black pepper (combine to make a glaze)

1. Clean and pat dry the chicken with kitchen towel.
2. Rub A to the whole chicken. Try to slide in underneath skin.
3. Marinate for 15 minutes or more
4. Roast in oven @ 170 for 30 mins. ( time differ between oven. Mine, 13 mins for every 450 gm of chicken)
5. 10 mins before done, put the glaze on the skin. Let the skin caramelized.

Buttered rice
1pot rice
1 1/4 pot water

1inch ginger (grated)
1/2 cube chicken stock
25gm butter (roughly)
2 pandan leaves
Salt to taste
A pinch tumeric for color

1. Wash rice .
2. Combine everything in pot. Cook as per usual.

Gadjet : Grill Pan

  • 6
Setelah mencari sekian lama..



Ala, pi cari kat Giant Kinrara, mana la nak jumpa kan?

My own grill pan. Gatal kan? Macam tak boleh nak grill dalam microwave? Penat-penat aje suami beli Microwave yang ada grill function.

Memamg dalam ertikata lain, mengada-ngada and gatal aje nih.


Masak tetap tahap biasa-biasa aje. Gajet je lebih :P

Man to man time

  • 3



Iqbal sangat clingy dengan aku. Sangat sangat amat sangat. Semuanya nak mama... mama... mama...

Celik mata nak mama.. tak boleh mama naik atas.. mama takder dalam setengah jam dan pegi mencari keliling rumah. Im flattered tapi kalau macam gini, patah la pinggang gua.

Kecuali bila balik ke Sijangkang, ramai makcik-pakcik dia. Pandang gua pun tak nak. Ahahahahaharemm..

Sebab Iqbal dah Nuar jarang ada masa bersama. Dah dua hari aku bagi Iqbal dan Nuar 'man to man' time of their own.

Dalam erti kata lain, Nuar hantar Iqbal pergi nurseri. Dan aku bersenang-senang sarapan dirumah. :)

Homemade ice popsicle

  • 4
Iqbal love it!! Providing the right flavour.

I tried using Peel Fresh Apple juice but he hated it. Nuar end up finishing all off.

Then I use Tropicana Orange. Iqbal digs it. Yay!! Actually i love it too.

The mold are supercheap from Daiso. Rm5. I bought 2 set just in case we had company over. :)

But get ready to get messy. Ahaha.















Dinner date

  • 3


Iqbal ada orang tolong jaga. Jadi mak bapak pun buat perangai macam zaman dahulu. Berdating, pegang-pegang tangan dan makan lama-lama kat restoren.

First time makan di Bubba Gump. Love the food. Alhamdulillah. Thanks Ika for babysitting Iqbal dan En. Anuar for melayani isterinya meroyan. :)
Menu: Bucket o Trash, Pear & Berry Salad, Strawberry Shortcake
Drinks: Blueberry Lemonade & combination of manggo, orange and lemon drinks.
Posted by Picasa

Love

  • 1

Sayang mama keshomen-shomen Iqbal di Birthday Party anak Farah.

Iqbal

  • 2
Iqbal is behaving good lately.. :)

Ini je ke? a'ahhhhhh

My fren fren..

  • 0
Had a good short chat with Kartini. Stumble upon her at Jusco Bukit Tinggi Klang. So funny, we have sooo many to tell and a very short time. Tini have a movie to catch and I havent Asar yet!!

Anyhow, sometimes its relieving when we heard somebody telling us to be patient and hang on.

Thanks Tini.

p/s: you still look lovely Tini.

Urgent! Quinny Buzz to let go.

  • 0
Kawan aku nak jual stroller quinny buzz rm1400 dgn maxi cosi with adapter.
Urgent letgo.
Email gua: cikdaun@yahoo.com








Pilihan

Hidup ini adalah pilihan. Setiap satu perkara adalah pilihan. Kita pilih untuk menjadi begitu. Dan kita pilih untuk beremosi begini. Kita pilih perkataan yang keluar daripada mulut kita sendiri.

Bila ada orang tiba-tiba menyenyeh dengan urusan hidup kita. Kita boleh pilih untuk biarkan sahaja atau be annoyed. Kita boleh pilih untuk ignore orang tu atau masih lagi berkawan dengan orang tu. Setiap pilihan kita membawa kepada satu lagi persimpangan yang membawa kepada satu lagi pilihan. Kita pilih untuk masih lagi deal dengan nonsense atau pun tidak.

Apa yang kita pilih?

Aku pilih untuk jadi annoyed. Aku pilih untuk emo dan aku pilih untuk malas nak ambil tahu pasal hidup orang tu lagi.

Pilihan aku dalam 3,4 minggu kebelakangan ini totally influenced by my raging hormones. Dan bila orang kata orang pregnant tu pembawaan. Aku ni tak pregnant tapi pembawaan aku ni sekajap sahaja. Harap hormone aku dapat bertenang dan aku kembali menjadi diri aku lagi.

Damn choices and hormones..

Sebenarnya, kita juga pilih untuk berkata sesuatu yang positif, atau sesuatu yang negatif bila berhadapan dengan sesuatu situasi. Kan?

Sekarang, aku pilih untuk bertenang, senyum dan move on. :) Ianya lebih manis.

Siri bermain dengan oven: Carrot cake in a cute mold.

  • 4


Tengah mood rajin. Bake carrot cake dalam bekas comel-comel. Balut dengan cling film elok-elok. Dan bagi pada customer aku dan orang-orang yang aku suka. :)

Nuar pun dapat bawak ke ofis.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers