Hmmm..

  • 1
Sebenarnya nak tulis panjang, tapi rasa macam stuck aje. Mungkin ambil masa 3 4 hari untuk sink in the fact.

Penatnya lah..

Tiba-tiba aje

Tetiba rasa salute dengan orang yang tinggal dengan mak mertua. Kalau dapat yang cool memang bertuah lah. Kalau dapat yang ala-ala mak mertuaku?

How about privacy? Kena cari privacy sendiri la kan? Kena la pandai-pandai nak hidup dan sesuaikan diri.

:)

Betik punya pasal

  • 3
Iqbal dah boleh makan finger food. Antara finger food yang aku bagi pada Iqbal adalah epal (pelik bila eja dalam bahasa malayu kan?) dan betik. Sebab epal (aihhh! masih rasa pelik) murah dan tahan lama dalam peti sejuk. Betik pula senang nak kupas, lagi mudah untuk Iqbal makan tapi tak tahan langsung kalau terbiar lama sket (konon tak berapa lama.. dua minggu tu lama la weih!)

Setelah lama tak balik kampung yang hampir buat aku jadi anak menantu derhaka, aku pun balik la ke kampung yang ambil masa 45 minit sahaja. Nampak pula pokok betik di rumah dan rimbunan betik di atas pokok. Dengan tamaknya, ambil galah dan nak jolok sebiji. Dengan percuma buah jatuh tak sempat sambut. Padan muka. Rugi sebiji buah betik yang ranum.

Selepas itu, ayah pula volunteer nak tolong. Aku jolok, ayah sambut. Berjaya! Kemudian ayah nak eksyen dan nak jolok dan sambut sendiri. Biarkan aje lah sambil aku jaga-jaga lah. Sebab orang eksyen biasanya akan mendapat balasan serta-merta.

Nasib la aku ada dekat dengan ayah. Masa ayah jolok dan nak sambut tu macam mana tah. Ayah terundur dan macam nak jatuh kebelakang. Aku sempat pegang dan tahan ayah daripada jatuh. Sempat lagi ayah sambut betik tu. Ni semua Iqbal punya pasal, kata ayah.

Tak cukup dua, ada sepokok lagi yang rendah pun aku rembat juga dua biji. Mama kata yang pokok satu lagi ni, buahnya merah. Lagi sedap daripada betik yang tinggi tu. Tebang karang!! ada hati nak ugut pokok betik kat kampung. Kalau mati baru padan muka. Tak ada lagi betik free. Beli kat pasar pun bukannya murah tau!!




- Posted using BlogPress from my iPhone


Gambar diatas adalah betik yang Nuar dah letak elok-elok dalam bekas. Baik sungguh suami saya. :D. Yang dua biji di sebelah kanan adalah betik pokok tinggi. Dan dua biji di sebelah kiri, adalah pokok rendah yang mampu melahirkan dua biji betil dalam satu tangkai. Hebat tau. Rasa tak tau lagi sebab belum cuba. Lagipun belum masak. Yang bakal jadi mangsa adalah betik kecil itu. Sebiji yang pelik tu adalah buah mangga muda.

Tiba-tiba rasa gelihati dengan posting ini. Cerita pasal betik pun boleh dapat berperengan-perenggan. :P

Siri Gadget: Hand Blender

  • 9
Gadget adalah salah satu kelemahan aku. Jika perempuan lain sibuk dengan barang kemas, handbag, kasut dan duniawi lain, aku gilakan gadget. Salah satu gadget yang paling berfungsi dalam dapur aku adalah blender. Pada zaman bujang aku ada sebuah blender biasa, Panasonic. Blender basah dan blender kering. Berjasa sangat pada aku. Ia buat proses masak memasak menjadi lebih pantas.

Aku dapat blender yang best sebagai hadiah perkahwinan. Terima Kasih Mahani & Zam untuk hadiah yang best tu. Dapat another blender, bagi kat mama. Dah jadi arwah dah pun. Sebab blender zaman bujang masih ok, aku masih tak guna lagi blender hadiah tu.

Bila Nuar dapat peluang training ke US. Aku pun gatal-gatal pesan untuk cari hand blender. Usha dah banyak kali. Cuma tak terbeli-beli aje.

Banyak sangat tengok kat 703 chef guna. Memandangkan pembuatan bubur Iqbal (sebagai alasan) leceh gila bila nak blender guna blender basa tuh. Makanan habis melekat kat dinding jug tu aje.

Nuar bawak balik Cuisineart SmartStick hand blender. Aku suka tahap gedik-gedik. Setakat ni. Alhamdulillah. Memang memudahkan aku untuk blender terus dalam periuk. Chopping pun mudah gila. Dan buat jemput-jemput bawang, yang memerlukan bawang yang banyak tahap dewa (versi Nuar) pun senang. Nuar boleh buat sendiri. Ehehehe.



Ianya datang dengan Chopper Bowl (untuk chopping), Whisk (Untuk pukul telur or cecair) dan Blending Shaft (untuk blender).

Suka sangat the stainless steel handle. Nampak sleek gile. Aku tengok handblender kat sini harga boleh tahan. Paling murah boleh dapat dalam RM150, RM 250 dan paling mahal aku pernah tengok harganya RM750.

Love every bit of it.

Lagu untuk Iqbal.

  • 6
Aku ada habit, freestyling lagu bila bersama Iqbal. Atau tidak bersama Iqbal. Bila aku seorang diri dalam kereta, akan menyanyi lagu yang lebih kurang sama. Dengan lirik yang berbeza.

Biasanya, aku akan nyanyi bila aku senang hati. Iqbal berperangai baik atau sahaja je nak annoy Nuar. Ini adalah lagu masa on the way balik daripada lunch tadi.

Semuanya di bina daripada ayat yang tah apa-apa dan kadang-kadang maknanya pun bukan-bukan dan tiada kaitan antara satu sama lain. Selalunya ianya adalah puji-pujian untuk Iqbal. Yang ini, dinyanyikan dengan nada comel dan bernasihat.

Tajuk: Anak Mama Iqbal Wafiq.

Anak mama budak baik
Kalau jalan kedek-kedek
Suka senyum cebik-cebik
Bila gelak dekik-dekik

Anak mama jangan nangis
Nanti besar pandai tulis
Bila makan sampai habis
Muka comel ikan bilis

Note: Inspirasi daripada paradigma9 - Affan Bau Butter

Our little time with Ip Man 2

Setelah beberapa kali Nuar keluar awal untuk hantar Ika ke LRT. Ika setuju untuk memberi 2 kali babysitting supaya aku dan Nuar dapat keluar berhoya-hoya berdua. Untuk mengekalkan level kewarasan kitorang di paras upaya.

Aku gembira melompat-lompat tanda gembira. Nuar pun tergedik-gedik. Nyaris tak tempah bilik hotel kots. Ahaha. Sorry awak. Kite gurau aje. :P Kite sayang awak. Awak la penyelamat kite dalam semua segi. Thanks sayang.

Numero uno dalam list cerita di wayang adalah IP Man 2. Sebab timing tak berapa betul, nyaris-nyaris pergi menonton Robin Hood. Tapi kami kembali kepangkal jalan dan memilih untuk menonton Belukar. Ahaha. Ok bukan Belukar. Kitorang tengok IP MAN 2.

Pilihan yang tidak salah. Eh! apa korang expect daripada kisah benar? Tetap suka jalan ceritanya, simple dan tidak merepek-repek dan over the top. IP Man tak kerek. Merendah diri dan kadang-kadang kelakar. Heart Donnie Yen.

Tolonglah Jiha, jangan bagi pernyataan yang mengarut-ngarut seperti, IP MAN 2 tak best dan sebagainya. Nuar terpaksa tenangkan aku sebab aku rasa nak tumbuk aje si Twister yang kerek sangat. Nasib Ip Man tak tumbuk sampai K.O Rasa nak belajar Wing Chun aje lepas ni. (Perasaan setiap kali lepas tengok Ip Man)

Iqbal, sangat behave bila dengan Auntie Ika. Bila aku ngan Nuar jaga aje dia suka nak push-push limit kesabaran kami. Terima Kasih Iqbal. Tapi si Pamina, anjing rumah sebelah. Tunggu masa aje nak kena racun dengan kitorang sebab suka benar mengonggong waktu Iqbal tidur. Tunggulah kau!!

Owh! sepatutnya lebih ceria kan? sebab dah dapatkan 'Our' time. But still.. kami yang tamak ni rasa macam tak cukup. :P

Bang Your Head!!!

Iqbal suka headbanging kadang-kadang drove me nuts!! Dah head banging on the floor, sakit, nangis la plak. Saje je kasi darah gua naik atas. Gua plak risaukan kalau kena concussion pula. Dan bermacam-macam istilah medik dalam otak aku ni.

Tapi bila aku baca dan fahamkan kenapa almost most toddler/baby are doing the same, aku rasa lega.

Jadi, bukan kerana aku dok headbanging dalam kereta sambil dengar radio yang influenced Iqbal untuk jadi begitu.

Ehehehe.

Dua makan-makan di hujung minggu.. Yay!

  • 3
Weekend yang lepas ini adalah weekend makan lunch free. Pertama sekali di rumah Farah. Rumah Farah bertentangan, (ini adalah betul-betul bertentangan) dari rumah aku. Macam mana boleh kebetulan berada dikawasan yang sama pun hanya tuhan yang mengetahui.

Farah buat birthday party untuk anak sulongnya, Anis dan paginya, buat kenduri doa selamat untuk housewarming rumahnya. Kitorang datang lambat sedikit. Iqbal baru bangun tidur pada pukul 1 lebih. Dan lepas bersiap-siap pun dah pukul 2.45. Panas gila cuaca petang tu. Aku dah pening-pening sket sebab lambat makan. Malas pula nak memasak semenjak dua menjak ini.

Alhamdulillah. Sedap gila masakan dirumah Farah. Semuanya homemade tau!! Dan seronok berbual dengan mak Farah yang tak cam aku. Katanya aku dah hitam sedikit berbanding masa bujang dahulu. Last aku jumpa adalah pada 6 tahun lepas. Aku pun hampir tak cam mana satu mak Farah. Apetah lagi mak Farah nak mengecam aku.

Ahadnya pula, customer aku yang berapada di PUJ5 pula buat housewarming lunch. Aku makan dengan gembiranya. Sedap gila ok! Bubur kacang hijau durian dia sangat osem!! Kalau adik aku si Jiha tak datang rumah sure aku lepak rumah Shukor sampai habis piala Thomas.

Itulah weekend aku, yang tak jadi balik ke kampung dan berlepakan sahaja di Puncak J*lil ini. Tak ler adventurous sangat pun untuk diceritakan. Takde Jom Heboh bagai. Spend time with the family pun dah cukup kan?

Fengshui atau tidak?

  • 6
Walaupun dah lama duduk dirumah ni, memang ada juga la plan nak nak usha-usha rumah. Dah usha-usha tapi aku dan Nuar masih belum decide nak reside di mana. Jadi, pencarian masih lagi diteruskan.

Sehingga malam tadi, tuan rumah aku, seorang cina yang sweet dan tak banyak songeh, menelefon Nuar. Nak tahu bila kitorang free, dia nak bawa seorang fengshui master untuk meneliti fengshui rumah yang aku sedang duduk ni. Dia ada beberapa buah rumah sewa, dia akan pergi setiap rumah untuk dapatkan bacaan fengshui.

Kalau bacaannya bagus, dia akan bagi masa 6-12 bulan untuk kitorang cari rumah lain lah. Alahai, dapat tak bayangkan betapa menyampahnya pindah-pindah rumah? Termasuk proses cari rumah yang sangat menyampahnya. Dengan barang-barang lagi. Gila la. Dan costly tau!!!

Jadi, aku pun google la pasal lokasi rumah dan macam mana nak baca fengshui. Dan even tanya kawan cina aku, tapi dia ni tak percaya fengshui. Dia rasa semua tu bullshit yang membuatkan kita spend money. Aku setuju dengan dia. Bila rumah berada dalam lokasi bad fengshui, kita kena beli barang-barang yang boleh memberi penambah-baikan pada fengshui rumah itu.

Lokasi rumah aku kalau dipandang sekilas memang tak berapa bagus. Mengadap T junction. Menurut http://www.absolutelyfengshui.com/fengshui/feng-shui-house-surroundings.php, tak bagus. So Yay!! Tapi mengadap bukit dan ada tasik yang banyak ikan dan orang memancing dalam tu. Bagus pulak. Adoi lah.




Tapi kawan aku kata, semuanya bergantung fengshui master juga. Dia boleh push mana-mana yang dia suka dan suruh beli barnag-barang yang boleh encounter T-junction punya bad fengshui. Deng!

Secara keseluruhanya, masa aku, Nuar dan Iqbal bergantung pada fengshui master nih. Aku hanya boleh berdoa, somehow, rumah-rumah yang lain lebih prosper fengshui-nya daripada rumah aku ni. Kan?

Demand yang bukan-bukan lagi..

  • 3
Sabtu tu, aku bagitahu Nuar, " Sayang, today is mothers day, and I dont want to do anything. You do it yourself, yeah?".

Nuar kata, bukan esok ke hari Ibu? Aku gila-gila insist yang sabtu tu hari ibu sebab berlambak-lambak status wishing mothers day di Facebook. Betapa ignorant-nya aku. Ehehehe. Yes, it ended up aku demam secara tiba-tiba and my wish is granted. Nuar buat semua sendiri. Sebab aku terbaring kat ruang tamu sambil berkelubung. Padan muka!

Weekend hari ibu itu aku terus demam. Bukan jadi hari ibu untuk aku, tapi ala-ala hari mak tiri gamaknya. Aku terbaring aje kat ruang tamu. Layan Iqbal lebih kurang. Dan Nuar keep on telling Iqbal " Iqbal jangan kacau mama, Mama sakit tuu" bila Iqbal demand lebih-lebih attention daripada aku.

Selamat Hari Ibu, Mommies.. ;)

Kirai-kirai nestum. Its fun!!

Aku terlalu khusyuk dengar laporan harian daripada Ika dan Nuar terlelap sekejap. Bila 5 saat kemudian aku jenguk Iqbal dia dah sibuk mengirau-ngirai nestum atas lantai dan atas badan sendiri.

Boleh senyum-senyum lagi macam tak ada salah apa. Pukul 11 malam, Iqbal kena mandi jugak. Kalau tak kena hurung semut la malam karang. Ya ampun si shomen Iqbal. Meh sini mama geget sket.


Nasi tomato dan EL

  • 4
Ahad lepas, secara tak langsung, masak lebih sket sebab ada tetamu nak datang untuk ambil barang daripada aku. Jadi, tetiba rasa macam terbuat makan-makan secara hebat pula. Siap dengan creme caramel bagai. Menu, nasi tomato (ika masak), kari daging, ayam goreng berempah, salad timun dan tomato, tak lupa juga acar buah khas daripada johor. Terima kasih Amyz kerana bawakkan acar buah yang sedap gilak. Home-made occay. Ni yang nak buat lauk-lauk kenduri utk makan bersama acar buah nih. ;)

Jadinya memang rezeki amyz untuk makan sedap di rumah aku. Biasanya, kalau orang datang hari-hari biasa secara adhoc, biskut kering pun takder. Memang rejeki baby la amyz kan?

Iqbal Wafiq pula demam kahak. Isnin tu ambil EL, untuk jaga budak merap. Ya ampun, kalau Iqbal tak sihat, memang bergayut macam koala. Nuar pula kebetulan cuti hari buruh. So ada kawan untuk jaga Iqbal. Selalu tu, aku sahaja yang cuti bila Iqbal sakit. Tak dapat la Nuar berkeji-keji tengok wayang. Kesian Nuar. Tapi demi anak, takkan nak berwayangan bila anak sakit kan? Alhamdulillah, saya dapat suami yang considerate. Syukur sangat-sangat. (Sayang, ini pujian ikhlas, bukan ada makna apa-apa tau)

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)
Powered By Blogger

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!
Lilypie Third Birthday tickers